Tuesday, January 24, 2012

MLM & Kekayaan - Antara Realiti & Fantasi

Korang dah habes blajar hampir 15 tahun (kalau kire dari sekolah menengah lar)...tiba2 korang dapat panggilan dari kawan sekolah korang yang korang sendiri pun tak berape ingat sapa dia...masa dia kol korang tuh, takde pon tanya khabar ker, apa ker, tiba2 nak ajak korang keluar minum...alasannya, dah lama sangat tak jumpa...rindu lar kununnya...korang pun tanpa sebarang syak wasangka, terima lar pelawaan tuh...nak jumpa sahabat lama, apa salahnya...sekurang2nya dapat gak mengimbau cerita2 lama...cerita2 masa zaman2 tengah nakal dulu...he he he...

Biasa lar...perjumpaan alar2 reunion nih biasanya kat kedai mamak lar...tak ler formal sangat...malam tuh, korang pun pegi lar kedai mamak tuh...seperti yang dijanjikan...tapi, apa yang tak seronoknya, kawan korang tuh bukan datang sorang...tapi datang sekumpulan dengan ntah sape2 ntah yang korang tak kenal langsung...dengan gaya yang men"jengkel"kan, rupa2nya kawan korang tuh nak ajak korang buat MLM (meniaga larut malam)...masa tuh, apa perasaan korang???...har har har...selalu tak korang terkena macam tuh???...

Kalau korang tanya aku, aku akan buat tak gheti jek dengan kengkawan jenis macam nih...hajat kita nak jumpa sebab nak bersembang sebab dah lama tak jumpa, tapi sebaliknya, kita plak yana terjebak dengan sandiwara dia...ape punyer kawan r...selalunya, golongan yang semacam nih adalah golongan yang tak paham bahasa...mereka telah dilatih untuk bercerita walaupun korang tak pandang langsung muka diaorang...dan, sampai satu tahap, depa akan mula mempertikaikan taraf kehidupan selesa yang sedang kita lalui...dengan harapan kita akan terus terjebak dan terperangkap dengan permainan depa tuh...dan yang paling best, kawan yang kol korang tuh tak bercakap apa2 pun...sekadar mencelah sekali sekala dan meng"ia"kan apa yang diceritakan oleh "upline" depa tuh...

Pada pendapat aku, takde jalan mudah untuk kaya...takde jalan mudah untuk berjaya...semuanya kene @ perlukan usaha yang bersungguh2 dan istiqamah...masyarakat kita mudah untuk diterjebakkan dengan SKIM CEPAT KAYA...sebab tuh masyarakat kita mudah sangat untuk ditipu...dipermainkan...SEBAB NAK CEPAT KAYA...

MLM aka Multilevel Marketing tuh tak salah...memang ada orang yang berjaya bila buat MLM tuh...tapi, kalau kita dengar cerita sepenuhnya, daripada sepuluh yang kita dengar, mungkin hanya satu atau dua yang benar2 berjaya dan kaya...yang lain hanya akan menggunakan cerita orang yang berjaya dan kaya tersebut untuk menarik perhatian kawan lain untuk menyertai MLM tersebut...jangan terpedaya dengan ayat2 macam tak payah keluar modal,tak perlu cari orang,tak perlu keluar dari rumah...kita fikir secara logik akal, kalau dah namanya berniaga,perniagaan apa yang tak perlukan modal???...semua perlukan modal...kalau bukan wang ringgit pun, modal dari segi tenaga,masa,usaha dan memacam lagik...dan,kalau dah berniaga, semestinya kene ada pelanggan kan???...kalau tak, kita nak berniaga dengan sapa???...betul tak???...

Lagik teruk, aku pernah dengar cerita pasal kejayaan orang yang menjalankan satu bisness MLM nih sebenarnya hanya sekadar cerita...faktanya, orang2 yang datang seminar pun sebenarnya diupah untuk meramaikan seminar jek...takde kaitan dengan bisness tuh pon... So, maknanya, keseluruhan operasi perniagaan tuh adalah penipuan semata2...kesian lar kat sesapa yang dah terjebak dan tertipu dengan bisness tuh...

Honestly, aku pon pernah lar join perniagaan MLM nih...aku pon terjebak dengan janji tak perlu keluar modal dan tak perlu cari orang...tapi, sebenarnya aku tertipu...penyudahnya, aku stop dari buat bisness tuh sebab aku tak sanggup nak menipu orang yang sebangsa dan seagama dengan aku...dan, result lain, upline aku pon aku boleh cakap kelam kabut, top leader aku pon dah berpindah ke company lain...sebabnya mudah, bila dah ramai sangat yang join satu-satu perniagaan MLM tuh, perniagaan tuh akan jadi tepu, dan dah takde orang lagi yang nak masuk...bila dah takde orang nak masuk, takkan ada income...bila takde income, cemaner nak bayar komisen, bonus, elaun dan sebagainya...betul tak...dan, bila berpindah ke company lain, top leader tuh akan buat tag line baru...akan ajak semua downline dia join company baru tuh...dan, dia akan kaya raya sekali lagi...dan orang2 bawahan dia akan tetap cari downline yang lain...bekerja untuk orang jugak...he he he...

Sentuh sket pasal "tak perlu keluar modal", korang rasa apa maksud depa dengan statement tuh...biasanya, korang akan dicadangkan untuk membuat pinjaman @ loan dengan maner2 bank...kalau nasib buruk, korang akan dicadangkan untuk buat loan dengan "loan shark" aka "along"...bila korang dah ada terikat dengan loan, korang dah ada komitmen untuk bayar loan tuh...secara tak langsung, korang dah tambah beban untuk membayar hutang dalam list kehidupan korang...memang lar korang digula-gulakan dengan tempoh bayaran pinjaman yang pendek, dengan syarat korang kene buat keje...apa keje yang korang kene buat...ayat biasa adalah "perkenalkan bisness nih pada orang lain"...tuh bukan cari orang ker namanya???...ish ish ish...so, betul tak statement "tak perlu cari orang" dan "tak perlu keluar modal" tuh tak betul???...(^_^)...

Aku tak sure begharper ghamai yang baca entri aku nih...tapi, aku boleh cakap dan yakin yang sekurang-kurangnya seratus orang akan baca entri nih...so, aku mintak tolong kat korang yang baca entri nih, tolong lar sampaikan peringatan nih kepada kengkawan korang yang lain...ingat mengingati antara satu sama lain lebih berharga daripada simpan ilmu nih sensorang...bukan korang tokleh nak join mane2 MLM, tapi, pastikan korang buat kajian dulu tentang MLM tuh...cemaner prestasi syarikat, cemaner pulangan,apa akan jadi kalau korang tak buat keje,cemaner prestasi upline korang, dan banya lagik...jangan sesuka hati dengar presentation @ ceramah, terus keluar duit untuk register walaupun korang banyak duit...memang betul tuh duit korang dan ikut suka hati korang lar nak buat apa dengan duit tuh...tapi, macam aku cakap, sebagai sahabat, aku cuma mengingatkan korang jek...he he he...terpulang kat korang nak terima atau tak...

PEACE NO WAR...(^_^)...

Saturday, January 21, 2012

Cuti Tahun Baru Cina

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina telah bermula...Walaupun hanya 4 hari (bagi bukan bangsa Cina lar, depa kompom2 amek semingu...he he he), tapi bagi wargakerja yang susah nak mendapat cuti, ianya sangat sangat berharga...masa cuti nih lar pelbagai perancangan diatur untuk keluarga samaada untuk bercuti, mengemas rumah, berpindah ke rumah baru, melawat kawan2, melangsungkan perkahwinan dan sebagainya..cemanerpun, semua perancangan tuh bergantung sepenuhnya kepada kedudukan kewangan dan ekonomi lar...he he he...

