Thursday, August 23, 2012

Satu Syawal Di Kuala Lumpur

Tahun neh, kali kedua aku sambut 1 Syawal di Kuala Lumpur...kali pertama, dua tahun lepas...sebabnya wife dah sarat dan menunggu masa utk bersalin...dan alhamdulillah, wife selamat bersalin anak keempat pada hari raya ketiga merangkap 3 Syawal walaupun admitted kat hospital since petang 1 Syawal tuh...sekarang, baby tuh adalah anak yang paling nakal antara 4 orang anak aku...he he he...

Kali neh, sebab penyakit orang perempuan jugak...walaupun bukan sebab mengandung atau bersalin...mungkin ramai yang dah mengikuti perkembangan penyakit wife aku through facebook, sebab aku banyak update status pasal penyakit wife aku neh...walaupun bukan keseluruhan cerita @ pengalaman, sebab aku akan ceritakan jugak nanti keseluruhan cerita dari memula didiagnosis sampai lar ke hari neh...bagi yang belum tahu, secara kesimpulannya wife aku didiagnosis mengidap kanser ovari tahap kedua...kanser ovari neh pembunuh senyap @ silent killer dikalangan orang perempuan...majoriti yang didiagnosis mengidap penyakit neh telah berada di tahap kritikal @ tahap keempat...alhamdulillah, wife dikesan awal, so, rawatan awal dapat dilakukan...

Sedikit kelainan, macam entri aku sebelum nih, aku sambut 1 Ramadhan di hospital, disebabkan komplikasi pembedahan yang dialami oleh wife aku dua hari menjelang Ramadhan...kira2 18 hari berkampung di hospital, wife aku dibenarkan keluar @ discharge...aku pun sebenarnya berdoa semoga aku tak sambut 1 Syawal dihospital....so, bila wife aku dibenarkan keluar, bersyukur yang amat sangat...

Wife aku keluar hospital kira2 minggu kedua Ramadhan...dengan segala persiapan raya belum disentuh langsung, baju budak2 belum dibeli sebab sibuk berulang alik dari rumah ke hospital...kengkawan aku cakap, waktu tuh aku jadik orang kuat @ Superman...apa taknya, rutin harian adalah bersahur dengan anak2,kemudian bersiap utk pergi kerja,tgh hari singgah di hospital menemani wife, ptg berbuka dengan anak2,selepas Isyak pergi hospital semula untuk menemani wife, awal pagi balik utk bersahur dengan anak2...mungkin ada yang cakap apa lar sangat setakat berulang alik, biasa lar tuh...tapi...terpulang pada pendapat masing2...

Alhamdulillah, selepas wife keluar, aku sempat bawak wife ngan bebudak pegi shooping baju raya...tuh pun tak macam biasa sebab wife tak berapa sihat dan tak boleh berjalan jauh...memang sedih bila tgk baju anak2 tak banyak pilihan sebab cuma sempat menjengah pasaraya yang berhampiran dengan rumah, tapi lebih baik dari takde langsung...dapat lar jugak bebudak tuh dua pasang baju raya setiap sorang...lebih baik daripada ada keluarga yang tak dapat belikan anak2 depa baju raya...Alhamdulillah...Syukur kehadrat illahi...

Dalam pada tuh jugak, aku sempat pegi pasar pagi utk beli perkakasan utk hari raya...satu pengalaman baru gak sebab kalau kat kampung memang tak pegi pasar lar aku...he he he ....biasanya kalau kat kampung, orang tua yang uruskan semua...tugas aku adik beradik menolong aktiviti yang kat rumah jek...hm...setiap yang berlaku tuh ada hikmahnya kan...walaupun terlalu awal,terpaksa jugak beli sebab kesihatan wife masa tuh tak menentu...tapi, setakat hari nih, berkat doa sahabat taulan dan saudara mara semua, alhamdulillah....

