Diceritakan bahawa Alam
dunia amat sekejap tempohnya berbanding dgn perjalanan barzah dan mahsyar di
akhirat kelak. Tentu malaikat hairan dgn manusia yg bertungkus lumus utk
keduniaan yg paling lama pun kita hidup sampai seratus tahun je. Itu pun kalau
umur panjang.
Sedangkan alam selepas mati, alam barzah, padang mahsyar, dan ke titian sirat yang penuh ranjau dan halangan...di katakan oleh ulamak lama nya alam akhirat sebelum sampai ke keputusan syurga neraka itu berpuluh ribu tahun lamanya. Logik kah kalau akal yg sihat sekiranya kita lebih mengutamakan dunia dari akhirat???
Diceritakan lamanya di padang mahsyar itu sehingga manusia sanggup berkata kpd Allah agar mereka dimasukkan saja ke neraka kerana tak tertanggung azabnya di mahsyar yg terlalu lama....Maka sebab itulah dikatakan bahawa org yg beruntung itu ialah org yg ketika hidupnya didunia, segala apa2 yg dilakukannya didunia...matlamatnya tetap akhirat. Dia di dunia, tapi pemikirannya di akhirat.
Ketika didunia dia dah tahu
apa yg dia akan hadapi di alam barzah...apa akan terjadi di mahsyar...apa akan
terjadi di titian sirat...dan akhirnya apa yg ada di syurga & neraka. Nanti
bila Allah tiba2 tarik nyawa kita...kita taklah terkejut beruk. Kata Syeikh
Nuruddin, antara tipu daya syaitan ialah menagguhkan amalan.
Org yg berumur belasan
tahun...dibiskkan oleh syaitan, "Aku muda lagi....nantilah bila aku dah kahwin
baru aku pergi masjid berjemaah & beribadah"...bila dah kahwin dibisikkan
lagi "Aku baru je kahwin....sibuk...masa ni lah aku nak kumpul duit byk2...nak
besarkan anak..nak kumpul harta.....kerja keras..nanti umur 40 aku dah stabil
baru aku pegi masjid & beribadah"....
Bila sampai umur
40...dibisikkan lagi "Alamak skrg ni sibuk lah dgn masalah anak2....anak2
exam...ada anak yg sakit....ada yg bermasalah...anak nak masuk Uni...byk benda
nak kena settle ni, tunggu pencen lah baru aku gi masjid"....
Bila dah pencen pulak...badan
pun dah tak kuat....ditakdirkan Allah kita sakit....duduk lama tak
boleh....berdiri lama tak boleh....macam2 tak boleh....nak beribadat dah tak
kuat....nak pegi majlis ilmu dah tak kuat..nak puasa sunat dah tak
boleh....akhirnya sibuk dgn dunia sampai lah dicabut segala kenikmatan yg diberi
oleh Allah masa dia muda & sihat.
Alhamdulillah bagi yg masih
boleh hidup sampai tua & sempat bertaubat. Berapa ramai yg umur belasan
tahun...umur dua puluhan...umur tiga puluhan...empat puluhan yg direntap
nyawanya oleh malaikat maut ketika masih sibuk dgn urusan dunia semata2?
Mudah2an Allah bagi kesedaran
sementara kita masih berpeluang. Berkat bulan Ramadhan ini. YA Allah berikan lah
kami taufiq dan hidayah mu ya Allah.. Berikanlah kami kebaikan dunia &
akhirat. Amin Allahuma amin.
Kata ustaz Ihsan....Malam2
disaat org lain nyenyak tidur...amalkan bertafakur kpd Allah...at least
10-15minit. Hanya kita dgn Allah. Tak payah doa yg canggih2...sebut dlm bahasa
melayu pun takpe...sebut dgn niat berbicara dgn Allah...berkhalwat dgn
Allah...
Matlamatnya utk bertafakur dgn
Allah.....Amalan bertafakur adalah amalan para solihin yg sudah ditinggalkan
oleh kebanyakan org. Sedangkan bertafakur itu salah satu kaedah yg sangat
berkesan utk seseorg mendekatkan diri kpd Allah...selain zikir. InsyaAllah cuba
buat & amal. tgk Astro berjam2...takkan takleh 10 minit dating dgn Allah.
Peringatan utk diriku yg lupa.
Mudahan bermanafaat juga utk yg membaca. TQ