Saturday, April 14, 2012

Haruskah Manusia Dipuji?

Memang Kadang manusia ingin dipuji.  Tetapi dia tidak  pernah  berkata  apakah  saya perlu menerima pujian. Kadang kala  juga manusia  ingin dihormati,  tetapi sekali lagi apakah dia pernah menghormati orang lain?, dengan pujian sering kali membuat orang selalu lupa diri, sehingga dia lupa akan dirinya sebagai manusia. memang manusia hanya akan merasa kuat apabila dia telah mengalami berbagai macam cubaan. sehingga apakah dari cubaan tersebut dia telah belajar untuk  memahami apa  sebenarnya  erti hidup, untuk apa dia hidup, dan kemana kehidupannya akan dibawa?

Hidup bagai permainan sepak bola ataupun permainan golf. Ada masanya kita kalah dan juga menang. Gembira dan sedih silih berganti. Justru itu dengan keadaan seperti itulah hidup manusia penuh warna warni. Ada masanya kita harus berterima kasih pada orang yang mencaci maki kita, kerana dengan caci makian tersebut kita akan berusaha menjadi lebih baik. Ada saatnya kita harus berterima kasih kepada orang yang meremehkan kemampuan kita, kerananya kita akan menjadi kuat dan tabah.

Sebaik2nya manusia dia akan belajar dari kesalahan dan kegagalan yang pernah dialaminya.

"Apa yang akan meninggalkan kita?", jawabannya adalah "waktu" sehingga kita akan tertinggal jika tidak mengejar atau memanfaatkan waktu dengan sebaik2nya.

"Apa yang lebih dekat dengan kita?", jawabannya adalah "kematian", manusia tak sedar bahwa
semakin bertambah umurnya maka semakin berkurang masa hidupnya dan semakin dekat
dengan kematian"


"Apa yang lebih tajam daripada pisau atau pedang?", jawabannya adalah "lidah manusia", kerana jika kita menyakiti seseorang dengan pisau atau pedang mungkin luka tersebut dapat sembuh dalam 1-2 minggu, tetapi jika kita melukai seseorang dengan lidah kita, mungkin akan menambil waktu yang lama sekali untuk menyembuhkannya.

Orang yang beruntung adalah orang yang dalam hidupnya dapat menemukan sahabat sejatinya. Sedangkan sebodoh-bodoh orang adalah orang yang melepaskan sahabat yang pernah dikenal yang banyak memberi tunjuk ajar dan manfaat.

Sumber: respeks_groups@yahoogroups.com (by Fairlady Shania)

Wednesday, April 4, 2012

Kesabaran Dalam Menahan Gelora Nafsu

Maksud " SABAR " di dalam konteks  amalan hati  ialah menahan  nafsu daripada dipengaruhi  oleh  sebarang  gelora atau  kegemparan  hati  atau perasaan  atau rangsangan  yang  menimbulkan  rasa marah atau memberontak,  resah gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman kesusahan, ketidak selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau diingini. Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan iaitu :

1. Tabah dan tekun di dalam melakukan taat

2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran

3. Memelihara diri dari godaan dunia, nafsu dan syaitan.

4. Tenang atau teguh hati menghadapi cobaan musibah

Sabar  adalah  satu tuntutan agama dan satu perisai untuk menahan diri daripada fitnah nafsu yang bergelora. Orang yang gagal bersabar akan gagal di dalam hidup dan akan  rugi di dunia dan akhirat.  Antara tujuan kita di suruh bersabar itu ialah:

1) Supaya dapat mengerjakan ibadah dengan tenteram dan dapat kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya.

2) Untuk  kita  berfikir  dengan  lebih  matang.  Apabila nafsu telah menguasai akal, akal tidak dapat berfikir secara rasional di dalam  menghadapi tindakan yang akan dilakukan. Segala yang dilakukan itu hanya betul mengikut ukuran nafsu. Akibatnya apabila  terjadi  kerosakan  atau  kecelakaan  disebabkan tindakan itu, diri manusia sudah tidak dapat mengelak, jadilah manusia itu terbelenggu disebabkan perbuatannya sendiri. Kerana itu di dalam menangani  nafsu yang bergelora, sabar itu sangat perlu. Di samping kita disuruh untuk bermujahadah (berperang) dengan nafsu yang jahat. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sejahat-jahat musuh kamu iaitu nafsu yang di antara dua lambungmu."
 - (HR Tarmidzi)

Selain daripada itu, sifat taqwa perlu  diusahakan dengan  menanamkan iman di dalam diri. Untuk mendapatkan sifat taqwa, kelemahan diri perlu diperbaiki. Bagi mereka yang berusaha  memperbaiki  dirinya,  hati mereka akan sentiasa tenang dan bahagia. Bukan kerana kaya atau berada, tetapi kerana puas kepada apa yang ada. Sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah.