Malam satu syawal, aku solat jemaah kat surau taman perumahan aku...alhamdulillah, dapat lar empat saf malam tuh...tak expect pun nak join aktiviti lepas solat jemaah tuh, tapi,sebab dah alang2 tak balik kampung, so aku join aktiviti "baraa'an"...pada sesapa yang baru dengar, "baraa'an" neh adalah aktiviti mengunjungi rumah jiran tetangga sambil bertakbir raya...dapat lar mengunjung lima buah rumah malam tuh...just nice, start kul 9.30 mlm habes dalam pukul 11 mlm...hidangan simple2 jek yang tuan rumah bagi, ada ayam golek, ada laksa johor, ada laksa penang,ada kuih raya...senak perut gak lar malam tuh...

1Syawal, rumah aku jadik mini jawa timur...sedara mara helper aku dtg beghayer kat umah...walaupun aku tak balik kampung, tapi rumah aku meriah dengan helper2 jiran2 aku merangkap sedara mara helper aku...kelam kabut gak lar 1 Syawal tuh...

Solat sunat Aidilfitri lebih kurang kam 8.30 pagi, aku ingatkan tak ramai qariah Desa Coalfields yang tak balik kampung, tapi ghuper2nya surau Al Hidayah tuh penuh sampai ke bahagian luar...Alhamdulillah....

Lepas solat sunat aidilfitri, takde aktiviti...ingatkan nak bawak bebudak pegi beghayer tapi macam tak best plak bila mummy depa takde sama...macam pelik plak...so, stay kat umah jek lar layan Astro sampai muak dah tgk tv...he he he...

Petang 1 Syawal, helper aku bercuti satu hari...nak balik Shah Alam rumah abang sedara dia...aku hantar lar...semua bebudak ngan mummy depa ikut...lepas hantar helper aku, aku saje bawak bebudak bebudak pusing Bandaraya Kuala Lumpur...sebab aku kompom dan yakin, jalan takkan sesak...dan jangkaan aku TEPAT !!!!

Lebuhraya persekutuan yang pada kebiasaannya sesak, lengang...bandaraya kuala lumpur yg juga biasanya sesak, jugak lengang...dapat lar aku bawak bebudak tengok kerlipan lampu sebab waktu tuh dah menjelang maghrib...cuma yang tak besnya, biasa lar, bila musim perayaan, kebanyakan warga kota pulang ke kampung, bandaraya akan dipenuhi oleh warga asing...naseb baik anak2 aku tak tanya apa2...kalau tak, susah gak aku nak carik jawapan...he he he...

Perjalanan balik rumah pun lancar...takde kesesakan lalulintas yang aku lalui atau tempuhi...sampai rumah, aku maseh boleh berbangga sebab kalau warga kota semua balik ke kampung halaman, aku dan keluarga pulang ke desa...Desa Coalfields...he he he...

Memang tak sama bila sambut perayaan antara di kota dengan di kampung...susana cukup berbeza...kemeriahan pun tak sama...tapi,apa yang penting, kesihatan perlu dijaga...tak guna juga kalau kita berkeras utk balik kampung, tapi sad ending...betul tak...hakikatnya, perayaan tetap perayaan...perbezaan cuma pada siapa yang merayakannya aje...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN

Saturday, August 18, 2012

Berlabuhnya Ramadhan 1433H

Ramadhan 1433h telah melabuhkan tirainya...dan kita pun tak tau sama ada kita akan bertemu atau tidak dengan ramadhan 1434h...apa yang penting, kita telah melakukan yang terbaik dan sebaik mungkin pada ramadhan 1433h ini...mari kita sama-sama berdoa semoga segala amalan kita pada ramadhan kali ini akan diterima oleh-Nya dan semoga kita akan dipertemukan lagi dengan ramadhan 1434h yang akan datang...insyaallah....