Bagi yang membuat perancangan untuk bercuti, banyak perkara yang perlu diambilkira sebelum meninggalkan rumah dan memulakan percutian...perkara utama yang perlu diambilkira adalah berkaitan unsur-unsur keselamatan...antara perkara utama adalah memastikan segala peralatan elektrik dimatikan punca kuasanya...tapi, jangan pulak peti ais pon dimatikan sekali...kalau dimatikan jugak, hm...pandai-pandai lar...he he he...

Selain dari tuh, kepada penduduk yang mengamalkan kawalan keselamatan sejagat dan menyokong konsep kejiranan berhemah (betul ker istilah aku nih...he he he), seelok2nya tempoh percutian anda tuh dimaklumkan kepada pengawal yang bertugas dan minta pengawal tersebut perhati-perhatikan rumah anda ketika rondaan dilakukan...pastikan juga anda meninggalkan contact number anda kepada pengawal tersebut...kalau tak, cemaner pengawal tersebut nak hubungi anda sekiranya terjadi apa-apa di rumah anda, betul tak???...

Selain dari pengawal keselamatan, jiran-jiran terdekat juga perlu dimaklumkan tentang percutian anda supaya apa-apa yang berlaku di dalam rumah anda boleh dimaklumkan kepada anda...Jangan sampai anda pulang dari bercuti rumah anda telah menjadi padang jarak padang terkukur...bukak pintu, barang2 semua dah selamat...he he he...

Selain jiran tetangga, anda juga boleh maklumkan ketiadaan anda dan keluarga kepada pasukan keselamatan seperti Polis yang meronda kawasan perumahan anda...mungkin anda boleh tinggalkan nombor hubungan anda di Balai Polis terdekat...

Selepas keselamatan rumah diambil kira, anda perlu juga fikirkan keselamatan dalam perjalanan anda...Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik...pergi service kete dulu sebelum memulakan perjalanan...kete nih pun ada perasaan jugak, kene pujuk dulu sebelum digunakan...mane lar tau kut2 tersanggkut dalam kesesakan lalulintas, tak ler kita risau sebab kete dah diservis...he he he...selain enjin, pastikan juga tayar kete anda berada dalam keaadaan yang baik...pastikan bunga tayar ada dan jangan lar bawak kete dengan tayar yang botak...BAHAYA TUH!!!...

Wokes, keselamatan rumah dah diambilkira, keselamatan kenderaan dah masuk list, so, next agenda, keselamatan ketika memandu...pastikan anda sebagai pemandu mendapat rehat yang secukupnya...ketika dalam perjalanan, pastikan anda tidak leka kerana sesaat anda terleka, seumur hidup anda akan merana...bawak lar bekal air ker, buah ker, jajan ker sebagai peneman...kalau yang biasa memandu malam, pastikan anda tidak mengantuk...kepada yang biasa memandu siang pun sama jugak...kalau rasa agak2 mamai, berhenti lar rehat sebentar...carik lar memana R & R ataupun hentian yang berdekatan dan bersesuaian...masa berhenti rehat nih pon kene berhati2...maklumlar, orang tengah ramai, pastikan barang2 berharga yang dibawa dijaga...malang tak berbau...nanti, elok2 kita nak bergembira ketika bercuti, tak pasal2 kene patah balik sebab semua barang2 dah kene copet...tak pasal2 jek...penyamun ngan penyangak nih tak kire masa, asal ada peluang depa sapu jek...

Apapun, yang penting, berhati2 dijalan raya...insyaallah, sekiranya kita berhati2, perjalanan kita akan dipermudahkan dan semoga sampai di tempat yang dituju...

SELAMAT BERCUTI...(^_^)...

Wednesday, January 18, 2012

Rancangan Perjalanan Sempena Cuti Panjang


Cuti panjang datang lagi...Kali nih cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina bermula 21hb Januari 2012 hingga 24hb januari 2012...Sebenarnya tahun baru cina cuma pada 23hb ngan 24hb tuh jek, tapi sebab 23hb ngan 24hb tuh adalah hari isnin dan selasa, so, cuti tuh dikira dari hari sabtu 21hb tuh lar...Kepada pemandu yang tidak mengambil cuti, comfirm laluan jalanraya akan sesak bermula dari hari jumaat, 20hb tuh...Dan dijangkakan kesesakan akan berlanjutan hingga ke hari sabtu tuh...so, kepada para pemandu semua, diingatkan supaya berhati-hati ketika memandu, dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan...Sentiasa ingat kepada orang tersayang...Apabila selamat sampai di kampung halaman, sampaikan salam hormat dan ta'azim saya kepada semua ahli keluarga...

Sebagai membantu pemandu semua, berikut adalah rancangan perjalanan (Travel Time Advisory, TTA) yang telah dikeluarkan oleh pihak PLUS sebagai panduan...adalah digalakkan kepada semua untuk mengikuti jadual perjalanan yang diberikan kerana berdasarkan pengalaman saya sendiri, ia sedikit sebanyak membantu kita dalam merancang perjalanan kita...


(Nota: Jadual diambil daripada PLUS Website)

Selain daripada rancangan perjalanan yang dikeluarkan oleh PLUS nih, bagi pemandu-pemandu yang sentiasa mempunyai capaian internet dan mempunyai akaun Twitter, anda mungkin boleh mendapatkan maklumat terkini dari @plustrafik ataupun @TrafficDotMy...selain dari tuh, mungkin radio-radio semasa juga akan memberikan info-info terkini berkaitan situasi semasa laluan seperti radio Sinar.fm, Era.fm, Hot.fm dan banyak lagik radio-radio lain...

Selepas cuti panjang sempena tahun baru cina, kita akan sekali lagi mendapat cuti panjang pada awal bulan Februari...bagi warga Wilayah Persekutuan, 1hb adalah cuti sempena Hari Wilayah...bagi warga kerja yang menyambung cuti pada 2hb dan 3hb, mereka akan sekali lagi mendapat cuti panjang kerana Maulidurrasul pada 5hb (Ahad, dibawa ke hari isnin 6hb) dan Thaipusam pada 7hb...so, mereka akan bercuti selama 8 hari...(^_^)...Selepas tuh, minggu yang panjang untuk meneruskan kerja...he he he...

Apapun, bersempena Tahun Baru Cina nih, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Malaysia, bukan spesifik untuk masyarakat cina sahaja kerana sebagai warga yang cintakan perdamaian dan hidup bertoleransi, sikap bertolak ansur, bekerjasama, bantu-membantu, tolong menolong sesama rakyat malaysia, kedamaian yang sedang kita kecapi sekarang nih jangan lar dipergadaikan...bersama-sama lar kita menjaganya semoga ia berkekalan hingga ke generasi kita yang terakhir...SALAM PERDAMAIAN UNTUK SEMUA!!!!!

Tuesday, January 17, 2012

Eh...kain Ko Koyak Lar...(^_^)

Sedutan daripada kisah benar sebuah perjalanan kehidupan....

Dalam menjalani rutin kerja yang tak pernah habes, tiba2, terpopup YM daripada seorang sahabat yang telah lama mendiamkan diri...

sahabat "Salam bro...lama tak dengar berita...macam rindu lar"

Aku "Waalaikum salam sis...tuh lar...lama tak dengar berita...i macam biasa2 jek...aik, takkan macam jek??...bukan bebetul rindu ker???..."

