Friday, December 30, 2011

Di Ambang Tahun Baru 2012

Beberapa jam saja lagi, kita akan meninggalkan tahun 2011 dan melangkah ke tahun baru 2012. Pelbagai pengalaman pahit manis serta cerita gembira dan sedih yg telah kita lalui sepanjang tahun 2011. Semua pengalaman dan cerita tuh boleh kita jadikan panduan dan pedoman untuk kita menempuh cabaran pada tahun 2012 kelak.

Ok, jom kita ingat semula apa yang dah kita buat sepanjang setahun yang lepas. Aku rasa, tahun 2011 aku banyak beli buku (lebih satu kira banyak lar kan...he he he), tapi masalahnya, bila nak baca, cuma selak chapter-chapter tertentu jek...Banyak buku pasal blogging, internet marketing, bagaimana nak jadi jutawan internet, tapi, implementasinya cukup sikit...satu masalah yang aku hadapi adalah mengekalkan konsistensi dalam satu-satu aktiviti. Yang aku perasan, aku akan start sekejap, lepas tuh aku tinggalkan dalam masa yg sangat lama (he he he, aku tau, korang pon macam tuh kan kan kan)...so, sampai sekarang, buku-buku tuh maseh belum habis dibaca lagik...he he he...tolong doakan aku dapat menghabisbacakan buku-buku tersebut tahun ini yer...he he he...Tahun 2011 gak, aktiviti sukan aku agak menggalakkan...aku berjaya menambah pengalaman dalam reffing paintball (dengan bantuan sahabat2 dari Malaysian Paintball Refferre Organization aka MPRO)...tahun 2011 jugak aku berjaya (berjaya???) menguruskan kewangan aku sedikit demi sedikit...Alhamdulillah...dapat lar jugak disusunatur mana-mana yang perlu...

Tahun 2011 jugak aku dapat berjumpa semula dengan kawan-kawan aku yang dah lama tak jumpa...hampir 30 tahun gak lar...semua tuh dengan bantuan FACEBOOK (http://www.facebook.com/aif180678 )...kawan-kawan dari Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kemelah Segamat Johor, kawan-kawan dari Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Johor (SMAKJ) Kluang Johor, ngan kengkawan dari Sekolah Menengah Sains Muar (SMSMr) Muar Johor...Harapnya persahabatan yg kembali terjalin akan terus berkekalan hingga akhir hayat...SAHABAT SELAMANYA...

Tahun 2011 jugak aku kehilangan atuk ngan nenek akibat sakit tua...atuk aku, Haji Mistam Bin Haji Karim ngan nenek aku Hajjah Zainah Bte haji Dahlan, semoga roh keduanya ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman dan dijauhkan dari azab kubur hingga sampainya hari kebangkitan...Al Fatihah untuk atuk ngan nenek...

Banyak lagik yg nak dikongsikan...tapi aku rasa cukup dulu setakat tuh...nanti lain kali kita singkap lagi kenangan-kenangan mengusik kalbu tuh yer...he he he...

Wokeh, setiap kali sampainya tahun baru, satu perkataan yg takkan lekang daripada mulut umat manusia adalah AZAM..."Apa azam ko tahun nih bro?","Eh bro, ko dah ada azam baru tak?","Eh bro, apa azam tahun baru?"...semua persoalan tuh akan ditanyakan oleh kengkawan kita...tapi, jawapannya, he he he...tepuk dada tanya selera...semua boleh jawab sendiri...hm...kenapa perlunya ada AZAM baru nih...AZAM tahun yang lepas dah tertunai ker...kalau takde AZAM baru tokleh ker...(^_^)...

Sebenarnya, semua tuh bergantung kepada diri sendiri...AZAM tuh cuma sebagai pendorong untuk kita mencapai sesuatu yang lebih baik pada tahun yang akan datang...bila kita tanamkan azam yang baru, semangat kita akan lebih berkobar-kobar untuk menghadapi tahun baru, walaupun pada hakikatnya, takde apa-apa yang istimewa pun tahun baru tuh nanti...cuma dari segi spiritualnya, kita akan ada penyokong tambahan untuk mengiringi kita bila menempuh tahun baru tuh nanti...Apapun, memang excited bila  nak menyambut tahun baru nih...apa sebabnya, aku pon tak tau...he he he...