Insyaallah, sekiranya tiada aral melintang, kita akan bersama-sama menyambut 1 Syawal 1433h pada hari esok, 19hb Ogos 2012...dikesempatan ini saya mewakili keluarga, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua saudara-mara, sahabat taulan, sama ada yang jauh ataupun yang dekat, atas segala jua kesalahan, samaada secara sedar ataupun tidak...dalam masa yang sama juga, saya dengan rendah diri memaafkan segala jua kesalahan sahabat taulan semua...semoga dengan kemaafan ini segala amalan kita akan lebih diberkati...amin...

Dimusim perayaan dan cuti yang panjang ini,ramai antara kita yang akan menempuh perjalanan pulang ke kampung,mtidak kira dekat ataupun jauh...dan, yang pasti, kesesakan jalan raya adalah salah satu menu istimewa dalam perjalanan ini....seorang sahabat yang memulakan perjalanan pulang ke kampungnya di negeri paling utara, Perlis, pada jam 5.30 pagi tadi, menempuh 5 jam perjalanan untuk sampai ke Bukit Gantang...belum pun separuh perjalanan....tapi alhamdulillah, telah selamat sampai ke kampung halaman pada jam 3.30 ptg...lebih kurang 10 jam perjalanan...seorang sahabat yang lain memaklumkan mengambil masa kira-kira 4 jam setengah untuk perjalanan dari Sungai Buloh ke Tapah perak, sedangkan dalam waktu biasa hanya mengambil masa 1 jam setengah lebih kurang...apapun, apa yang penting dalam menempuh perjalanan ini adalah kesabaran dan kepatuhan kepada undang-undang jalan raya...perlu kita ingat kalau kita nak cepat, orang lain pun nak cepat juga...kalau kita nak selamat, orang lain pun nak selamat juga...jadi, jom kita sesama mengamalkan suasana yang sihat dan selamat dengan mematuhi undang-undang jalan raya ketika berada di atas jalan raya...berhati-hati di jalanraya untuk kebaikan kita semua...

Aidilfitri, hari kemenangan...penuh berkat, insyaallah...satu amalan mulia yang boleh kita sama-sama amalkan ialah kunjung mengunjung sesama jiran, kunjung mengunjung sesama sahabat, dan kunjung mengunjung sesama saudara-mara....besar maghfirahnya bila kita membuka pintu untuk meraikan kunjungan saudara-mara,sahabat taulan, juga jiran-jiran kita neh...sebut pasal kunjung mengunjung neh,ada hikmah gak saya tak beghayer di kampung tahun neh...selepas solat isyak td, dapat join sesi bara'an dari rumah ke rumah...dapat lar membuka Syawal 1433h dengan mengunjung rumah jiran-jiran...sambil mengunjung, dapat bertakbir dan bertahlil...makanan jamuan pun boleh tahan gak...terima kasih kepada tuan ghumah...he he he...

Dalam masa yang sama, elakkan sifat membazir di musim perayaan neh...sebagaimana kita berhemah ketika ramadhan, harapnya dapat juga kita kekalkan sifat berhemah kita tuh di musim perayaan neh...

Penutup coretan kali neh, sekali lagi, selamat hari raya kepada semua...maaf zahir & batin.....

Monday, August 13, 2012

Cadangan Perjalanan Sempena Cuti Aidilfitri 2012 / 1433H

Assalam semua...musim cuti perayaan kembali...insyaallah, minggu depan (19hb & 20hb Ogos 2012) kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2012 @ 1 Syawal 1433H...Kerajaan plak dah umumkan yang 16hb ngan 17hb Ogos neh (Khamis & Jumaat) sebagai cuti berganti bagi semua pelajar di seluruh Malaysia...dan akan bermulalah kesibukan di jalan raya...

Sepertimana biasa, pengendali lebuhraya terbesar di Malaysia, PLUS, telah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan yg boleh dijadikan panduan oleh semua dalam merancang perjalanan, samaada untuk pulang berhari raya di kampung atau melawat saudara-mara di musim perayaan neh...yang dipaparkan di bawah neh adalah olahan daripada maklumat yang aku dapat dari laman web PLUS dan Berita Harian Online...