Sahabat "he he he....rindu lar tuh...saje nak cover line...he he he"

Aku "hm...hows life sis???...cemaner preparation???...dah complete ker???"

(Note: sahabat aku nih akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagik...so, sedang berdarah manis r nih...he he he...)
Sahabat "hm...preparation ongoing...ada sikit2 lagi yang nak dipersiapkan...life???...bosan!!!"

Aku "erk...bosan???...kenaper plak sis???"

Sahabat "mm...entah la u..fed up pun ada dgn keadaan skrg...bosan"

Aku "bosan?...aik, nak menempuh hari bahagia pon boleh timbul rasa bosan dear?"

Sahabat "mcm mcm berlaku..tu yg i bosan tuh"

Aku "hm...antaranya?..."

Sahabat "kisah i la..ada skandal ngan boss...semua dah bising...sampai ada budak hq call...siap bg nasihat kat i lagi...bosan la"

Aku "hm...pedulik lar depa tuh sis...makhluk mulut longkang, memang tak suka tgk org lain bahagia...yg bebudak HQ tuh kompom tak tau cerita apa2...then, ur future hsband advise apa kat u???"

Sahabat "dia pun x tau nak ckp apa"

Aku "hm...buat jek keje u macam biasa...kalau ada yang bertanya pasal scandal u ngan bos tuh, cakap jek betul...buat jek depa bertambah saket hati...lantak lar apa depa nak cakap lepas tuh...kompom2 depa akan cakap benda yang bukan2 lepas tuh...yang penting, u bahagia...lepas kahwen, tanya ur hsband apa perancangan...samaada u balik ke hq atau dia yang balik ke hq...but, kalau hr tak tau, proceed jek lar macam biasa..."

Sahabat "masalahnya big boss dah panggil i dan dia...mcm blame i..benda ni tersebar..bebudak berckp..."

Aku "erk...big bos?...sapa?"

Sahabat "bos besaq lar...sampai dia kata i kena explain kat dia org semua...sampai i tak pernah kluar mkn ngan dia org kat sini pun jadi isu...coz i Selalu kluar mkan dgn future hb"

Aku "hm...then, u nak explain ker?...ada tindakan disiplin ker kalau u tak explain?"

Sahabat "i tak ckp yg i ada hubungan ngan future hb...we all mmg deny...ni sbb dia punya ex tel bos besaq..ckp we all dah kawin...dan mcm2 cerita lagi"

Aku "ur big bos tau tak ur future hb dah divorce?"

Sahabat "dah..tpi dia suruh my future hb panggil staff bg tau kedudukan sebenar dia..ckp pasal nafkah dah bagi..dah mcm mcm lagi la...yg i rasa mmg tak patut coz ni personal...klu ari ni u explain kat staff semua...esok lusa jadi lagi...perlu ke every time u nk please diaorg...he...tk paham sungguh i..."

Aku "(^_^)...cakap kat ur future hb, tak payah buat semua tuh...takde kaitan ngan keje pon...lantak lar org nak cakap apa as long ur KPI achieve...kalau dia explain pon, org akan tetap create cerita baru...so, it will not end...best thing is, ignore jek depa tuh...kalau blh, cakap kat ur big bos, personal is personal, work is work...n, cakap gak kat dia, u ngan ur future hb tak perlu penjaga coz u bleh jaga diri u all sndiri...org melayu dear, memang resam mcm tuh..."

Sahabat "tu la dia ckp ngan i...u jaga diri u...my future hb jaga diri sendiri...kena buat somethg yg org x leh berckp...cuti pun tak leh sama...sampai tahap cam tu...then, i ckp takkan ada important things pun i tak leh cuti klu my future hb cti...dia kata tak boleh...tkut org bckp...bosan la i"

Aku "he he he...takut sangat org bercakap kenaper nyer...ish ish ish...yang dicampuradukkan keje ngan personnal kenapa...ape punyer bos lar...mulut org sis, bukan mulut tempayan...ape lar...then, i rasa u patut ignore jek depa tuh semua...achieve ur target...kalau bleh, cakap kat ur big bos, u tau jaga personal life u...tak perlu org lain menyibuk...yang org lain menyibuk tuh dah achive target ker???"

Sahabat "tu la pasal..bila i argue dia kata i tak dengar...future hb pun ckp..tengok performance...skrg spa je yg achive..i pling tinggi..tpi dia kta skrg ni dia tak tengok performance..dia nak settle kan pasal personal ni coz semua org bckp...heeee..bodoh punya bosss"

Aku "bangang punyer bos...dia takde keje lain ker???...alar, u pakat ngan ur future hb jek...continue ur life...pedulikkan org lain tuh...i dengar cerita u i plak yang bengang...hampes!!!"

Sahabat "tu la ..boleh tulis kat blog u...he..he"

Aku "ha'a kan...ok ok...nnt i buat satu entri pasal u...he he he..."


Sahabat "he..he..nnt i tukang baca..."

Aku "he he he...ntah ler sis...tak paham ngan manusia skang...masalah sendiri banyak nek kene handle, menyibuk gak nak bercerita pasal org lain...kalau diri sndiri lengkap takper lar...masalahnya, kain sendiri pon koyak tak berjahit..."

Sahabat "tu la..sbb tu la ramai yg msuk neraka...dunia akhir zaman"


Aku "he he he...hm...so, apa action u ngan ur future hb?..."

Sahabat "entah la.."

Aku "(^_^)...be strong ea sis...dugaan n cabaran utnuk u tuh..."

Sahabat "mm..susahnya kan nk dpt bahagia"

Aku "he he he...memang lar susah sis...sebab tuh bila dah dapat kebahagiaan tuh nanti, nikmatnya tak terkata dengan perkataan..."

Sahabat "mmm...insyallah..."

Aku "amin...sabar ea..."

Sahabat "nak blik dah dear...nnt smbng lagi...lega ckit dpt ckp ngan u"

Aku "ok dear...hati2 drive...jangan mengelamun...jaga diri elok2...no hal lar...apa guna sahabat kalau tak membantu masa diperlukan kan...(^_^)..."

Sahabat "(^_^)"

Dan, perbualan tersebut habes disebabkan masa sangat cemburu...he he he...betul tak kain kita koyak???...resam manusia, banyak lagik masalah sendiri yang perlu untuk diselesaikan, tapi maseh lagi nak menyibuk dan nak ambik tau hal ehwal urusan orang lain...dan, sebenarnya, kita tak tau pon samaada cerita yang kita bawak tuh betul atau salah...

Hari minggu haritu, aku sempat dengar kuliah maghrib kat surau Al hidayah, Desa Coalfields...antara topik dia adalah pasal berita2 yang tidak diketahui kesahihannya nih...apa yang ustaz tuh cakap, sekiranya kita mendengar sesuatu berita, dan kita tak tau samaada berita tuh betul atau salah, kita diharuskan untuk bertanya kepada tuan punya badan mengenai berita tersebut...kalau kita tak dapat menghubungi tuan punya badan, jangan lar dianggap bahawa berita itu benar...lebih kurang macam tuh lar...he he he...

Berbalik kepada entri aku kali nih, tak paham aku kenapa ada makhluk2 ciptaan yang Maha Esa nih berperangai macam tuh...suka menyebar cerita yang boleh mendatangkan dosa kering kepada diri sendiri...mungkin depa rasa pahala amalan depa dah banyak kut, ntah lar...pada aku, kalau pun betul amalan dah banyak, jangan lar nak dikurangkan dengan menyebarkan berita2 yang tak tentu kesahihannya tuh...lebih baik menambah pahala tuh dengan berzikir ker, beristighfar ker, berdoa ker, or amalkan amalan2 lain yang boleh mendatangkan pahala...(^_^)...