Another issue bila menjelang tahun baru, ghamai orang berpusu-pusu untuk menyambutnya...pegi dataran merdeka lar,pegi one utama lar,pegi the curve lar, klcc lar, and memacam tempat lain lagi...aku pon sama masa anak aku baru sorang dulu...pegi tengok bunga api kat dataran merdeka, tapi masa tuh sebab dataran merdeka penuh so aku ngan wife and anak aku layan bunga api dari tang ling tuh...sekarang, dah jarang dah...layan dari dalam tv jek...apapun, yang paling penting masa menyambut sambutan tahun baru nih, kene hati2...lebih2 lagi bagi anak2 dara yang keluar dengan kawan2 lelaki...harapnya parents dapat ambik perhatian dalam perkara nih...kalau tak, tunggu lar bulan lapan, sembilan atau sepuluh  akan datang, kompom masalah pembuangan bayi akan berlaku lagi...BABY MERDEKA...nauzubillah...

Dan, last but not least, SELAMAT TAHUN BARU 2012 DARI AKU SEKELUARGA...didoakan kepada semua semoga di tahun baru nanti segala perancangan akan berjalan dengan lancar, segala doa akan dimakbulkan, dan kebahagiaan dan kesejahteraan sentiasa berada bersama-sama...AMIN...

Thursday, December 29, 2011

Topik Pagi Sinar

Biasanya, bila korang pegi keje, radio apa yg korang dengar???...Kalau aku, biasanya pepagi aku dengar radio Sinar...korang boleh browse web depa nih kat http://www.sinar.fm/...kenapa aku dengar radio nih???...SEBAB SUASANA MERIAH DEPA BOLEH MENENANGKAN...he he he...pelik kan...kalau korang tak pernah dengar radio sinar nih pepagi, aku cadangkan esok pagi korang dengar...dengan celoteh Saleh Yaakob, Krill ngan Kak Engku, meriah sungguh...lagi satu alasan kenapa aku suka dengar Sinar sebab topik yg dibawa setiap pagi tuh selalunya topik-topik semasa...dan macam biasa setiap hari rabu, adalah topik untuk MASALAH ANDA bersama Wak Jawa...he he he...dengan temanya "BOLEH PAKAI TAK BOLEH PAKAI DENGAR AJE"...he he he...

Semalam (28/12/2011), hari rabu, sekali lagi topik pagi sinar adalah masaalah anda...tapi semalam Kak Engku @ Raja Azura takde...digantikan oleh Kak Bet @ Abby Fana...ok lar jugak celoteh depa...memacam masaalah pendengar yg aku dengar, tapi aku tertarik ngan satu masalah pendengar nih berkaitan hutang...lebih kurang macam nih masalah dia...

Pendengar nih meminjamkan kepada kawan dia sejumlah RM3000, lebih kurang 6 bulan yang lepas...kawan dia nih berjanji akan membayar semula pinjamannya tuh pada hujung tahun, setelah mendapat bonus daripada syarikat (untung lar bekerja dengan syarikat yang memberi bonus kepada pekerja)...tapi, masalahnya, bila dah dapat bonus, kawan pendengar nih buat tak gheti jek...buat derk jek...macam takde apa-apa...macam tak pernah meminjam...dan yang lagi best, kawan si peminjam nih siap bercerita lagi nak tukar motor besar, nak beli peti ais, nak hias rumah, dengan pendengar nih...so, pendengar nih rasa bengang lar sebab peminjam nih tak hengat hutang dia...masalah pendengar nih pulak, dia malu nak tuntut hutang dia (macam aku jugak...he he he...)...dengan harapan peminjam tuh akan sedar sendiri dan bayar hutang dia...so, apa yg team Sinar pagi nih cadangkan, pendengar tuh pegi tuntut hutang dia dulu...ketepikan soal malu tuh sebab jumlah RM3000 tuh bukan sikit...banyak tuh...sama dengan jumlah gaji seminggu Abang Jem (bak kata Krill...he he he...)

So, dalam situasi kehidupan sebenar, masalah macam nih memang wujud...sorang kawan aku, atas dasar kawan, meminjamkan sejumlah RM25000 kepada seorang kawan yang menjalankan perniagaan dengan alasan untuk membesarkan perniagaan...dan dijanjikan akan membayar semula selepas setahun bersama komisen...tapi, setelah sekian lama, hutang tetap tinggal hutang...bila diminta @ dituntut, macam-macam alasan diberikan...duit dalam akaun lar, duit pada peguam lar, duit belum tunai lar, dan memacam alasan yang tak boleh diterima pakai...nak lagik best, bila carik mamat tuh sekarang dah tak jumpa dah...rumah dah gelap...bila tanya keluarga, alasannya pegi oversea lar, pegi KL lar...balik kampung isteri lar...memacam alasan lagi...aku pernah cadangkan untuk buat laporan polis, tapi entah...cadangan aku dipandang sepi...sesepi malam yg bertemankan bulan dan bintang sambil disapa angin pantai yang sepoi2...he he he...

Kawan aku yga lain pulak, meminjamkan sejumlah RM5000 kepada kawan dia...jumlah tuh bukan secara lumpsum tapi secara sedikit-sedikit...sampaijumlah total RM5000 tuh...tapi bila dituntut, senyap...tanpa sebarang alasan...so, apa yang kawan aku nih sepatutnya buat???...senyum jek lar...he he he...

