Tuesday, September 25, 2012

Apabila Pisang Dibelah Tiga...(^_^)...

Assalam Sahabat Semua...

Cemaner aku bleh terlintas nak menaip pasal neh ea...ish...sebab smalam, aku nak anta kasut pegi kedai sebab dah ternganga...nak anta jahit...terpandang lar kat kedai jual pisang goreng tuh...pisang apa ntah...rastali kut...sebiji pisang dibelah tiga...tuh yang terpacul idea tuh...he he he...jom r kita baca sesama ea...

Percaya atau tidak, aku pernah jadik penjual pisang goreng suatu masa dulu...my own pisang goreng  kiosk...bebetul depan ghumah guru agama, sebelah sekolah rendah agama, Felda Kemelah...masa tuh aku duduk kat Felda Kemelah, Segamat, Johor...tapi, bapak aku bukan lar peneroka felda...kalau tak, kompom dah kaya sekarang neh sebab para peneroka dapat memacam imbuhan daripada kerajaan...dengan saham lar, duit ghayer lar, duit saguhati lar...memacam lagik lar...jeles gak kalau kita tengok...tuh pun, ghamai gak yang tanak bersyukur dengan nikmat dan pemberian yang diberi...asyik nak carik salah jek...alamak...termelalut plak...he he he...(^_^)...

Macammana aku bleh terjebak dengan perniagaan pisang goreng tuh, ntah....aku sendiri aku hengat...yang aku hengat, aku dah jual pisang goreng...tak silap aku, masa tuh aku guna pisang kapas...dan sebiji hanya dibelah dua, yang aku rasa cukup kecik dah masa tuh...perniagaan pisang goreng aku berjalan lancar dan agak menguntungkan untuk tempoh sebulan pertama perniagaan...masuk bulan kedua, perniagaan agak merosot...lagik best, dah ada orang tongkat motor nak singgah beli pisang goreng kat gerai aku...tapi, terjengah2, pastu, start moto then terus jalan...lebih kurang dua mingu macam tuh...dan, dalam tempoh dua mingu tuh masa aku goreng pisang tuh, buih minyak yang terhasil sangat lar banyak...aku hengat biasa lar tuh...kepada sesapa yang tak pernah goreng pisang, mesti tak terbayang kan...he he he...kalau nak tengok, masa korang que nak beli pisang goreng tuh, korang tengok kat kuali depa tuh...ada tak buih...he he he...

Bapak aku pun perasan...dalam tempoh dua minggu tuh, pisang goreng aku banyak yang tak terjual...aku pun cakap lar kisah mamat yang dah tongkat motor pastu start motor balik tuh...bapak aku rasa ada benda yang tak kena, so dia pegi jumpa sorang pengamal perubatan kat felda Pemanis tak silap aku...aku rasa pakcik tuh pun dah arwah dah...alfatihah untuk arwah...

Pakcik tuh cakap, kedai aku kena sihir..ish ish ish...korang mesti cakap aku mengarut kan...he he he...bukan salah korang sebab aku pun memula tak percaya...tapi, lepas terkena batang hidung ngan geai aku sndiri, terpaksa lar jugak aku percaya...(^_^)...

Pakcik tuh cakap, orang tuh, (aku pun tak tau org tuh hidup lagi atau tak), ada letak something dalam kuali yang aku guna untuk goreng pisang tuh...tuh yang menyebabkan buih gorengan pisang aku tuh jadik terlebih banyak...sebagai kesan dia, gerai aku terlindung dari pandangan pelanggan...orang ramai nampak kedai aku tutup...sebab tuh depa start motor and blah macam tuh jek...lepas tuh, baru aku perasan, tak jauh dari aku bukak gerai tuh, ada sebuah lagik gerai pisang goreng yang baru dibuka...he he he...macam2 kan...

Lepas peristiwa tuh, aku tak jual pisang goreng dah...malas nak layan golongan2 yang tak suka tengok bangsa sendiri maju neh...he he he...