Dan kepada penyandang2 tanggungjawab macam bos ker, supervisa ker (bak kata usop dalam Hantu Mak Limah Balik Rumah), jangan lar nilai seseorang pekerja berdasarkan cakap2 persekitaran...mungkin pekerja tuh tak berkumpul or bergaul sebab pekerja tuh memang sibuk ataupun pekerja tu sememangnya tak suka jaga tepi kain orang lain...so, sewajarnya pencapaian pekerja tuh dinilai berdasarkan kerja semata2...dan kalau boleh lar, tak perlu dicampuradukkan antara kerja dengan peribadi...haru biru nanti jadinya...

Kepada yang lain2 tuh, cukup2 lar bercerita pasal orang lain...kita pun (aku sendiri mengaku) tak lengkap...banyak lubang yang perlu kita tampal...rasanya tak perlu kita tambah lubang-lubang tuh semua dengan menjadi pemberita tanpa gaji, serta menyebarkan berita terkini hiburan berinovasi yang lebih sensasi tanpa fakta yang tepat dan terkini kepada kengkawan lain yang boleh menimbulkan aib kepada rakan kita sendiri...cukup-cukup lar tuh...(^_^)...



Monday, January 16, 2012

Hari Yang Teruk (Bad Day) - 16/01/2012

Ada ker hari yang teruk @ buruk???...hari yang teruk tuh bukan lar bermaksud hari tuh sendiri teruk, tapi, aktiviti dan perjalanan harian kita pada hari tuh membuatkan emosi dan mood kita rasa majam "harem"...spoilt the day lar...kenapa aku cakap hari nih adalah hari yang teruk bagi aku....

Pertama: Awal mula pertama mula hari nih bermula dengan sangat baik...bangun awal, persiapan di pagi hari pun dipermudahkan...sempat hantar anak aku yang sulong (Akak Nani) pergi sekolah sebab kami (aku ngan wife) dah tukar procedure sebab kesian kat maid...he he he...mulai dari hari nih, samaada aku atau wife akan hantar nani pegi skolah...maid aku akan ambik dia balik dari sekolah...kemudian maid aku akan hantar nani semula ke sekolah petang...selepas habes sekolah petang, nani akan berjalan ngan kawan dia, nana, ke Tadika Al Kautsar untuk mengaji...then, maid aku akan ambik dia selepas habes mengaji...so, kurang sikit lar keje maid aku seharian...selepas hantar nani, aku ngan wife aku hantar plak Akak Qheera ke Tadika Al Kautsar untuk sesi pertadikaan dia...agak awal...dalam pukul 7.25 pagi kami hantar Akak Qheera hari nih...selepas hantar akak qheera, kami meneruskan perjalanan untuk ke office...dan bermula lar sebuah cerita...he he he...

Keluar dari simpang untuk masuk ke jalan utama, selepas traffik light Desa Coalfields, terlihat kesesakan lalulintas telah bermula...pada mulanya kami ingat nak redah jek...tapi, memandangkan kami mempunyai pengalaman yang tidak menyenangkan sebelum nih, so, tanpa banyak soal, aku buat u-turn dan meneruskan perjalanan ke Lebuhraya Latar (Exit Ijok)...perjalanan lancar sampai lar ke Restoran Jejantas Sungai Buloh, kesesakan bermula...ditambah plak dengan perangai pemandu yang tak gheti bahasa (macam entri aku sebelum nih), bawak kete macam bersantai kat tepi pantai yang menambah kepada kesesakan, ditambah plak dengan pemandu-pemandu yang terlebih pandai yang "memotong que", aku rasa macam nak maki hamun jek depa-depa tuh semua...jalan sesak sampai ke tol Jalan Duta...selepas tol, perjalanan agak lancar cuma kesesakan biasa di Hartamas, Jalan Pusat Sains ngan Jalan Maarof...aku sempat sampai office pukul 8.46 pagi (aku tengok jam masa aku tag in...he he he)...

Kedua: Selepas masuk office, henpon aku bernyanyi, tapi nombor aku tak kenal sebab takde dalam phone direktori...actually, tepon aku dah berbunyi since aku sangkut dalam jem lagik tapi malas nak angkat...sebab dah masuk opis, aku angkat r jugak...ghupernye, suami 2 sepupu aku dari Property Dept call, bgtau ada masalah ngan system yang involve dalam relocation hari mingu aritu...turun plak pegi tengok system...first test, detect problem ngan data cabling...so, aku mintak dia kol vendor dia yang tarik cabling tuh untuk datang ngan test semula connectivity sebab kami (aku ngan shahrir) rasa ada problem ngan cable tuh...lepas vendor dia sampai, dalam masa yang sama Hasrul (budak property gak) ada buat testing cable data tuh, ghupernya, vendor tuh tak proper buat keje...ada keje yang tak siap...so, vendor dia kene siapkan apa2 yang pending tuh...dah habes separuh hari kat tempat user...SEPARUH HARI TUH!!!

Ketiga: nak semula ke office, sampai kat tempat aku, depa tanya aku pegi mana...aku cakap lar ada keje sket...yang bestnya, ada makhluk tuh cakap aku buat keje personnal...tak berkaitan ngan keje opis...HEY HALLO, KALAU TAK TAU JANGAN MAEN BOW JEK...bengang siot aku...last-last, aku buat tak gheti jek ngan makhluk tuh...lantak ko lar nak cakap apa pun...malas aku nak layan...

Keempat: Aku pegi Auto Finance, sebab nak bayar kete aku yang hilang entah kemana...sampai pihak bank dah nak hantar NOTIS KEBANGKRAPAN sebab tak bayar kete tuh...kekalau korang ternampak kete kancil WML2798, warna silver kalau tak silap aku, korang tolong lar calling calling aku...masa nak buat bayaran tuh, kaunter kene confirmkan dengan person incharge pasal nak accept payment aku tuh...yang person incharge tuh plak banyak cekadak...sibuk nak ungkit akaun aku dah tak aktif lar, banyak bayaran tertangguh lar, itu lar, ini lar...sampai aku siap cakap lagi, "Cik, saya maklum yang akaun nih dah tak aktif, saya maklum yang akaun nih banyak tertangguh gak sebab tak bayar, tapi cik, kami dah dapat pengesahan dari AKPK untuk jumlah bayaran yang kami nak buat nih, dan jumlah bayaran tuh dah dipersetujui antara AKPK ngan pihak bank"...puas hati aku bila dapat cakap semua tuh...macam lar kita nih bangang sangat nak datang buta2 jek buat payment kat akaun yang tertangguh ngan tak aktif...ilang akal ker....hampes !!!

Tapi, satu kebaikan tanpa sedar yang aku buat hari nih...masa aku kat Auto Finance tuh, ada sorang customer sebelum tuh tertinggal phone dia kat kaunter...bukan henpon cap ayam, tapi IPHONE tuh..aku, dengan selamba badak amek phone tuh n terus bg kat akak yang kat kaunter tuh..aku cakap phone tuh bukan aku punyer...akak tuh bukak phone tuh n kompom, phone customer sebelum tuh...tetiba aku tersedar, eh, apesal aku bg kat kaunter phone tuh??? kenapa aku tak simpan jek??? free free jek aku dapat iphone free...pergh...tapi, bla ingat balik, bukan hak aku lar...kejadahnya aku nak simpan plak...haish...so, kebaikan secara tak sengaja kan???...he he he...