PLUS menganggarkan jumlah trafik di lebuhraya akan meningkat 30% daripada hari-hari biasa...so, apa yang boleh kita simpulkan, keadaan jalan raya @ lebuhraya akan menjadi lebih sesak dari biasa...Macam entri aku sebelum neh, (Tajuk entri: Selamat Pulang Ke Kampung Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri), pastikan semua keperluan dan bahan-bahan tambahan tuh ada untuk memudahkan kita...dalam masa yang sama, adalah digalakkan untuk semua agar mengikuti cadangan waktu perjalanan neh yang mungkin boleh membantu anda semua (saya guna istilah "anda" sebab saya beraya @ bercuti di Sungai Buloh tahun neh...(^_^)...jemput datang umah ea...) dalam mengelakkan kesesakan sepanjang perjalanan anda...

CADANGAN WAKTU PERJALANAN (TTA)
DI LEBUHRAYA UTARA - SELATAN SEMPENA CUTI PERAYAAN
HARI RAYA AIDILFITRI 2012 / 1433H
Tarikh
Perjalanan
Cadangan Waktu Perjalanan
Dari
Ke
16hb, 17hb, 18hb Ogos 2012 (Khamis, Jumaat  Sabtu)
Lembah Klang
Kedah, Perlis & Pulau Pinang (Melalui Juru)
Sebelum jam 12 tgh
Johor (Melalui Skudai, Senai Utara,Ayer Hitam, Yong Peng & Tangkak)
&
Taiping,Kuala kangsar, Changkat Jering
Antara 12 tgh hingga 3 ptg
 30hb, 31hb Ogos 2012 (Khamis & Jumaat)
Melaka (Melalui Ayer Keroh)
Ipoh,Simpang Pulai,Gopeng
Antara 3 ptg hingga 6 ptg 
Tampin, Alor Gajah (Melalui Simpang Ampat)

Tapah, Bidor,Slim River, Tanjung Malim
Selepas 6 ptg

Senawang, Port Dickson, Seremban

Semua perjalanan melalui Tambak Johor & Link Kedua
Kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil
Setiap Jam Ganjil (cth: 9pg, 1ptg, 7ptg)

Semua perjalanan melalui Jambatan Pulau Pinang
Kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap
Setiap Jam Genap (cth: 10pg, 2ptg, 8mlm)

Semua perjalanan
Sebelum jam 9 pd & selepas jam 10 mlm

21hb hingga 26hb Ogos 2012
(Selasa - Ahad)
Utara & Selatan
Lembah Klang
Sebelum 12 tgh & Selepas 6 ptg
&
Perjalanan lain yang tidak melalui Lembah Klang
Antara jam 12 tgh & 6 ptg
1hb & 2hb September 2012
(Sabtu & Ahad)
Semua perjalanan melalui Tambak Johor & Link Kedua
Kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil
Setiap Jam Ganjil sebelum jam 12 tgh (cth: 9pg, 1ptg, 7ptg)

Semua perjalanan melalui Jambatan Pulau Pinang
Kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap
Setiap Jam Genap sebelum jam 12 tgh (cth: 10pg, 2ptg, 8mlm)
Nota: (1) Perjalanan yang tidak disenaraikan tidak tertakluk dengan cadangan ini
 (2) Kenderaan berat dan komersil tidak tertakluk dengan cadangan ini
* maklumat ini diolah dari detail yang diperolehi di www.plus.com.my dan www.bharian.com.my 

Selain itu, kengkawan boleh gak hubungi talian bebas to PLUSLine di 1800-88-0000 atau laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. 

Selain dari cadangan waktu perjalanan kat atas tuh, setiap radio akan menyediakan laporan keadaan bagi setiap tempat yang berkemungkinan mengalami kesesakan yang luar biasa...(^_^)...salah satu radio mungkin Sinar.fm...dan, sekarang ghamai yang dah ada phone yang hebat2...so, dalam masa yang sama boleh access facebook atau twitter untuk laporan terkini keadaan lebuhraya...

