Monday, August 13, 2012

Cadangan Perjalanan Sempena Cuti Aidilfitri 2012 / 1433H

Assalam semua...musim cuti perayaan kembali...insyaallah, minggu depan (19hb & 20hb Ogos 2012) kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2012 @ 1 Syawal 1433H...Kerajaan plak dah umumkan yang 16hb ngan 17hb Ogos neh (Khamis & Jumaat) sebagai cuti berganti bagi semua pelajar di seluruh Malaysia...dan akan bermulalah kesibukan di jalan raya...

Sepertimana biasa, pengendali lebuhraya terbesar di Malaysia, PLUS, telah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan yg boleh dijadikan panduan oleh semua dalam merancang perjalanan, samaada untuk pulang berhari raya di kampung atau melawat saudara-mara di musim perayaan neh...yang dipaparkan di bawah neh adalah olahan daripada maklumat yang aku dapat dari laman web PLUS dan Berita Harian Online...

PLUS menganggarkan jumlah trafik di lebuhraya akan meningkat 30% daripada hari-hari biasa...so, apa yang boleh kita simpulkan, keadaan jalan raya @ lebuhraya akan menjadi lebih sesak dari biasa...Macam entri aku sebelum neh, (Tajuk entri: Selamat Pulang Ke Kampung Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri), pastikan semua keperluan dan bahan-bahan tambahan tuh ada untuk memudahkan kita...dalam masa yang sama, adalah digalakkan untuk semua agar mengikuti cadangan waktu perjalanan neh yang mungkin boleh membantu anda semua (saya guna istilah "anda" sebab saya beraya @ bercuti di Sungai Buloh tahun neh...(^_^)...jemput datang umah ea...) dalam mengelakkan kesesakan sepanjang perjalanan anda...

CADANGAN WAKTU PERJALANAN (TTA)
DI LEBUHRAYA UTARA - SELATAN SEMPENA CUTI PERAYAAN
HARI RAYA AIDILFITRI 2012 / 1433H
Tarikh
Perjalanan
Cadangan Waktu Perjalanan
Dari
Ke
16hb, 17hb, 18hb Ogos 2012 (Khamis, Jumaat  Sabtu)
Lembah Klang
Kedah, Perlis & Pulau Pinang (Melalui Juru)
Sebelum jam 12 tgh
Johor (Melalui Skudai, Senai Utara,Ayer Hitam, Yong Peng & Tangkak)
&
Taiping,Kuala kangsar, Changkat Jering
Antara 12 tgh hingga 3 ptg
 30hb, 31hb Ogos 2012 (Khamis & Jumaat)
Melaka (Melalui Ayer Keroh)
Ipoh,Simpang Pulai,Gopeng
Antara 3 ptg hingga 6 ptg 
Tampin, Alor Gajah (Melalui Simpang Ampat)

Tapah, Bidor,Slim River, Tanjung Malim
Selepas 6 ptg

Senawang, Port Dickson, Seremban

Semua perjalanan melalui Tambak Johor & Link Kedua
Kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil
Setiap Jam Ganjil (cth: 9pg, 1ptg, 7ptg)

Semua perjalanan melalui Jambatan Pulau Pinang
Kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap
Setiap Jam Genap (cth: 10pg, 2ptg, 8mlm)

Semua perjalanan
Sebelum jam 9 pd & selepas jam 10 mlm

21hb hingga 26hb Ogos 2012
(Selasa - Ahad)
Utara & Selatan
Lembah Klang
Sebelum 12 tgh & Selepas 6 ptg
&
Perjalanan lain yang tidak melalui Lembah Klang
Antara jam 12 tgh & 6 ptg
1hb & 2hb September 2012
(Sabtu & Ahad)
Semua perjalanan melalui Tambak Johor & Link Kedua
Kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil
Setiap Jam Ganjil sebelum jam 12 tgh (cth: 9pg, 1ptg, 7ptg)

Semua perjalanan melalui Jambatan Pulau Pinang
Kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap
Setiap Jam Genap sebelum jam 12 tgh (cth: 10pg, 2ptg, 8mlm)
Nota: (1) Perjalanan yang tidak disenaraikan tidak tertakluk dengan cadangan ini
 (2) Kenderaan berat dan komersil tidak tertakluk dengan cadangan ini
* maklumat ini diolah dari detail yang diperolehi di www.plus.com.my dan www.bharian.com.my 

Selain itu, kengkawan boleh gak hubungi talian bebas to PLUSLine di 1800-88-0000 atau laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. 

Selain dari cadangan waktu perjalanan kat atas tuh, setiap radio akan menyediakan laporan keadaan bagi setiap tempat yang berkemungkinan mengalami kesesakan yang luar biasa...(^_^)...salah satu radio mungkin Sinar.fm...dan, sekarang ghamai yang dah ada phone yang hebat2...so, dalam masa yang sama boleh access facebook atau twitter untuk laporan terkini keadaan lebuhraya...

Sebagai tambahan, semua konsesi lebuhraya juga menawarkan kadar rebat @ pengurangan tol pada tarik-tarikh tertentu seperti berikut,


Apapun, apa yang penting dalam bersedia dan memulakan perjalanan adalah pastikan diri anda berada dalam keadaan yang cukup bersedia...mental dan fizikal...banyakkan bersabar ketika memandu...kalau penat, berhenti di kawasan yg ramai orang...jangan parking di kawasan-kawasan yang jauh dari orang ramai kerana malang tak berbau...

SELAMAT MEMULAKAN PERJALANAN DAN DIDOAKAN SEMUANYA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU....(^_^)...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com