Amalan paling mudah untuk mendatangkan
atau murahkan rezeki dan panjang umur ialah menjalinkan silaturahim.
Silaturahim adalah ikatan suci dan umat Islam dituntut menjaga dan
memeliharanya.
Daripada Anas bin Malik, katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Riwayat Bukhari)
Daripada Anas bin Malik, katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Riwayat Bukhari)
Jalinan silaturahim penting bagi ummah
hidup lebih cemerlang dan berjaya dalam segala perkara. Ukhuwah yang dipupuk
atas rasa kasih sayang kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan kepada jiwa
insan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya
atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim
(hubungan kasih sayang).” (Riwayat
Bukhari)
Dalam hadis qudsi, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Rahim itu adalah Nama-Ku, sesiapa yang menghubungkannya, maka Aku hubungkannya, dan sesiapa yang memutuskannya, maka Aku putuskannya.” Dengan lain kata, seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.
Beberapa makna yang dapat kita faham daripada hadis itu ialah, Allah Taala akan memanjangkan umur dengan sebab silaturahim. Disebabkan kita rajin menjalin dan membina hubungan baik dengan manusia, maka kita akan disayangi.
Walaupun sudah meninggal dunia, nama kita masih disebut dan dikenang. Lihat saja tokoh-tokoh besar yang jasanya masih disebut hingga sekarang kerana kebaikan serta hubungan yang pernah mereka bina. Kenangan itu menjadi doa kebaikan untuknya.
Kesihatan lebih baik jalin silaturahim
Penyelidikan juga menunjukkan mereka yang saling menghubungkan silaturahim akan melalui kehidupan lebih sihat berbanding mereka yang suka mengasingkan diri serta tidak bergaul dalam masyarakat.
Bagaimana pula silaturahim boleh menambah atau murahkan rezeki seseorang? Rezeki boleh dan mudah dicari selagi kita punya hubungan baik dengan orang lain. Sifat suka berbuat baik kepada orang lain, maka mereka pun akan berbuat baik kepada kita.
Inilah yang seterusnya akan berkembang menjadi kepercayaan, amanah dan tanggungjawab. Bagaimana seseorang akan memberi kepercayaan kita menguruskan hartanya jika kita tidak mempunyai hubungan baik dengannya.
Sosiologi Universiti Harvard, Mark Granovetter, melakukan penyelidikan cara mendapatkan pekerjaan. Kajiannya dilakukan pada 1970-an berjaya menemukan bahawa majoriti orang mendapatkan pekerjaan berdasarkan hubungan silaturahim dijalinkan.
Ibu yang selalu berdoa setiap kali anak bersalaman dan mencium tangannya sebelum keluar rumah, Allah akan beri kebaikan serta keberkatan untuk anaknya.
Nabi SAW bersabda: “Keredaan Allah bergantung pada keredaan kedua orang tua. Kemurkaan Allah juga berlaku sedemikian.”