Thursday, March 22, 2012

Rakyat Malaysia Semakin Ramai Yang Sakit Mental

Sebelum aku teruskan, mari kita bersama-sama hadiahkan pahala surah Al Fatihah kepada arwah adik Nurul Nadirah Abdullah yang mayatnya ditemui dibakar setelah seminggu hilang dari kawasan rumahnya...Al Fatihah...

Juga, kita hadiahkan pahala surah Al fatihah kepada arwah pensyarah yang ditemui mati di dalam rumahnya bersama ayahnya di puchong...Al fatihah...

Juga kepada penunggang basikal yang dilanggar lari di lebuhraya MRR2 ...Al Fatihah...

Kenapa aku cakap rakyat Malaysia semakin ramai yang sakit mental???...kerana perkara-perkara diatas lar sebabnya...kerana berdendam dengan si nenek, anak kecil yang tidak berdosa menjadi korban...budak kecil yang tak tau apa-apa...perkara yang boleh diselesaikan sekiranya perbincangan dilakukan dengan lebih muhibbah...ada unsur-unsur bertolak ansur sesama jiran...permuafakatan...perbincangan...mungkin perkara malang tuh boleh dielakkan...tapi, bak kata pepatah Melayu, nasi dah jadi bubur...perkara dah terjadi...suka atau tidak, terima atau tidak,redha atau tidak, kene hadapi...nak menjadikan permusuhan tu lagik serius, rasa dendam tuh akan dibawa dan disimpan hingga ke anak cucu...sampai bila-bila hidup kejiranan takkan aman...sentiasa akan ada masalah...mungkin, suatu masa nanti adik beradik arwah akan mengambil kesempatan atas kelalaian org lain pulang...sapa tau kan...hm...

Kenapa rakyat Malaysia ramai yang sakit mental???...semuanya berpunca daripada gaya hidup kita sendiri...zaman sekarang, tekanan menjadi salah satu menu dalam kehidupan...nak pegi keje, tekanan sebab kesesakan lalulintas aka jem...kat opis, tekanan sebab keroje yang tak habis-habis...takanan sebab nak kejar dateline, tekanan sebab nak jaga hati kengkawan, tekanan sebab nak berkawan, tekanan sebab kene tinggal kekaseh, dan memacam lagik tekanan yang kadangkala tak terfikir dek akal fikiran manusia yang normal...tekanan nih lar yang menyebabkan pelbagai penyakit, dan salah satu daripadanya dalam saket yang sedang kita sembangkan sekarang nih, saket mental...

Satu lagi sebab kenapa rakyat Malaysia berpenyakit mental adalah kerana gangguan syaitan dan jin dalam badan...tanpa kita sedar, sebenarnya amalan harian kita mengundang kehadiran syitan dan jin dalam badan kita...makan dan minum tanpa dimulakan dengan doa dan tidak diakhiri dengan doa,meninggalkan makanan terdedah tanpa ditutup dalam tempoh waktu yang lama dan sebagainya, boleh mengakibatkan syaitan dan jin bersarang dalam badan seterusnya mendorong manusia untuk melakukan tindakan-tindakan yang kadangkala tidak terfikir oleh akal fikiran kita...

So, untuk mengelakkan kita tergolong dalam golongan masyarakat berpenyakit mental nih, kita kene uruskan bebetul perjalanan harian kita...jangan selalu stress @ tertekan, sentiasa senyumkan muka, redha dengan segala apa yang berlaku...perbanyakkan doa kepada yang Maha Esa...jaga pemakanan pun penting jugak...kalau nak ikut nasihat seorang doktor rawatan alternatif yang aku hadiri, hidup jangan ikut deadline, hidup ikut suka tapi berjadual supaya minda kita sentiasa fresh dan sihat...lagi satu nasihat dia, perbanyakkan ion positif dalam badan dan buang sebanyak mungkin ion negatif...tuh pon boleh menolong kita untuk menguruskan perjalanan harian kita...

SELAMATMENCUBA...(^_^)...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com