Bad day kan...(^_^)...

Friday, January 13, 2012

Aktivti yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan Ketika Tersekat Dalam Kesesakan Jalan Raya

Kesesakan lalulintas adalah suatu yang biasa bagi pemandu-pemandu di Malaysia, terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti Johor Bharu, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan banyak lagi kawasan lain. Aku pun macam pemandu-pemandu lain yang biasa mengalami kesesakan lalulintas, samaada pergi atau balik keje. Lagi mengharukan, kesesakan lalulintas tuh aku alami di lebuhraya, jalan yang sepatutnya tidak akan ada kesesakan. Jalan yang biasa aku guna untuk pergi dan balik kerja adalah lebuhraya Guthrie (GCE nih memang tak pernah jem...he he he), Lebuhraya Utara Selatan (Jalan nih bergantung...kalau ada eksiden memang kompom2 akan jem), Jalan Duta (Kompom akan jem...he he he),masuk exit Penchala Link (jalan nih bergantung kepada keaadaan, kekadang ok,kekadang tak),then terus ke Jalan Pusat sains Negara (Jalan nih pon ikut angin gak...pernah satu masa jem tak bergerak kat jalan nih),terus exit Jalan Semantan (Jalan nih berhubung terus ngan Jalan Istana / Jalan Duta dan biasanya jalan nih akan jem)...sebelum sampai kompleks kerajaan Bukit Damansara, aku exit ke Jalan Bangsar (sedikit jek jem kat sisi sebab jalan nih banyak traffik light)...dah sampai dah kat Dataran Maybank Bangsar...biasanya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh pemandu-pemandu dimalaysia ketika menghadapi situasi kesesakan jalan raya di malaysia nih...dan antara yang aku perhatikan macam yang aku senaraikan kat bawah nih...

1. Perbincangan keluarga terutamanya antara suami dan isteri.

Biasanya, bila bawak keluarga jalan-jalan, anak2 (bagi yang mempunyai anak2 lar) akan berpencak kat blakang kete, menyebabkan persembangan antara suami dan isteri menjadi kurang selesa...dan kadangkala, anak2 yang cerdik akan mencurik dengar persembangan ayah dan ibu mereka nih...so, waktu yang paling sesuai untuk berbincang adalah ketika tersekat dalam kesesakan jalan raya ketika pergi dan balik keje nih...sebab kalau dh sampai kat umah, sememenagnya anak2 dah mula memanjat-manjat mak ngan ayah depa...banyak perkara yang boleh dibincangkan, lebih-lebih lagi perkara yang sensitif yang mana perlu diselindungi dari pendengaran anak2...antaranya soal kewangan,perbelanjaan,dan memacam lagik...

2. Bersarapan pagi bersama-sama dengan bekal yang dibawa dari rumah.

Nih aktiviti paling best yang boleh mengeratkan tali ikatan kekeluargaan...disebabkan kekangan masa, ada antara pasangan yang perlu keluar seawal jam 5.30 pagi dari rumah (cerita benar, jiran aku sendiri keluar rumah jam 5.30 pagi)...dan disebabkan keluar awal, masa untuk bersarapan dirumah dah takde...so, kene bersarapan dalam kereta...bagi yang berpasangan boleh mengamalkan suasana romantik masa nih...isteri boleh suapkan suami tapi isteri kene suap diri sendiri sebab suami sibuk drive kete...he he he...tapi, kalau lone ranger aka solo, kene lar makan sorang2 gak...he he he...

3. Bermuhasabah diri.

Aku rasa, semua agama mengamalkan muhasabah diri...muhasabah nih maksudnya kita menilai kedudukan diri kita,apa yang kita dah buat,baik ker buruk apa yang kita buat tuh,dan berazam untuk berubah daripada keadaan kendiri yang kurang baik ke arah yang lebih baik...he he he...bagi yang beragama Islam, masa dalam kesesakan lalulintas nih boleh gak menambah pahala dengan berzikir,baca surah2 lazim,berdoa dan apa2 amalan lain yang boleh menambah pahala lar...(^_^)...

4. Berlatih pengucapan awam.

Bercakap sensorang...pedulikkan apa orang kete sebelah nak kata apa sebab depa tak dengar pon apa kita cakap...aktiviti nih elok kalau kita nak bermonolog ker,nak prepara untuk presentation ker, nak prepare untuk interview ker, atau apa2 jek lar...he he he...

5. Release tension dengan menyanyi lagu2 yang didengar di radio sekuat hati.

Tension sebab jalan jem, tension sebab keje,tension sebab kene tinggal awek, tension sebab salah masuk jalan dan memacam kategori tension lagik...bukak radio kekuat, then nyanyi sesama ngan penyanyi tuh...ubat penghilang ngantuk pun mujarab gak bila melalak kekuat nih...aku biasa buat aktiviti macam nih masa aku drive pegi balik keje sensorang dulu...masa wife aku cuti bersalin n masa wife aku citu operation baru2 nih...pedulik lar org kete sebelah nak cakap apa...ada aku kesah...har har har...

6. Jangan bawak kereta mengikut angin sendiri sehingga menambah kesesakan lalulintas.

PERKARA PALING PANTANG NIH !!!!...jalan tengah sesak, dia boleh bawak kete macam jalan kat tepi pantai...paling best, dia drive kat lane paling kanan...kete blakang siap bg beam lamp lagik, dia buat derk jek...stone jerk bawak kete...tanpa muka bersalah...kepada semua pemandu, alert lar bawak kete di masa kesesakan lalulintas nih...kesian kat pemandu-pemandu lain...(^_^)...

7. Membuat senaman jari tangan, jari kaki,muka,pipi,mulut,telinga.

Kalau ada sesapa yang blaja YOGA, ada senaman untuk item nombor 7 nih...caranya agak susah plak aku nak explain kat sini...maklumlar, masyarakat bandaraya kan sibuk sampai takde masa untuk bersenam...so, masa nih lar boleh praktis apa2 senaman mudah yang patut..he he he...

8. Bermekap

Lebih kepada golongan wanita lar nih...kaum adam, tak payah lar nak bermekap...buruk nampaknya...kekangan masa membuatkan tak cukup masa untuk membuat persediaan muka...he he he...masa nih lar boleh digunakan sepenuh dan sewajarnya...

9. Jangan mendaji Masyarakat yang terlalu prihatin

Item nih kalau ketika ada kemalangan jalanraya...tak perlu lar nak perlahankan kenderaan memanjangkan leher untuk melihat situasi kemalangan...tak perlu jugak sampai berhenti melainkan kalau korang org pertama yang melihat kemalangan tuh dan bantuan korang sangat diperlukan...kalau setakat berhenti untuk menyibuk, tak payah lar...menambah kesesakan jek nanti...

List nih antara yang sempat aku peratikan lar semasa aku tersangkut dalam kesesakan setiap hari...banya lagik aktiviti lain yang korang boleh buat yang mungkin akan aku sentuh dalam entri lepas nih...(^_^)...