So, apa yang patut mereka-mereka diatas lakukan untuk menuntut hutang-hutang mereka???...pada aku, hutang tetap hutang...melainkan telah dihalalkan oleh si peminjam atas alasan kematian atau sebagainya...dan kepada yang meminjam, cuba-cuba lar untuk membayar hutang tuh semula...kalau tak secara penuh sekaliharung, bayar lar secara ansuran tanpa faedah...he he he...

Hidup mesti diteruskan...(^_^)...

Monday, December 26, 2011

Berhujung Minggu di Kampung

Balik kampung...ooo balik kampung...hati girang...he he he...sapa yg tak suka bila berpeluang balik ke kampung halaman (walaupun hanya kampung mentua...he he he)...kebetulan cuti sekolah pun dah hampir sampai ke penghujung, dan aku maseh belum berpeluang nak bawak anak2 aku g jalan2 ke mana2 pun...so, selepas perancangan yg rapi (wife aku yg lebih rapi sebenarnya, maklumlah, Menteri Kewangan),kami pun memulakan perjalanan pulang ke kampung melayu rapat jaya, ipoh perak, lebih kurang jam 12.30 tgh hari, dengan mengharapkan perjalanan yg lancar dan selesa.

Macam biasa, bila nak balik ipoh, aku akan guna plus highway, ngan guthrie highway...tol githrie highway rm1.60, ngan tol plus dalam rm23 kalau tak silap aku...perjalanan lancar setakat slim river and guest what, sampai slim river dah start jem...memula slow moving pastu terus stop, tak bergerak langsung...aku kuatkan radio, masa tuh aku dengar Sinar (www.sinar.fm), dengar info trafik sinar, and depa bgtau info trafik sesak sepanjang 14 kilometer dari slim river ke utara...WHAT!!!!...14 KILOMETER????...tak boleh jadik nih...aku cakap kat wife aku, nak ikut jalan lama, tak beraper pandai, tapi kalau stay atas highway nh pukul 6 tak tentu kita sampai ipoh lagi...last2, nekad...aku masuk tol slim river...wife aku telefon kak long, minta bantuan arah...he he he...kak long pass pada abg long, dia cakap cari signboard pegi bodor,kampar,tapah,gopeng...tu lar jalan ke ipoh...dan aku pon menggunakan hand phone murah aku, bukak GPS, then taip Kampar Perak...he he he....

Tak ler sibuk sesibuk highway jalan lama nih...cuma banya kenderaan berat jek...lori membuatkan perjalanan agak terbatas...tapi atleast, tak ler berhenti tengah jalan...so, perjalanan kembali lancar...sampai kat bidor perak, mula jem...aku hengatkan sebab apa, rupanya sebab traffik light...aku ingat nak masuk highway semula, tapi tak sempat nak "cilok" kekanan, so,aku terus lagi guna jalan lama menuju ke kampar...sampai kat pekan kampar, again,jem...dan hajat nak masuk ke highway dibantutkan oleh sebuah lori besar yg tersangkut betul2 di persimpangan masuk ke highway...potong betul r...haish...Teruskan jugak guna highway ke Tapah...

Satu kelebihan bila kita guna jalan lama nih (dengan syarat perjalanan siang lar), kita dapat menikmati pemandangan peninggalan lombong bijih timah yg sekarang menjadi tasik buatan...aku yakin kalau kerajan perak menjalankan inisiatif yang sewajarnya, tasik buatan nih boleh menjadi pusat tarikan pelancong...menarik woo..boleh buat tempat berkelah, boleh buat tempat memancing, boleh buat tempat mandi-manda...ish ish ish...kalau aku ada banya duit, kompom aku beli tempat2 menarik macam nih...he he he...

Sampai kat pekan tapah, jalan clear untuk masuk highway...aku signal ke kanan, tunggu traffik light hijau then masuk ke highway...nak lagi best, sampai kat exit keluar simpang pulai, hanya satu exit, dan jem lagik...aaaarrrrgggghhhhh!!!!....bad luck ari nih...but, takper r...dah dekat dah...anak2 aku dah meragam, lapar kut...ngan aku pon dah pening...cadangan untuk membawa anak2 makan dulu terpaksa dibatalkan atas sebab2 teknikal...he he he...sampai gak kampung regat rapat jaya setelah hampir 3 jam perjalanan...erk...normal time lar tuh...kalau aku ukit highway tadi, kompom kami tak sampai lagi nih...he he he...