Sebagai tambahan, semua konsesi lebuhraya juga menawarkan kadar rebat @ pengurangan tol pada tarik-tarikh tertentu seperti berikut,


Apapun, apa yang penting dalam bersedia dan memulakan perjalanan adalah pastikan diri anda berada dalam keadaan yang cukup bersedia...mental dan fizikal...banyakkan bersabar ketika memandu...kalau penat, berhenti di kawasan yg ramai orang...jangan parking di kawasan-kawasan yang jauh dari orang ramai kerana malang tak berbau...

SELAMAT MEMULAKAN PERJALANAN DAN DIDOAKAN SEMUANYA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU....(^_^)...


Friday, August 10, 2012

Memburu Malam Al Qadr (Lailatul Qadr)

Sedar tak sedar, kita dah menjengah ke sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan yang mulia...dan kita dah sedia maklum, dalam sepuluh malam terakhir neh, ada satu malam yg sangat-sangat berharga bagi kita sebagai umat Nabi Besar Muhammad S.A.W...kelebihan sekiranya kita berjaya berjumpa dengan malam nih adalah kita akan dianugerahkan dengan kelebihan seumpama beramal selama seribu bulan (lebih kurang 83 tahun 3 bulan)...berapa ramai antara kita yang yakin akan hidup selama itu???...

Nabi Besar kita pernah bersabda, "sampaikanlah ajaranku walaupun hanya dengan satu ayat"...so, kat sini kita bersama tanamkan lar niat semoga pada tahun neh kita akan bertemu dengan malam yang penuh berkat neh...

Antara amalan yang boleh kita amalkan di malam lailatul qadr neh adalah solat tahajjud, solat hajat, solat taubat, mengisi malam dengan bacan Al-Quran, berzikir dan banyak lagi amalan lain...dan, doa yang boleh kita amalkan adalah mungkin tambahan kepada doa-doa yang sedia kita amalkan, iaitu "Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku"...

Selain daripada itu, antara amalan2 lain yang mungkin boleh kita selitkan dalam memburu Malam Al Qadr adalah seperti disenaraikan kat bawah nih,

(1) Melakukan solat sunat wudhuk selepas mengambil wudhuk.
(2) Beristighfar
(3) Bertasbih
(4) Berselawat keatas Junjungan nabi Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Sebagai tambahan, mengikut perkiraan formula dari Imam Al Ghazali, Malam Al Qadr pada tahun 2012 ialah pada 23 Ramadhan 1433H bersamaan hari ahad 12hb Ogos 2012 manakala satu lagi perkiraan formula ulama tafsir ialah pada 27 Ramadhan 1433H bersamaan hari Khamis 16hb Ogos 2012...tapi, tak bermaksud malam-malam lain kita boleh tinggalkan...seelok2nya kita meriahkan sepuluh malam terakhir ramadhan kita nih dengan perbanyakkan amalan kita...(^_^)...

So, kawan2 semua, serendah2 amalan adalah berniat...jom kita tanamkan niat semoga kita dipertemukan dengan malam lailatul qadr neh, dan berdoa semoga kita mampu melakukan amalan sebaiknya pada malam tersebut...AMIN.....

Nota: Selain dari mengejar Malam Al Qadr, mungkin kita boleh berbanyakkan amalan bersedekah dan beramal jariah sebagai bekalan kita kat sana nanti...antara tempat yang mungkin boleh kita salurkan amal jariah kita adalah kepada Pertubuhan Aman Palestin...detail dia seperti kat bawah nih...