Itu dulu lar...lebih kurang 12 tahun yang lepas...sekarang, dah takde lagik pisang yang dibelah dua...majoritinya dibelah tiga...dan harga pisang goreng tuh pun dah jadik seringgit tiga keping...maksudnya, sebiji pisang tuh harga dia seringgit...ish ish ish...mesti depa cepat kaya kan....(^_^)...

Pasal pisang goreng jugak, bagi sesapa yang duduk area Sri Damansara, mesti tau kan gerai pisang goreng kat tepi jalan nak masuk ke Sri Damansara dari Lebuhraya LDP...sepuluh tahun yang lepas, geai abg tuh cuma jual goreng pisang jek...cuma sekaki payung dan sebuah meja...tapi sekarang, gerai dia dah maju...dah ada van utk angkat barang2 berniaga...meja dah bertambah...payung pun dah bertambah...menu jualan pun dah bertambah...dah macam2 ada...dan tak dinafikan, pisang goreng dia memang sedap...sesapa yang tak pernah cuba boleh singgah carik...he he he...dan setau aku, abang tuh ngan wife dia dah pernah masuk Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), NTV7, ngan RTM...aku promosi percuma jek neh...(^_^)... korang carik tau....secara simboliknya, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan....kalau nak berjaya, kene berusaha dengan gigih dan istiqamah, insyaallah Allah nampak usaha kita tuh...

Satu lagik, jangan lar dengki dengan kejayaan orang lain sampai kita berusaha untuk menjatuhkan orang tuh...penyakit masyarakat melayu dari dulu sampai lar sekarang...sampai bila nak berubah, ntah lar...

So, sedikit cerita pasal Pisang Goreng aka Goreng Pisang....Peace ! ! !...

Thursday, September 20, 2012

Pendekar Bujang Lapok & Cobaan

Assalam & Salam Sejahtera Sahabat taulan semua,

Hari isnin, selepas Buletin utama di TV3, biasanya aku jarang layan cerita melayu...kebetulan, tarikh hari isnin tuh jatuh pada 16hb September, hari cuti umum bersempena pengisytiharan pembentukan negara kita tercinta, MALAYSIA. Siangnya, alhamdulillah, isteri sedikit sihat, so, dapatlar bawak isteri dan anak2 berjalan ghayer...walaupun bulan syawal dah terlepas...he he he...

Berbalik kepada tajuk persembangan asal, setelah bertukar-tukar channel sebab takde cerita yang menarik hati, tepat jam sepuluh, di TV2, cerita komedi lagenda Allahyarham Tan Sri P Ramli, Pendekar Bujang Lapok. Aku pernah dengar orang bercerita tentang Allahyarham Tan Sri neh, yang mengatakan setiap cerita arahan beliau melangkaui pemikiran zaman pada waktu itu...so, aku pon layan lar cerita Pendekar Bujang Lapok tuh dalam keadaan santai...

Secara keseluruhannya, bagi yang tak pernah layan cerita neh (erk...ada ker yang tak pernah tgk cerita neh???), cerita neh mengisahkan tentang 3 orang bujang lapok yang merantau ke kampung sebelah untuk menuntut ilmu persilatan...cara pertemuan si bujang lapok dengan Pendekar Mushtar, pendekar yang mengajar 3 bujang lapok neh bersilat, agak tragik...he he he...di sebuah penambang @ jeti...

Penambang neh  dipunyai oleh seorang kaya, Ahmad Nisfu, yang menggaji beberapa orang pemuda kampung sebagai pekerja...pekerja2 neh juga dikenali sebagai samseng melayu, yang menjalankan kerja mengikut rentak hati sendiri, mengamalkan kronism dan nepotism...sesiapa yang ada anak dara akan diberikan layanan istimewa sementara masyarakat marhaen lain terpaksa menurut peraturan...

