Monday, August 5, 2013

Tazkirah Ramadhan: Mencari Malam Al-Qadr

ADA satu malam yang kedatangannya sangat dinantikan oleh umat Islam pada setiap bulan Ramadan. Malam itu disebut Lailatulqadar.

Al-Quran menyebutnya sebagai malam yang penuh berkat (al-Dukhan: 3) dan malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan (al-Qadr: 3). 
Lailatulqadar sangat dimuliakan oleh umat Islam kerana pada malam tersebut turun rahmat dan kebaikan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. 
Biasanya, dalam menanti malam tersebut, umat Islam melakukan ibadat seperti solat malam atau membaca al-Quran untuk memperoleh Lailatulqadar.
Memperoleh Lailatulqadar
Mendapatkan Lailatulqadar merupakan pengalaman kerohanian dan individual.
Ulama mengatakan bahawa tidak semua orang berjaya mendapatkan malam 1,000 bulan ini. Dengan kata lain, Lailatulqadar tidak boleh ditemui begitu sahaja iaitu dengan hanya berjaga pada malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.
Ini kerana berjumpa dengan Lailatulqadar merupakan kemuncak prestasi dari segi kerohanian setelah melakukan banyak kegiatan kerohanian sepanjang bulan Ramadan.
Nisfu Syaaban
Sebahagian ulama percaya bahawa malam Lailatulqadar tidak hanya ada pada bulan Ramadan tetapi juga pada bulan Syaaban.
Menurut mereka, Lailatulqadar turun pada malam Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban). Malam yang juga biasa dirayakan oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia.
Pada malam itu turun beberapa kebaikan daripada Allah SWT seperti syafaat, keampunan dan pembebasan daripada azab. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tatkala datang malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memberikan keampunan-Nya kepada penghuni bumi, kecuali bagi orang yang syirik dan berpaling daripada-Nya." (Riwayat Ahmad)
Waktu Lailatulqadar
Kebanyakan ulama dan orang Islam percaya bahawa Lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadan, khususnya dalam 10 malam terakhir pada bulan ini. Tidak seorang pun yang tahu bila sebenarnya Lailatulqadar akan berlaku.
Namun, daripada beberapa riwayat diketahui bahawa Nabi Muhammad SAW memberikan beberapa tanda mengenai akan terjadinya malam penuh berkat itu. Seperti adanya hawa yang sejuk, suasana damai dan cuaca cerah.
Lailatulqadar dalam al-Quran
Al-Quran menyebut tentang Lailatulqadar dalam surah al-Dukhan ayat 3-4 dan surah al-Qadr ayat 1-5. Dalam surah al-Dukhan, al-Quran menggunakan istilah malam yang penuh berkat, malam ketika semua urusan manusia seperti hidup, mati, rezeki dan musibah dijelaskan Allah SWT dengan penuh hikmah. 
Sementara dalam surah al-Qadr pula Allah SWT menyebut Lailatulqadar sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam ketika Jibril dan para malaikat lain turun ke bumi dan malam yang penuh kesejahteraan hingga ke pagi.

TAZKIRAH RAMADHAN: Peringatan untuk semua

Diceritakan bahawa Alam dunia amat sekejap tempohnya berbanding dgn perjalanan barzah dan mahsyar di akhirat kelak. Tentu malaikat hairan dgn  manusia yg bertungkus lumus utk keduniaan yg paling lama pun kita hidup sampai seratus tahun je. Itu pun kalau umur panjang.

Sedangkan alam selepas mati, alam barzah, padang mahsyar, dan ke titian sirat yang penuh ranjau dan halangan...di katakan oleh ulamak lama nya alam akhirat sebelum sampai ke keputusan syurga neraka itu berpuluh ribu tahun lamanya. Logik kah kalau akal yg sihat sekiranya kita lebih mengutamakan dunia dari akhirat???

Diceritakan lamanya di padang mahsyar itu sehingga manusia sanggup berkata kpd Allah agar mereka dimasukkan saja ke neraka  kerana tak tertanggung azabnya di mahsyar yg terlalu lama....Maka sebab itulah dikatakan bahawa org yg beruntung itu ialah org yg ketika hidupnya didunia, segala apa2 yg dilakukannya didunia...matlamatnya tetap akhirat. Dia di dunia, tapi pemikirannya di akhirat.
Ketika didunia dia dah tahu apa yg dia akan hadapi di alam barzah...apa akan terjadi di mahsyar...apa akan terjadi di titian sirat...dan akhirnya apa yg ada di syurga & neraka. Nanti bila Allah tiba2 tarik nyawa kita...kita taklah terkejut beruk. Kata Syeikh Nuruddin, antara tipu daya syaitan ialah menagguhkan amalan.
Org yg berumur belasan tahun...dibiskkan oleh syaitan, "Aku muda lagi....nantilah bila aku dah kahwin baru aku pergi masjid berjemaah & beribadah"...bila dah kahwin dibisikkan lagi "Aku baru je kahwin....sibuk...masa ni lah aku nak kumpul duit byk2...nak besarkan anak..nak kumpul harta.....kerja keras..nanti umur 40 aku dah stabil baru aku pegi masjid & beribadah"....
Bila sampai umur 40...dibisikkan lagi "Alamak skrg ni sibuk lah dgn masalah anak2....anak2 exam...ada anak yg sakit....ada yg bermasalah...anak nak masuk Uni...byk benda nak kena settle ni, tunggu pencen lah baru aku gi masjid"....
Bila dah pencen pulak...badan pun dah tak kuat....ditakdirkan Allah kita sakit....duduk lama tak boleh....berdiri lama tak boleh....macam2 tak boleh....nak beribadat dah tak kuat....nak pegi majlis ilmu dah tak kuat..nak puasa sunat dah tak boleh....akhirnya sibuk dgn dunia sampai lah dicabut segala kenikmatan yg diberi oleh Allah masa dia muda & sihat. 
Alhamdulillah bagi yg masih boleh hidup sampai tua & sempat bertaubat. Berapa ramai yg umur belasan tahun...umur dua puluhan...umur tiga puluhan...empat puluhan yg direntap nyawanya oleh malaikat maut ketika masih sibuk dgn urusan dunia semata2?
Mudah2an Allah bagi kesedaran sementara kita masih berpeluang. Berkat bulan Ramadhan ini. YA Allah berikan lah kami taufiq dan hidayah mu ya Allah.. Berikanlah kami kebaikan dunia & akhirat. Amin Allahuma amin.
Kata ustaz Ihsan....Malam2 disaat org lain nyenyak tidur...amalkan bertafakur kpd Allah...at least 10-15minit. Hanya kita dgn Allah. Tak payah doa yg canggih2...sebut dlm bahasa melayu pun takpe...sebut  dgn niat berbicara dgn Allah...berkhalwat dgn Allah...
Matlamatnya utk bertafakur dgn Allah.....Amalan bertafakur adalah amalan para solihin yg sudah ditinggalkan oleh kebanyakan org. Sedangkan bertafakur itu salah satu kaedah yg sangat berkesan utk seseorg mendekatkan diri kpd Allah...selain zikir. InsyaAllah cuba buat & amal. tgk Astro berjam2...takkan takleh 10 minit dating dgn Allah.
Peringatan utk diriku yg lupa. Mudahan bermanafaat juga utk yg membaca. TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com