Sumber: respeks_groups@yahoogroups.com (by Fairlady Shania)

Monday, April 2, 2012

Apabila otak berfikir...

"hari nih aku nak siapkan keje2 yang tak siap kat opis...lepas tuh nak g makan ikan bakar kat belakang istana...nak g ngan sapa ea???...alar, g sorang pon takpe...tak pun nanti aku roger r kengkawan aku...pastu nak masuk opis balik sambung buat keje...apa keje yg tak siap ea...satu...dua...tiga...empat...lima...eh, apesal macam banyak plak pending nih...ish...cemaner aku nak buat nih...mana satu aku nak buat dulu nih....alar, cemaner aku nak g makan ikang bakar nih...ish...eh...aku plan nak g bukak akaun...tapi bila nak pegi ea...nanti tunggu lelama duit abes plak...kalau tak simpan cemaner nak beli baju ghayer bebudak nanti...alar...cemaner nih...ish..."

He he he..pernah tak korang berfikir macam kat atas tuh???...banyaknya yg korang fikir kan...termasuk lar aku...perancangan bukan main baik punyer, tapi perlaksanaan plak cacamarba...har har har...dah banyak kelas motivasi pegi pasal pengurusan masa nih tapi outcome masih sama gak...cemaner lar nak berubah nih...kata org, kalau nak berubah, kita kene kuat...baru betul-betul boleh berubah...kene tahan segala godaan, rintangan dan cabaran...tapi, MAMPUKAH KITA???...ish ish ish...susahnya...

Bila nampak buku pasal pengurusan masa, kompom aku ameknyer...ada lar tiga empat biji buku kat umah...tapi, perlaksanaan tuh yang macam sukar jek...he he he...satu lagi, bila nampak buku pasal peancangan masa depan...tak kesah lar buku pasal pelaburan ker, perniagaan ker, motivasi ker, apa-apa lar...kompom aku ameknye...tapi nak melaksanakannya tuh...PPPPPEEEEERRRRGGGGHHHH!!!!...

Ramai pakar motivasi pernah bagi tips, kalau nak berubah, mulakan dengan perkara yang simple @ asa dulu...comtohnya, ubah waktu bangun pagi (simple ker???), ubah waktu makan (erk!!!), ubah waktu baca buku, dan memacam lagik...lepas tuh, boleh lar teruskan dengan yang lebih sukar lagik, contohnya ubah cara pengurusan masa kita...masa bila kita nak bangun pagi (macam sama jek, he he he), masa bila kita nak mandi, masa bila kita nak keluar rumah untuk pegi keje, masa bila kita nak balik rumah lepas waktu keje, dan sebagainya...dan, boleh jugak kita senaraikan apa-apa aktiviti yang nak kita letakkan diantara waktu-waktu yang dah kita senaraikan tadi...macam masa bila kita nak buat urusan peribadi, masa bila kita nak buat urusan keluarga, atau sebagainya...

Percaya atau tidak, bila kita berjaya menguruskan masa kita, secara tak langsung kita akan menuju satu titik kejayaan dalam hidup kita...titik tuh mungkin jauh, tapi setiap perkara akan ada titik permulaan, dan titik permulaan tuh lar ang kita perlu lakukan...he he he...

Apa benda yang aku mengarut nih...nak tau???...har har har...aku pun tak tau apa yang aku tulis ari nih...sebab aku main taip jek apa yang terlintas kat otak aku...so, betul lar kalau ikut tajuk aku kan, APABILA OTAK BERFIKIR...he he he...

Sejarah Ayat Kursi & Kelebihannya


Ayat Kursi
 
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan
 
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
 
Sumber: Idaman Group
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com