Thursday, January 12, 2012

Doa Seorang Suami Untuk Istri


By: Muhamad Agus Syafii (agussyafii@yahoo.com)

Laki-laki separuh baya itu air mata mengalir membasahi bajunya, dengan penuh kesabaran duduk dipembaringan menemani istrinya sampai kemudian menghembuskan napas terakhir. Mencintai dengan setulus hati pada istri telah menjadi komitmen, ketika dirinya didera ketakutan hidup sendiri telah menghantui dirinya sejak lama. Ia berusaha mempersiapkan diri dan selalu berusaha melayani istri dengan baik karena menderita sakit. Kesabaran karena kasih sayang tak terukur yang diberikan pada istrinya sebab ia dan anak-anaknya benar-benar merasakan kasih sayang dari istri dan ibu yang tidak pernah sedikitpun menyakiti hati mereka. Meski menderita sakit namun kata-kata dan sikap yang begitu lembut dan tidak pernah menjadi marah. Sampai kemudian terjadilah apa yang ditakutkan, serangan penyakit yang tak tertolong oleh dokter dan rumah sakit dengan peralatan modern sekalipun telah merenggut jiwa istrinya. Ia merasa shock dan terpukul atas kepergian sang istri. Berkali-kali jatuh pingsan, menjadi lemah dan tak berdaya setelah kepergiannya. Sebagai suami merasakan kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya dan tidak tahu harus berbuat apa.

Ia menatap anak-anaknya yang tumbuh besar begitu sedih dan menangisi kepergian ibu yang begitu menyayangi mereka namun mereka lebih terpukul melihat keadaan dirinya yang tidak lagi memperdulikan mereka, tidakk lagi mengurus apapun termasuk mengurus dirinya sendiri. Tiap hari ia lebih banyak duduk dan setiap kali memandangi poto-poto yang menempel didinding, air matanya mengalir deras. Buku-buku, benda kesayangan, tanaman dihalaman tetap disiraminya. Juga binatang peliharaan kesayangannya seolah mengingatkan lagi usapan tangan yang lembut, Ia tidak mau memindahkan semua benda atau apapun yang berkaitan dengan istrinya. Perasaan kehilangan telah membuatnya tidak lapar dan haus membuat tubuhnya menjadi lemah dan tak bergairah untuk bekerja. Dalam kesendirian dirinya bertanya-tanya, 'Bila Allah Maha Baik mengapa membiarkan kami kehilangan orang yang kami cintai? Mengapa kebahagiaan keluarga kami begitu singkat?

Ketika keadaan sudah sedemikian parah dan ia ditengah keterpurukannya, sampai kesempatan mengenal orang yang mengalami hal yang sama di Rumah Amalia, kehilangan orang yang dicintainya, menanggung beban yang berat. Akhirnya ia menemukan dirinya sendiri dan bisa mengatasi rasa perih akibat kehilangan orang yang dicintainya. Ia menyadari bahwa Allah telah menganugerahkan cinta dan kasih sayang pada dirinya, rasa cinta itulah yang menguatkan dirinya agar tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang ayah bagi anak-anaknya dan bagi sesama dengan aktifitas sosialnya. Kenangan indah akan orang yang dicintainya tetap disimpannya dan sebagai penyembuh bagi dirinya. Rasa perih, kesepian dan kesendirian perlahan-lahan telah mencair, ia memperoleh makna hidup yang membuatnya semakin mengerti makna kesetiaan dan setiap sehabis sholat senantiasa memanjatkan doa untuk istrinya yang telah tiada agar Allah menempatkan disurga yang terindah disisiNya.


Kredit kepada Sahabat Group Mahligai, Saudara Agus Syafii

Tuesday, January 10, 2012

"Wife Aku kan Tak Keje"


Suatu hari, seorang sahabat terserempak dengan sahabat lamanya yang telah sekian lama tidak berjumpa...setelah bertukar-tukar nombor telefon mereka pun meneruskan urusan yang sedikit tergendala dan berjanji akan menghubungi antara satu sama lain untuk bertukar-tukar cerita...mungkin disebabkan kesibukan kerja dan kekangan masa, mereka hanya sempat untuk bertemu hanya dalam tempoh masa beberapa mingu kemudian...

sahabat "lama betul kita tak berjumpa, apa khabar ko skarang?"

sahabat lama "aku macam nih lar...agak sibuk dengan kerja...maklumlar, baru start nak berniaga...sibuk lar sikit...ko plak cemaner???"

sahabat "ooo...bagus lar...ahli perniagaan rupanya kawan aku nih...bagus bagus bagus...aku maseh makan gaji lagi...bekerja untuk orang dan diberikan sedikit imbuhan...he he he...ko dah kawen ker belum?"

sahabat lama "sudah...dah hampir lapan tahun aku kahwin"

sahabat "orang rumah ko keje kat mana?"

sahabat lama "orang rumah aku tak berkerja...surirumah sepenuh masa"

sahabat "ooo...mesti income dah ok sampai orang rumah boleh jadik surirumah sepenuh masa nih...he he he...biasanya ko pegi keje pukul brape?"

sahabat lama "alar...boleh lar...carik rezeki untuk keluarga ngan anak-anak...biasanya pukul 7 dah keluar rumah dah...maklum lar, jalan kat KL nih bukan boleh jangka"

sahabat "biasanya,sebelum keluar rumah, ko breakfast dulu tak kat umah?"

sahabat lama "memang biasanya aku breakfast kat rumah...wife aku yang buat breakfast...dia kan tak keje"

sahabat "ooo...anak2 plak, sapa yang hantar pegi sekolah...ker ko biarkan depa naik bas jek?"

sahabat lama "eh, tak lar...wife aku yang hantar...lepas aku pegi keje, wife aku hantar bebudak pegi sekolah...wife aku kan tak keje"

sahabat "hm...ko ada orang gaji ker?"

sahabat lama "eh, tak lar...nak buat apa amek orang gaji...wife aku kan tak keje"

sahabat "abestu, wife ko yg buat keje umah semua?"

sahabat lama "yer lar...lepas hantar anak-anak pegi sekolah, wife aku singgah kat pasaraya depan umah aku tuh...beli barang dapur untuk masak...sampai umah, wife aku uruskan perihal rumah...kemas umah, basuh baju, sidai baju...wife aku kan tak keje"

sahabat "wife ko masak ker kat umah?"

sahabat lama "masak lar...biasanya dia masak sebelum amek anak-anak aku balik dari sekolah"

sahabat "wife ko yang amek anak-anak dari sekolah?"

sahabat lama "yer lar...dia kan tak keje"

sahabat "hm...then,sekolah petang pun aku assume wife ko jugak lar yang hantar?"

sahabat lama "yup...lepas anak-anak aku siap makan tengahhari, n selepas dia siap kemas dapur, dia sediakan plak anak-anak aku untuk sekolah petang...ngan hantar depa pegi sekolah petang...wife aku kan tak keje"

sahabat "petang biasanya ko balik keje pukul berapa?"

sahabat lama "biasanya aku sampai umah dalam kul 6.30 paling cepat, atau paling lambat pukul 7.30"

sahabat "ko amek anak-anak dari sekolah petang?"

sahabat lama "eh, tak lar...wife aku yang ambik depa...petang tuh, lepas wife aku uruskan rumah macam angkat baju semua,dia ambik lar anak-anak aku...wife aku kan tak keje"

sahabat "then, bila ko sampai umah ko tolong tak wife ko buat keje umah"

sahabat lama "hm...tak lar...aku kan penat keje...sampai umah, aku mandi then makan malam ngan famili aku...lepas tuh, aku rehat lar depan tv...tengok berita ker, movie ker...aku kan penat keje"

sahabat "ooo...macam tuh ker...masa anak-anak belajar sapa yg assist?"