Alamat 1: No. 3-3,Jalan PJU5/20E, Kota Damansara,47810 Petaling Jaya.
Alamat 2: No. 1, Jalan 3/3B,Seksyen 3,43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Tel: +60389267019
Fax: +60389259963
Email: amanpalestin@yahoo.com
Web Site: www.amanpalestin.net

Untuk Sumbangan:

Nama: Aman Palestin Berhad
Nombor Akaun: Bank Islam (12029010047880) / Maybank (562263010787)

Sekiranya kita nak beri sumbangan untuk pegurusan, boleh lar dimasukkan kepada akaun Bank Muamalat (12070005133717)

Tuesday, August 7, 2012

Pengalaman Ramadhan 2012 @ 1433H

Assalam semua...lama tak menulis...bukan sebab takde masa, sebab Allah dah bagi kita masa yang sama bagi setiap umat manusia, 24 jam sehari...tapi, bagi golongan yang suka mencari alasan (macam aku lar...he he he), masa selalu dijadikan kambing hitam untuk melepaskan diri...kesian kat masa kan...hm...

Banya gak aku re-post artikel yang aku dapat dari groups yg aku subscribe...bukan apa...sharing is caring kan...dalam masa yang sama, kalau ada sesapa yang amalkan apa-apa yang aku re-post tuh, sikit-sikit dapat gak tambah amalan di bulan yang mulia nih...he he he...so, jengah-jengah lar kat artikel yang aku post tuh ea...SELAMAT BERAMAL...he he he...

Pagi tadi, masa drive nak pegi keje, macam biasa lar,aku bleh dikatakan sebagai pendengar setia Radio Sinar, tuh pun kalau trio tuh ade r...kalau salah sorang takde dah jadik tak meriah dah...tuh yang kekadang tukar channel tuh...he he he...topik pagi tadi plak PENGALAMAN RAMADHAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN...macam kene jek ngan peristiwa yang aku hadapi tahun neh...he he he...

Ramadhan tahun neh, aku sambut kat Hospital Pantai Bangsar...sebab orang rumah @ wife warded 3 hari menjelang Ramadhan disebabkan oleh komplikasi pembedahan yang lepas...sejarah dia, nanti lar aku ceritakan dalam full version...aku cerita dari A sampai Z...tapi, yang menyebabkan wife aku boleh dimasukkan @ warded tuh, sebab dia tokleh makan dan minum...setiap kali makan, dia akan muntah...sampai badan jadik lembik...masa buat appointment  ngan doktor, doktor cakap tuh salah satu komplikasi @ side effect chemo @ kimoterapi...dan doktor memang menjangkakan kesan sampingan tuh...so, untuk memudahkan proses pemerhatian dan pengubatan, wife aku kene tahan kat wad...so, bermula dari 17hb Julai 2012 bersamaan 27 Syaaban 1433, bermukim lar kad wad di tingkat 5, blok D, Hospital Pantai Bangsar...

Kalau ikut jangkaan awal, wife aku mungkin boleh keluar selepas 3 atau 4 hari proses rawatan...tapi, selepas tempoh tuh, keadaan wife aku tak berubah...dia maseh tokleh makan, tokleh minum dan akan muntah bila dia makan atau minum...mungkin sebab angin dalam badan dia tak boleh keluar, samaada melalui sendawa atau kentut...perut dia jadik kembung dengan angin, dan membuatkan dia rasa saket yang amat sangat...ada satu malam tuh dia muntah hijau, kesian kat nurse ngan cleaner kene bersihkan muntah dia awal2 pagi...pukul 2 pagi tuh !!!...ish ish ish...

Selepas semingu, maseh takde perkembangan positif pasal keadaan kesihatan wife aku...dia masih di drip dengan air, sebab dia tokleh makan...dan doktor ada bagi nutrisi susu, utk tambah tenaga dalam badan dia...memacam ubat dah doktor bagi, ada ubat tuh yang bagi kesan positif, tapi tak lama...lepas kesan ubat tuh hilang, wife aku akan rasa sakit semula...

