Adakah
anda seorang yang sukar berkawan dan sukar memulakan komunikasi dengan
orang lain dalam apa jua keadaan sehingga membuatkan anda sentiasa ingin
menyendiri serta tidak memperdulikan orang lain?
Usah
risau, kerana anda bukan anda seorang sahaja yang sedang menghadapi
masalah ini. Ini kerana mengikut statistik, 3 daripada 10 orang
mengalami masalah sukar untuk membuka mulut memulakan bicara atau
berkomunikasi dengan orang lain terutamanya orang yang tidak dikenali.
Mereka lebih suka menjauhkan diri daripada masyarakat walaupun dalam hati mereka ingin bergaul bersama-sama.
Walau
bagaimanapun, sebenarnya sikap ini merupakan sikap yang perlu dijauhi
oleh semua orang kerana bimbang sikap ini membuatkan diri anda menjadi
anti-sosial, tidak ambil peduli hal yang berlaku disekeliling dan paling
teruk akan digelar sebagai “orang yang bodoh sombong” oleh anggota
masyarakat dan jiran-jiran anda yang lain.
Berikut merupakan antara 5 tips bagaimana anda mampu menjauhi sikap sukar berkomunikasi ini dan menjadi insan yang sentiasa disenangi masyarakat:
1. Sentiasa senyum
- Senyum itu sedekah, senyum itu ibadah dan senyum itu juga mampu mencairkan hati setiap insan. Sentiasalah menguntum senyuman kerana dari senyuman tersebutlah anda menonjolkan kemesraan & bakal peroleh ramai sahabat.
2. Tunjukkan minat untuk mengenali mereka
- Ambil tahu serba sedikit mengenai mereka agar anda mengetahui apakah kerja & minat mereka. Setelah mengetahui perkara tersebut, sentiasa berbual mengenai topik-topik yang ada kaitan dengan minat mereka.
3. Ingat dan tahu setiap nama mereka
- Kemesraan hanya akan wujud jika anda benar-benar mengenali mereka. Jika anda belum mengenali mereka sedalam-dalamnya, anda perlu mengetahui dan mengingati nama mereka untuk memulakannya kerana ia menunjukkan betapa anda menghormati & menghargai mereka.
4. Jadi pendengar yang baik
- Sahabat yang baik merupakan pendengar yang baik. Ini kerana secara psikologi manusia akan lebih tertarik untuk bercerita mengenai diri mereka, keinginan mereka serta masalah-masalah yang mereka hadapi. Mereka amat perlukan perhatian anda dan anda perlu tunjukkan minat untuk mendengarnya.
5. Elakkan daripada mengkritik mereka
- Ingatlah bahawa bukan semua orang suka mendengar kritikan yang diberikan oleh orang lain walaupun mereka melakukan kesilapan. Cuba fahami sebab mengapa mereka lakukannya dan fikir positif dalam setiap kejadian tanpa saling menyalahkan antara satu sama lain.
Dengan
mengamalkan 5 tips ini, anda pasti disukai dan mendapat ramai
kenalan-kenalan baru serta dapat mengubah diri anda menjadi seorang
yang peramah. Ingatlah bahawa dunia ini kecil sahaja & tanpa mereka,
dunia ini tidak menyeronokkan.
(Sumber: Yahoogroups MAHLIGAI)