Kekecohan berlaku apabila Pendekar Mushtar, yang sudah beratur lama, merasa "terbakar" setelah dua keluarga terkemudian yang mempunyai anak dara, diberikan layanan istimewa tanpa perlu menunggu giliran untuk menaiki sampan...dengan darah pendekar yang membara, Pendekar Mushtar meluru ke depan untuk menaiki sampan, tetapi dihalang oleh Sarip Dol, kononnya ketua samseng di penambang tuh...Sarip Dol mengarahkan dua orang samseng untuk memberi "pengajaran" kepada Pendekar Mushtar, tanpa mengetahui bahawa dia adalah seorang pendekar...dan seperti mentaliti masyarakat malaysia, tiada sesiapa yang berani membantu dengan alasan mereka yang tersendiri...samsen2 di penambang tuh pun sama, memperkecilkan Pendekar Mushtar...

Tapi, apabila Pendekar Mushtar kembali setelah menumbangkan kedua samseng yang diarahkan untuk "memberi pengajaran" kepada beliau tadi, baru lar Pendekar Mushtar diberi layanan istimewa...beliau diberikan kebenaran untuk menaiki sampan berseorangan, malahan tokey penambang pon terpaksa memberi laluan kepada Pendekar Mushtar td...secara simboliknya, kita perlu menjelmakan diri kita untuk orang lain tahu kebolehan kita, baru kita akan dihargai, dalam situasi sekarang...(^_^)...

Bujang Lapok tadi, mengambil kesempatan atas kesempitan yang dialami oleh tokey penambang dan anak2 buahnya...mencetuskan kebangkitan rakyat yang rasanya telah muak dengan ketidakadilan yang berlaku di penambang tersebut...paling menarik, setelah kekecohan berlaku, si Bujang Lapok neh tadi melepaskan diri dengan menaiki sampan yang datang menuju ke seberang...tinggal lar penambang dalam kekecohan...he he he...situasi tuh pun selalu berlaku sekarang kan???

Sampai di seberang, Si Bujang Lapok tadi meneruskan usaha untuk mencari pendekar Mushtar tadi, dengan secara tidak sengaja mengekori anak dara Pendekar Mushtar, yang cantik orangnya...biasa lar, kalau tak cantik takkan lar si Bujang Lapok tadi nak follow, betul tak???...he he he...

Sampai di rumah Pendekar Mushtar, anak dara pendekar mengadu bahawa beliau diekori oleh tiga org jahat, Bujang Lapok tadi...apa lagik, Pendekar Mushtar pun buka langkah lar, untuk menakut2kan Bujang lapok tadik, tapi, tanpa mengenal takut, si Bujang Lapok tadi menangkap kaki Pendekar Mushtar dan mengenalkan diri untuk belajar ilmu persilatan dengan Pendekar Mushtar...Adat resam orang melayu, tetamu selalunya diraikan...Si Bujang Lapok tadi dijemput Pendekar Mushtar naik kerumah, diiringi jelingan dari anak dara si pendekar Mushtar tadi...

Malamnya, menyedari mereka telah melakukan kesilapan, Si Bujang Lapok menyanyikan lagu "Maafkan Kami", ditujukan khas buat anak dara pendekar...hati budi anak dara melayu memang lembut, dengan mudah memaafkan ketelanjuran si Bujang Lapok tadi...tapi, kalau dalam suasana sekarang, kelembutan neh kerapkali diambil kesempatan oleh pihak2 yang tidak bertanggung jawab...anak dara dilarikan, timbulnya permasalahan sosial yang melampau, dan macam2 lagik...so, bersama2 lar kita beringat antara satu sama lain...surat diberikan kepada si bujang lapok menyatakan kesudian si anak dara untuk memaafkan ketelanjuran si bujang lapokm tadi, tanpa mengetahui si bujang lapok sebenarnya buta huruf...(^_^)...macam ayat si sudin, "saya baca bunyik arab, ajis baca bunyik syair, ramlee baca tak bunyik langsung"...he he he...

Sampailar pada malam si Bujang lapok memulakan sesi pembelajaran ilmu persilatan, dengan belajar "doa" aka "isim"...dan, terpecah lar rahsia ketidakboleh bacaan si bujang lapok tadik...Dengan nada marah, Pendekar Mushtar mengarahkan si Bujang lapok untuk menghadiri sekolah pada keesokan harinya...menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan persekolahan pada waktu tersebut...