Masuk mingu kedua, doktor cakap takde option lain selain pembedahan...kalau ikut hati aku, aku tanak bg sebab aku tak yakin yang keadaan wife aku kuat untuk menjalani pembedahan untuk kesekian kalinya (kali ke 4, tak silap aku)...bayangkan lar, dengan keadaan dia yang maseh dalam proses kimoterapi, tambah pulak dia dah hampir 2 minggu tak makan, kuat ker dia nak jalani pembedahan...ntah...tapi, doktor cakap wife aku fit for operation, so, nak tak nak, aku proceed  jek...

kenapa dia kene jalani pembedahan???...sebab, menurut kata doktor,usus kecik dia tak teratur kedudukannya...ada yang melekat,ada yang terbelit, menyebabkan angin tak boleh melalui usus kecik tuh....(usus besar wife aku dah kene buang sebab kesan sampingan kanser)...so, doktor kene buat pembedahan untuk menyusun semula kedudukan usus kecik wife aku tuh...dan, alhamdulillah, pembedahan tuh berjalan dengan selamat pada 28hb Julai 2012 yang lepas...

Selepas pembedahan membetulkan semula kedudukan usus kecik tuh, alhamdulillah, keadaan wife aku beransur baik...selepas semingu, dia dah boleh makan dan minum tanpa ada sebarang komplikasi...dan selepas 19 hari bermukim di wad di tingkat 5, Hospital pantai Bangsar, wife aku dibenarkan keluar...ALHAMDULILLAH...

So, apa valuenya cerita aku nih...kepada semua, jangan pandang ringan sendawa dan kentut...disebabkan oleh angin jek, kami (aku ngan wife) terpaksa bermukim di hosital selama 19 hari...disebabkan angin jugak, wife aku kene operasi (istilah Doktor John, our Oncologist)... so, sekadar peringatan kepada semua termasuk aku sendiri, setiap kejadian kepada diri kita tuh, walaupun semudah sendawa dan kentut, ada hikmahnya...lepas neh, kalau ada sesapa yg terkentut di khalayak ghamai, tak payah lar ghaser malu...sebab besar hikmah kentut tuh...(^_^)...

Petua Bahagia - Dr Fadzilah Kamsah

63 Petua Bahagia Dr Fadzilah Kamsah

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Redha, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

(Dari yahoogroups MAHLIGAI)
Selamat Pulang Ke Kampung Sempena Cuti Hari Raya Aidil Fitri...\(^_^)/...

Musim perayaan datang lagi. Dalam tempoh kurang dari dua minggu, kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan bagi umat2 islam yg telah selamat menjalani ibadah puasa di bulan penuh rahmat, Bulan Ramadhan. Dan semestinya, dalam tempoh perayaan neh, jumlah kenderaan akan bertambah sekali ganda di jalan raya, samaada untuk pulang ke kampong atau berziarah ke rumah saudara mara dan sahabat taulan semua.

Justeru, sebagai peringatan kepada semua, jom kita jengah sekejap tips-tips perjalanan yg boleh kita ambil kira sebelum memulakan perjalanan, tak kire berapa jauh perjalanan kita tuh…

Beberapa perkara yang diharap menjadi panduan kepada semua apabila ingin berjalan jauh,
  1. Pastikan lampu suluh sentiasa ada dalam dashboard dan berfungsi.  Sebaiknya sediakan 2 unit.
  2. Mempunyai pemantul cahaya 'triangle'.  Ia perlu diletak dalam jarak 10 - 30 meter di belakang kenderaan apabila berlaku breakdown.
  3. Mempunyai talian telefon bimbit yang luas liputannya.  Sebaiknya ada 2 jenis talian telco. Kalau ada Radio Amatur lagi bagus.
  4. Payung.
  5. Air kosong dan makanan seperti biskut.
  6. Servis kenderaan sepenuhnya sebelum memulakan perjalanan.  Servis di sini maksudnya buat pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh (enjin, tayar dan tayar spare dan lain-lain) dan bukan sekadar tukar minyak pelincir dan penapis sahaja.
Apabila berlaku kecemasan seperti tayar pancit, berhentikan kereta di tepi kawasan yang selamat.  Hidupkan hazard light* dan tutup atau kecilkan lampu kereta.  Kenalpasti status kerosakan.  Seterusnya hubungi pihak auto assist yang sewajarnya anda langgan.  Jika kereta baru, lazimnya dah ada disediakan talian 24 jam.  Maklumkan lokasi breakdown.

