Thursday, December 29, 2011

Topik Pagi Sinar

Biasanya, bila korang pegi keje, radio apa yg korang dengar???...Kalau aku, biasanya pepagi aku dengar radio Sinar...korang boleh browse web depa nih kat http://www.sinar.fm/...kenapa aku dengar radio nih???...SEBAB SUASANA MERIAH DEPA BOLEH MENENANGKAN...he he he...pelik kan...kalau korang tak pernah dengar radio sinar nih pepagi, aku cadangkan esok pagi korang dengar...dengan celoteh Saleh Yaakob, Krill ngan Kak Engku, meriah sungguh...lagi satu alasan kenapa aku suka dengar Sinar sebab topik yg dibawa setiap pagi tuh selalunya topik-topik semasa...dan macam biasa setiap hari rabu, adalah topik untuk MASALAH ANDA bersama Wak Jawa...he he he...dengan temanya "BOLEH PAKAI TAK BOLEH PAKAI DENGAR AJE"...he he he...

Semalam (28/12/2011), hari rabu, sekali lagi topik pagi sinar adalah masaalah anda...tapi semalam Kak Engku @ Raja Azura takde...digantikan oleh Kak Bet @ Abby Fana...ok lar jugak celoteh depa...memacam masaalah pendengar yg aku dengar, tapi aku tertarik ngan satu masalah pendengar nih berkaitan hutang...lebih kurang macam nih masalah dia...

Pendengar nih meminjamkan kepada kawan dia sejumlah RM3000, lebih kurang 6 bulan yang lepas...kawan dia nih berjanji akan membayar semula pinjamannya tuh pada hujung tahun, setelah mendapat bonus daripada syarikat (untung lar bekerja dengan syarikat yang memberi bonus kepada pekerja)...tapi, masalahnya, bila dah dapat bonus, kawan pendengar nih buat tak gheti jek...buat derk jek...macam takde apa-apa...macam tak pernah meminjam...dan yang lagi best, kawan si peminjam nih siap bercerita lagi nak tukar motor besar, nak beli peti ais, nak hias rumah, dengan pendengar nih...so, pendengar nih rasa bengang lar sebab peminjam nih tak hengat hutang dia...masalah pendengar nih pulak, dia malu nak tuntut hutang dia (macam aku jugak...he he he...)...dengan harapan peminjam tuh akan sedar sendiri dan bayar hutang dia...so, apa yg team Sinar pagi nih cadangkan, pendengar tuh pegi tuntut hutang dia dulu...ketepikan soal malu tuh sebab jumlah RM3000 tuh bukan sikit...banyak tuh...sama dengan jumlah gaji seminggu Abang Jem (bak kata Krill...he he he...)

So, dalam situasi kehidupan sebenar, masalah macam nih memang wujud...sorang kawan aku, atas dasar kawan, meminjamkan sejumlah RM25000 kepada seorang kawan yang menjalankan perniagaan dengan alasan untuk membesarkan perniagaan...dan dijanjikan akan membayar semula selepas setahun bersama komisen...tapi, setelah sekian lama, hutang tetap tinggal hutang...bila diminta @ dituntut, macam-macam alasan diberikan...duit dalam akaun lar, duit pada peguam lar, duit belum tunai lar, dan memacam alasan yang tak boleh diterima pakai...nak lagik best, bila carik mamat tuh sekarang dah tak jumpa dah...rumah dah gelap...bila tanya keluarga, alasannya pegi oversea lar, pegi KL lar...balik kampung isteri lar...memacam alasan lagi...aku pernah cadangkan untuk buat laporan polis, tapi entah...cadangan aku dipandang sepi...sesepi malam yg bertemankan bulan dan bintang sambil disapa angin pantai yang sepoi2...he he he...

Kawan aku yga lain pulak, meminjamkan sejumlah RM5000 kepada kawan dia...jumlah tuh bukan secara lumpsum tapi secara sedikit-sedikit...sampaijumlah total RM5000 tuh...tapi bila dituntut, senyap...tanpa sebarang alasan...so, apa yang kawan aku nih sepatutnya buat???...senyum jek lar...he he he...

So, apa yang patut mereka-mereka diatas lakukan untuk menuntut hutang-hutang mereka???...pada aku, hutang tetap hutang...melainkan telah dihalalkan oleh si peminjam atas alasan kematian atau sebagainya...dan kepada yang meminjam, cuba-cuba lar untuk membayar hutang tuh semula...kalau tak secara penuh sekaliharung, bayar lar secara ansuran tanpa faedah...he he he...

Hidup mesti diteruskan...(^_^)...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com