Lost World of Tambun...aktiviti hari ahad...kebetulan isnin cuti sebab cuti ganti Krismas...so,ahad, bawak bebudak g mandi taman tema...he he he...tercapai gak hajat nak bawak bebudak bercuti...Lost World ngan umah mentua aku cuma lebih kurang 10 minit perjalanan...so, bergerak dalam kul 9.30 pagi, dalam kul 9.45 pagi...dan,dah ramai orang yg beratur untuk beli tiket...(http://www.facebook.com/aif180678)...kat facebook tuh aku ada post gambar orang yang beratur nak beli tiket...ghamai giler umat...pergh...

Harga tiket untuk dewasa rm45, manakala kanak2 rm36...percuma untuk kanak2 dibawah 90cm...anak aku ngan anak sedara aku yg umur depa 4 tahun pun kena rm36, sebab depa tinggi...so, korang kira lar...semalam yang masuk dewasa aku,wife aku,kak long,abang long,mak tam,acik ilah,adik ipar aku, ngan anak sedara aku yang tingkatan satu...budak2 pulak, anak aku 2 orang, anak kak long 3 orang, anak adik ipar aku sorang...tambah ngan duit deposit untuk gelang pintar sebagai tiket masuk, total semua adalah rm721...pergh...mahalnya!!!!...tapi, sebab nak bawak bebudak, gagahkan jugak r...bak kata abah aku, kita keja untuk anak2...he he he...

Macam2 ada dalam Lost World of Tambun tuh...bukan setakat taman tema, ada gak mini zoo,kawasan pemuliharaan harimau bengal,tempat pemuliharaan haiwan,ngan gua...tapi masa aku nak masuk gua tuh, pintu dia maseh berkunci...so ak jadik r nak masuk gua tuh...anak aku yang nombor tiga, Ryaan, meraung2 bila bawak masuk dalam air...ish ish ish...knape ntah aku pon tak tau...tapi, aku bawak gak...nak nanges pon nanges r...siap kene rendam lagik...he he he...sempat gak aku bawak qyra ngan ryaan pegi petting zoo..ada taman burung,aquarium ular tedung,ngan mini jungle tracking...know what, RYAAN MENANGIS BILA NAMPAK RAMA2 TERBANG DEKAT DIA....ape r...he he he...Kita orang berkemas balik lebih kurang pukul 2 petang...hajatnya nak satu hari kat situ tapi adik ipar aku ada date plak...he he he...eh, terlupa plak...kat situ pun ada kolam air panas...nak berendam boleh, nak berenang pon boleh...SPA pun ada gak kat situ...Kalau korang nak tau lebih detail, korang cuba browse kat www.sunwayLostworldoftambun.com...happy browsing...he he he...Sampai rumah,bebudak semua dah penat...muka semua dah terbakar...so,masa untuk berehat...(^_^)...

Cuti berakhir...kami bergerak balik ke kl selepas isyak, hari isnin...hopefully perjalanan lancar...

Wednesday, December 21, 2011

Salam Kembali

Lama tak update blog nih...dh macam blog tinggal plak...hm...sibuk?...mungkin kut...atau perkataan yg laing tepat adalah "MALAS"...penyakit paling terunggul umat manusia...kalau ada penyakit nih, memang tokleh nak buat apa dah...memang hampas... he he he...

Apa yg korang buat skang nih???...sibuk cari duit???atau sibuk melaburkan duit???...sepuluh tahun dulu perkataan yg sama pernah terlintas dalam otak aku...apa yg aku nak buat dengan duit yang ada...melabur tak gheti...last-last, aku buat online investment...masa tuh tengah panas pasal SwishCash,12DailyPro dan memacam lagik...method dia mudah, browse website then sejumlah amount akan dikreditkan dalam akaun kita...sempat gak lar aku merasa sikit pelaburan tuh...but, tahan setakat dua tiga bulan jek kut...benda tuh ilang, ngan duit2 aku pon lesap sama...padahnya, TANGGUNGLAH HUTANG tuh...kah kah kah...

Sekarang, persoalan yg sama timbul...apa nak buat dengan duit yg ada nih...kalau bia, lelama nanti habes...nak melabur, kene pecaya ngan sapa kita nak labur, koz silap2 habuk pun tak dapat...sebut pasal pelaburan, aku pon tak paham kenapa ada sesetengah umat manusia yang masih kene tipu dengan pelaburan atas talian nih...kalau dah namanya pelaburan, kenapa nak transfer ke akaun individu???...kan dah sah2 nak menipu tuh namanya...dah memacam peringatan kat paper, berita, facebook,twitter,tagged, radio...tapi maseh nak kene tipu gak...hm...peringatan lar untuk semua...

Skang, aku tgh survey something yg mungkin aku bleh share ngan semua...tunggu ea...nanti aku update pasal survey aku tuh...

Semoga ketemu kembali...he he he...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com