HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR AHMAD SABIR
RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Dah lama saya tak menulis di
blog ini..kekangan masa selalu di hadapan. Kisah adik Siti Hajar ini saya
baca dalam facebook.
Berkebetulan dengan jadual
ceramah kelompok yang perlu saya isi, maka dalam setiap ceramah tersebut saya
sentuh tentang kisah Siti Hajar.
Saya tidak langsung mengenali
arwah ataupun ibubapa arwah namun kisahnya menjadi satu asas yang sangat kuat
untuk saya dan semua orang untuk kembali kepada betapa dekatnya kita dengan
kematian dan betapa dekatnya Allah dengan hambaNya, tinggal hanya kita sedar
atau tidak sahaja.
Al Fatihah untuk arwah Siti
Hajar binti Ahmad Sabir.
_________________________________________________________
6 Jan 2013
(Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera
bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita
kemalangan itu.
7 Jan 2013
(Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat
lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula
berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013
(Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar.
Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan
selesai.
9 Jan 2013
(Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang
petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera
diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa
makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun
tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah
tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat
doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan
2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan
syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih
bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam
dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa
tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia.
Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang
ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara
sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah
kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk
rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah
jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang
menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10
minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang
menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh
seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan
Allah.
11 Jan 2013
(Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup
sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia.
Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis
airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan
Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu
mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke
siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama
BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa
kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan
pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut
ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan
pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013
(Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk
memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan
pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat
melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh
diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam.
Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan.
Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan
pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan
di wad D3.
13 Jan
2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya
terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth.
Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA.
Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat
setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding
dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak
lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU
DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita
dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia
yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang
tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui
Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah
nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah
tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga
pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa
menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau
mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk
digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih
selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak
dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga
kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana
pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak
dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa
berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu
gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013
(Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca
sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak
tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah.
Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera
bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan
menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong
dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak
banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan
hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu.
Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan
ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa
dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi
bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya
dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana?
Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar,
terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn
selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk
dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa
sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di
rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah
tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah
baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami
tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak
terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang,
kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak
jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia
pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung
tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami
berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang
dinikmatinya.
15 Jan 2013
(Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung
semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk
hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria,
makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun
gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada
saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh
kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat
leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh
sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN
FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub
penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan
larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye,
ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke
mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum.
Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air
lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu
memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh
semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya
tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat
pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah,
saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit
itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila
air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam
keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan
ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya,
mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi
menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar
menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak.
Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan
akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah
tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar
rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar,
esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan
2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam
kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin
dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah.
Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana
muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan
lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat
yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula
disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat
lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu.
Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di
Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar.
Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak
cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang
rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang
bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya
menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah
semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam
perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak
dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga,
akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan
belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak
menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak
akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti,
orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal.
Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa
lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu
menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab
untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa
akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya
pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti
akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak
ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk
rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk
agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta
digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada
dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta
dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya,
“Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak
tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui
muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa
kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka
Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak
mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka
Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak
teruk.
17 Jan
2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba
menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis
dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang
gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil.
Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik
untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang
membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke
perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan
dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu
diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari
masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa.
Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat
sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga
akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..”
“memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu
pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak
putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran
itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan.
Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya
rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia
suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak
tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah
marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah
terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan
agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak,
izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak
doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan
saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke
atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar
datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng
oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan
dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar
kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke
mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir
untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2
lagi.
18 Jan
2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus.
Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat
jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu.
Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya
terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang
belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru
je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya
bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya
carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam
gimik.
19 Jan 2013
(sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan
kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang
lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula.
Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk
ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu.
Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu
berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul
2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan
diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan
petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor
memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak
berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis
darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam
tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami?
Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh
dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah
pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu
cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah
yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil
keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya
besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang
benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil
untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai
selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN
BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu
tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak
membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti
lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan
sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan
anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin
pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu
seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak
mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus
dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi
akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah
dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi
meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2
diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap
wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013
(Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam
munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut
anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia
dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang
lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah
meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan
kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak
kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan
rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal
alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan
lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara
hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan
mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana
kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga
ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2
yang jujur menyayanginya
SITI HAJAR
Engkau bermula
dengan sengsara
Dalam mencari
bahagia
Terasa bagai
bayang bayang
Gelap walau di
suluh cahaya
Pepasir pantai
pun berubah
Pabila HAKIKAT
melanda
Ketenangan
yang kau cari
Terpancar di
lorong sufi
Kelunakan
tangisan kasihmu
Dalam simpuhan
ketaatan
Bagi
mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN
pencipta Alam
Sungguh agung
pengabdianmu
Kau berjaya
menjadi iktibar
Ayuh bersama
kita susuri
Perjalanan
kekasih Allah