"Alif tendang Wau...erm...SARKIS lar"...ayat si Sudin...he he he...kawan yang berdua konpius, betul ker...tulisan punya panjang tapi bunyiknya pendek jek..."Yang panjang tuh bunga dia ler", terang si sudin...har har har..."Aik, tulisan pon pakai bunga", tanya si ajis, pelik...he he he...pada hakikatnya, depa berada di sekolah orang dawasa...(^_^)...

Menjadikan cerita lagi menarik, anak si Pendekar Mushtar adalah guru di sekolah tersebut, dan mengajar peringkat yang awal, darjah satu lar...he he he...Bujang Lapok diletakkan dalam kelas tersebut...Pendidikan tuh pentingkan...he he he...

Malamnya, sesi pembelajaran silat secara fizikal bermula...bukak kuda2 dan satu, dua, tiga...hiah...seluar koyak...har har har...jangan tanya lar sesi pembelajaran depa tuh...memang tak logic kalau kutkan tapi menarik...he he he...tiga2 seluar koyak, kene mintak tolong anak dara si pendekar tolong jahitkan dan masing2 jual minyak...

Ahmad Nisfu si ketua samseng di penambang berjaya menjumpai rumah si pendekar...mintak gantirugi atas kekecohan yang berlaku di penambang tempoh hari...si anak dara keluar...terpikat dengan kecantikan si anak dara, tawaran diberikan..."Hutang boleh habes, aku jadik menantu kau ye pak", ayat mengampu si ketua samseng...he he he...mudahnya yang settle hutang...tapi, pendirian pendekar muktamad...dan si Bujang lapok menunjukkan kehandalan untuk mengusir samseng2 tersebut...

Kesinambungan daripada pembelajaran silat, si bujang lapok dikehendaki bertapa, dan segala apa yang mendatang perlu dianggap sebagai cobaan...dan kat sini yang menariknya...

Malamnya, setelah si bujang lapok pergi bertapa di kubur orang mati dibunuh, rumah Pendekar Mushtar diserang oleh samseng2 penambang, dan mencolek anak dara si pendekar...semua yang berada di rumah diikat, termasuk si Erni, pembantu rumah Pendekar Mushtar...nak tau cemaner si Erni neh terlepas???... dengan bantuan Abg Berahim, yang melompat keluar dari gambar di dinding...he he he...kalau kita tawakkal, semua boleh berlaku...kadang2, diluar jangkaan kita apa yang berlaku tuh...

Cobaan mengejar samseng2 penambang menemukan si pendekar mushtar dengan si bujang lapok yang bertapa di perkuburan...pertolongan diminta tetapi si Bujang Lapok masih ingat denga pesanan si Pendekar Mushtar...kalau ada apa2 yang datang atau apa2 pun berlaku, anggap lar itu semua COBAAN...he he he...dan isteri si pendekar pemecah kebuntuan...hebat penangan orang perempuan neh kan...he he he...

Rumah Ahmad Nisfu dikawal rapi oleh samseng2 upahannya...tetapi, dengan kecekapan si bujang lapok yang hanya baru sekali belajar silat secara fizikal dan belum habes pun pertapaan, mereka berjaya masuk ke dalam rumah, dan menjumpai Ahmad Nisfu sedang "mencuba" anak dara si pendekar...he he he...adengan pergaduhan berlaku...kalau teliti, takde bentuk silat pon keluar...he he he...

Biasalar, endingnya, kompom lar hero menang...3 lawan 10, 3 menang...he he he...anak dara dibawa pulang dan si bujang lapok diishtiharkan sebagai PENDEKAR BUJANG LAPOK oleh Pendekar Mushtar...simbolik kan....he he he...

Moralnya, setiap yang berlaku tuh ada hikmahnya...kita kene belajar, dan terus belajar selain bertawakkal dan istiqamah, insyaallah, apa yang kita hajatkan akan kita dapat...

Nota: coretan aku neh takde kaitan dengan mana2 parti politik...cuma coretan secara terus berdasarkan cerita allahyarham Tan Sri P Ramlee...dan tolong jangan kaitkan coretan aku neh dengan mana2 fahaman ea...he he he...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com