Jika kecemasan berlaku semasa memandu di lebuhraya dan anda perlu berhenti di lorong kecemasan, pastikan keluarga anda berada di luar pagar keselamatan.  Bukan berhampiran kenderaan.

Sering juga saya lihat kenderaan berhenti di tepi jalan kerana si ibu membuat susu anak atau anak nak kencing.  Cubalah seboleh mungkin berhenti di kawasan yang jauh sedikit dari laluan kenderaan atau selekoh jalan.

Pastikan saudara/i sentiasa awas (alert) dengan persekitaran.  Kunci kereta dan jika ada yang singgah bertanya khabar, buka sedikit sahaja cermin kereta.

*sebab itulah hazard light tidak dipasang semasa anda memandu kereta dalam hujan kerana ia sebenarnya mengisyaratkan bahawa kenderaan sedang pegun (tidak bergerak). Jangan kelirukan pemandu lain! 


Jika kecemasan berlaku di waktu malam, terutamanya jalan yang sunyi dan terpencil, hubungi 999 dan maklumkan lokasi.  Mereka akan menghantar kereta peronda untuk menemani anda sehinggalah bantuan/tow truck tiba.

Jika anda melanggan perkhidmatan yang disediakan jenama kereta yang anda beli (kereta baru), tunggu sehingga trak tersebut tiba. Jika ada tow truck lain, jangan ambil walau dengan apa cara sekalipun kecuali melibatkan hidup atau mati. Perayu trak tunda akan provoke saudara/i dengan macam-macam cerita bertujuan agar saudara/i guna servis mereka. Dalam hal ini, mental kena kuat. Kena banyakkan bersabar. 

Mengambil khidmat tow truck yang tidak dilanggan untuk kereta anda akan menyebabkan banyak karenah dan masalah timbul apabila anda nak membuat tuntutan insuran dan juga apabila nak keluarkan kereta.

Jangan lupa hubungi saudara terdekat dan maklumkan status saudara/i.  Jika ada GPS, maklumkan koordinat GPS.

Lain-lain

Bacaan
Bacalah ayat-ayat al-quran serta doa memulakan perjalanan.

Co-PilotYa.  Semasa memandu kereta, anda juga perlu co-pilot.  Berbual akan mengurangkan perasaan mengantuk.  Biasanya isteri.  Di sini untung jika ada isteri yang 'mulut banyak'.
Jika memandu keseorangan, anda boleh kunyah gula-gula getah, makan kuaci. 

MuzikMemainkan lagu-lagu perlahan dapat menenangkan perasaan semasa memandu.  Tapi kalau dah penat, ia boleh melenakan dan 'menghanyutkan' anda.  Maka, pasanglah lagu-lagu rancak.

PerhentianBerhenti rehat di tempat yang dikhaskan (R & R) atau lokasi yang selamat.  Elakkan berhenti di tempat terpencil terutamanya di waktu malam. Bukan bermaksud 'superstitious', tapi tanyalah pada mereka yang pernah alami.  Banyak cerita telah didengari.

Insiden
Jika ada insiden kemalangan dan anda ada upaya untuk membantu, pastikan keselamatan pada diri anda dan keluarga terlebih dahulu.  Jangan terlalu 'excited' ingin membantu sedangkan boleh mengancam keselamatan diri sendiri dan keluarga.

Akhir sekali, pakai tali pinggang keledar bagi penumpang depan dan juga bagi penumpang belakang.  Jangan pandang ringan kerana anda 'memang' pemandu berhemah.  Tapi bagaimana dengan pemandu lain?


(Artikel dari sahabatinteraktif@yahoogroups.com)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com