sahabat lama "wife aku lar...sementara dia lipat kain baju tuh, anak-anak aku buat lar keje sekolah depa...kalau ada apa-apa yang bebudak tuh tak faham, depa tanya lar mak depa...mak depa kan tak keje"

sahabat "biasanya, malam ko tido kul braper?"

sahabat lama "awal jugak...sebab aku kan penat keje...kene lar tdo awal"

sahabat "wife ko plak?"

sahabat lama "dia biasanya tido lewat...lepas anak2 aku tido dia sediakan plak persiapan untuk breakfast esok pagi...maklum lar, wife aku kan tak keje"

dan si sahabat nih hanya tersenyum...(^_^)...

hm...percaya tak situasi kat atas adalah situasi biasa bagi surirumah sepenuh masa???...bekerja dari jam 6 pagi (malah, ada juga para surirumah yang bekerja lebih awal dari tuh...(*_^)) dikatakan TIDAK BEKERJA oleh para suami yang bekerja di luar kawasan rumah (tanpa mengira status pekeerjaan samaada makan gaji atau bekerja sendiri @ berniaga)...cuba kita semak plak jadual kerja para suami, dan kita bandingkan dengan jadual kerja para surirumah diatas...

Para suami keluar rumah lebih kurang jam 7.30 pagi ke office...sampai ke office lebih kurang jam 8.30 pagi (assume waktu bekerja dari jam 8.45 pagi hingga 5.45 ptg)...selepas tag in atau punch card, para suami akan memulakan kerja (assume perut suami masih kenyang selepas bersarapan pagi dirumah)...jam 10 pagi, para suami bersama rakan2 akan turun minum di kedai mamak berhampiran, dan menyambung semula bekerja lebih kurang jam 10.30 pagi...jam 12.30 tgh, para suami bersama rakan2 akan turun untuk makan tgh hari di kedai makan bawah pokok, dicampur dengan masa rehat, para suami akan menyambung semula kerja pada jam 2 ptg...lebih kurang jam 4.30 ptg, para suami akan turun minum bersama rakan2 di foodcourt, pekena secawan nescafe tarik bersama dua keping kuih (nih paling minima lar...he he he)...dan menyambung semula kerja pada jam 5 ptg hingga waktu balik jam 5.45 ptg...

so, sapa yang paling banyak keje sekarang ???...he he he...memang para isteri kerjanya berkaitan rumah tangga, tapi jangan lar sampai menganggap para isteri sebagai pembantu rumah...kalau kengkawan pernah baca entri sebelum nih bertajuk "Apabila Maid @ Pembantu Rumah Bercuti", penat buat keje rumah nih...tak cukup tangan...tak sama dengan buat keje office...aku yakin dan percaya, bagi wanita berkerjaya, mereka akan menyerah kalau disuruh buat keje rumah nih sensorang...so, para suami harus bertimbangrasa...kalau tak mampu untuk menyediakan pembantu rumah untuk membantu para isteri tersayang, sekurang-kurangnya ringan-ringankan lar tulang untuk membantu setakat yang terdaya...kalau tak mampu nak basuh baju pun, cukup sekadar tolong jaga anak2 ketika para isteri sibuk menyediakan juadah makan malam...jangan tercongok jek depan TV sambil buat derk...(nih peringatan untuk aku jugak nih...har har har)...

Apapun, berkeluarga itu indah...SANGAT INDAH...dan keindahan tuh akan menjadi lebih berseri sekiranya terdapat tolak ansur dan bantu-mambantu dalam urusan rumah tangga...kepada para suami, SELAMAT MEMBANTU PARA ISTERI....(^_^)...

Sunday, January 8, 2012

Masyarakat Malaysia Yang Prihatin

Hari nih, Isnin, 9hb Januari 2012, dijangkakan kesesakan lalulintas akan berlaku di jalan-jalan sekitar mahkamah di Jalan Duta disebabkan perhimpunan yang dianjurkan oleh salah satu parti politik...akibatnya, jalan-jalan lain yang biasanya tak sesak menjadi sesak dan bila aku sampai ofice, dapat tau plak jalan yang sepatutnya sesak, lancar macam biasa...ish ish ish...

Bila dapat tau jalan mungkin sesak, so, aku ngan orang rumah ambil keputusan untuk mengelakkan jalan biasa, dan keluar awal dari rumah...biasanya keluar rumah jam 7.30 pagi,selepas hantar Qheera pegi tadika, tapi pagi nih, jam 7 pagi dah keluar...sampai si Qheera pun kena mintak maid yang tolong hantarkan...harapannya, tidak menempuh kesesakan jalanraya yang luar biasa...tapi malangnya, keluar dati lebuhraya guthrie, memasuki lebuhraya utara selatan dari persimpangan Rawang Selatan, jalan dah mula sesak...daripada radio Sinar, info trafik menyatakan kesesakan sehingga 3 kilometer...puncanya, kemalangan yang melibatkan dua buah lori 3 tan di kilometer 149 lebuhraya Utara- Selatan arah selatan ke sungai buluh...lorong kanan terhalang, hanya lorong kecemasan, lorong kiri dan lorong tengah jek berfungsi...dan aku,menjadi rakyat yang kurang bertanggungjawab pagi nih...menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan utama...maafkan aku wahai rakyat malaysia yang prihatin...dah, disebabkan aku juga rakyat malaysia yang prihatin, aku juga memperlahankan kenderaan untuk melihat suasana kemalangan tersebut, dan menambah kepada kesesakan lalulintas yang pada mulanya aku cuba untuk elakkan...sekali lagi, maafkan aku wahai rakyat malaysia yang prihatin...(^_^)...apapun, satu peringatan kepada semua pengguna, berhati-hati ketika memandu...ingatlah kepada semua yang tersayang...

Biasanya, aku meneruskan perjalanan ke arah jalan duta...tapi,sebab dalam otak dah set jalan duta akan jammed, ditambah pulak dengan info dari seorang kawan menyatakan terdapat satu lagi kemalangan di kawasan jejantas sungai buloh, so, aku mengambil keputusan untuk menggunakan laluan LDP...aku ambik exit Sungai Buloh, menuju ke Kepong...sedikit kesesakan di hadapan Damansara Damai, tapi kenderaan masih bergerak perlahan...untuk mengelakkan kesesakan di lampu traffik, aku menggunakan jalan Bandar Sri Damansara sebagai short cut ke lebuhraya damansara puchong (LDP)...kesesakan biasa waktu pagi di Tol Pencahala, dan selepas tol penchala menghala ker Bandar Utama...aku ambik jalan Penchala Link, terus ke mount Kiara seterusnya terus ke pusat bandar damansara...mengejutkan...JALAN TAK JEM!!!...terus ke laluan biasa ke office, aku turun kat Dataran Maybank Bangsar, dan wife aku meneruskan perjalanan ker office dia di Jalan Raja Laut...mengejutkan jugak...dia tak mesej pun ada kesesakan sepanjang perjalanan dia...so, samaada masyarakat pekerja ramai yang bercuti, atau masyarakat pekerja ramai yang sampai office awal, atau masyarakat pekerja sememangnya prihatin...he he he...(^_^)...

Masyarakat pekerja memang prihatin...tapi kalau terlebih prihatin sampai menyusahkan rakan sekerja, dan membuatkan rakan2 sekerja menyampah dan meluat pun tak guna jugak...so, prihatin tuh kene lar bertempat...jangan sampai kengkawan menyampah dengan kita...agak2 kita nak prihatin, dan keprihatinan kita tuh tak membuatkan kawan2 meluat,proceed jek...kalau rasa akan ada kawan2 yang menyampah, tak perlulah terlebih prihatin...tanpa kita sedar, kadangkala keterlebihan keprihatinan kita tuh akan membuatkan suasana yang tidak tenang dan tidak senang dalam suasana persekitaran pekerjaan kita...mungkin akan membuatkan perhubungan sesama rakan menjadi tegang dan renggang...so, berhati2 lar ketika prihatin...he he he...

Apapun, prihatin atau tak, semua ada pro ngan kontra nya...pandai2 lar kita buat keputusan...

Wednesday, January 4, 2012

Apabila Cuti Persekolahan Berakhir


PPPPPEEEERRRRGGGGHHHHH!!!!....ghamainye mak bapak kat sekolah hari nih...nih sapa yang nak masuk sekolah nih, budak-budak atau mak bapak budak???...he he he...biasa lar tuh...pemandangan biasa apabila sesi persekolahan bermula...ibu bapa akan ambik cuti semata-mata untuk menghantar anak-anak kesekolah, walaupun anak tuh dah darjah 3,45 atau 6...termasuk juga kalau anak tuh dah masuk tingkatan (tingkatan satu lar terutamanya...he he he)...sama gak lar macam aku, amek cuti kononnya sebab nak anta anak ke sekolah (walaupun sebenarnya anak aku pegi sekolah jalan kaki jek...maklumlar, Sekolah Kebangsaan Desa Aman, Desa Coalfields cuma kat hujung jalan tuh jek...he he he)...

Satu lagi golongan yang masuk sekolahsecara rasmi hari nih adalah anak-anak kita yang baru nak berjinak-jinak dengan alam persekolahan, iaitu anak-anak kita yang baru nak memasuki alam Tadika atau Pree-School...anak aku yang nombor dua, Qheera, secara officialnya memulakan sesi persekolahan tadikanya di Tadika Al Kautsar, Desa Coalfields hari nih (kredit untuk pengetua Tadika Al Kautsar, Cikgu Zaliha)...

Sedar atau tidak, satu perkara menakjubkan pasal anak-anak kecil nih hari nih, yang aku peratikan samaada di Sekolah Kebangsaan Desa Aman atau Tadika Al Kautsar, takde anak-anak kecil nih yang menangis meraung-raung taknak pegi sekolah...semua muka ceria jek,gumbira,teruja@ excited nak pegi sekolah...mungkin sebab parents dah bagitau awal2 pasal sesi pembelajaan dan persekolahan telah bermula, atau mungkin sebab ada antara sekolah dan tadika nih dah terlebih dahulu memulakan sesi persekolahan (macam minggu pengenalan lar)...macam anak aku yang baru memulakan sesi pembelajaran tadika tahun nih, Qheera, dah dihantar 2 minggu lebih awal ke Tadika Al Kautsar sebagai sesi pengenalan dan penyesuaian diri...so,bila masuk sekolah hari nih, dia dah tak nangis dah...cuma sedikit terkejut sebab masa dua minggu persekolahan awal aritu kakak nani dia ada...tapi, hari nih dia pegi tadika sorang2...kredit untuk Qheera...

Pagi tadi, sempat jugak aku bukak Radio Sinar, dengar keletah Krill ngan Abg Jem...topik hari nih adalah masalah anda...ada sorang caller tuh merungut pasal jalan sesak kat depan sekolah anak dia...dia komplen pasal masa anak nak turun tuh lar mak bapak sibuk nak peluk cium lar,nak bagi duit belanja lar,nak salam lar, dan memacam lagik aktiviti yang boleh mengganggu kelancaran perjalanan kenderaan ketika berada di hadapan kawasan sekolah...pada aku,apa yang parents tuh nak buat tak salah, cuma mungkin waktu tuh tak bersesuaian...apa salahnya kalau semua aktiviti tuh dibuat sebelum masuk kereta untuk kesekolah, boleh buat dalam keadaan yang selesa, dan boleh membantu kelancaran perjalanan di hadapan kawasan sekolah...apapun,semua tuh hak individu...aku cuma bagi pendapat jek...(^_^)...

Anak-anak adalah anugerah dan harta yang paling berharga dalam dunia...mereka ibarat kain putih, yang masih belum bercorak...kita lah yang akan mencorakkan mereka, mewarnakan mereka, merekabentuk mereka menjadi pakaian yang bersesuaian dengan cara hidup, agama, dan budaya kita...dalam pada proses pembentukan itu, banyak halangan,dugaan,dan cubaan yang perlu kita tempuh dan harungi...dengan bantaun dari-Nya,serta sokongan dari keluarga dan kawan-kawan, semoga anak-anak kecil kita akan dapat dicorak,dibentuk,dan dididik dengan ajaran dan didikan yang sewajarnya untuk bekalan mereka pada masa akan datang...sama-samalar kita berdoa...AMIN...

Monday, January 2, 2012

Apabila Maid @ Pembantu Rumah Bercuti


Hujung mingu yang sangat memenatkan...Cuti tahun baru diraikan oleh pembantu rumah bersama saudara-maranya di Shah Alam...so,tinggal lar kami sekeliarga meraikan tahun baru tanpa pembantu rumah yang membantu menguruskan hal ehwal pengurusan rumah...rasanya???...tttteeeeeeeetttttt...he he he...

Umumnya,majoriti keluarga besar (biasanya keluarga yang mempunyai anak lebih daripada 2 orang) akan menggunakan perkhidmatan pembantu rumah...aku sendiri mula menggunakan perkhidmatan pembantu rumah hanya kira2 empat tahun yang lepas, masa usia kandungan wife aku lima bulan anak yang kedua, Fateen Shaqheerah Nur Iemany...mula-mula memang rasa pelik bila ada orang lain yang bukan keluarga di rumah, tapi lama-kelamaan perasaan pelik tuh hilang...

Kalau ikut perkiraan matematik, menggunakan perkhidmatan pembantu lebih menguntungkan untuk keluarga yang mempunyai anak yang ramai, dan kedua ibu dan bapa bekerja...maklumlar, dedua kerja, sapa nak jaga anak2 kat rumah...kalau hantar nursery atau daycare, atleast seorang kene bayar sekurang-kurangnya rm150, kalau 4 orang anak, dah rm600...tuh tak termasuk bayaran pengangkutan, tambah rm120 atleast...dah rm720...bila balik, masih kene kemas rumah,kene basuh baju, kalau yang jenis basuh baju hari-hari,ion baju,masak untuk makan malam kalau yang jenis makan kat rumah, dan macam2 aktiviti lagi...kalau menggunakan perkhidmatan pembantu rumah, bayaran minima sekarang adalah rm600, anak2 dah tentu berada dirumah, bila balik rumah dan siap berkemas, hidangan masakan malam dah tersedia...bila kita sampai rumah, apa yang perlu kita buat adalah nikmati hidangan makan malam, mandi, dan layan anak2 sampai anak2 tido...esok pagi, bangun, mandi, solat subuh, dan pergi kerja...itu apa yang kami sekeluarga lalui sekarang...

Namun, kredit kepada kengkawan dan jiran aku yang mempunyai anak yang ramai yang tidak memerlukan khidmat pembantu rumah...ION LADY...itu istilah tepat untuk mereka...menguruskan rumah dengan kerenah anak2 yang macam2...tak terbayang aku macammana masyarakat dulu2, termasuk mak aku, menguruskan anak2 mereka...kalau sekadar 3 atau 4 orang mungkin biasa, tapi macammana dengan keluarga yang mempunyai anak lebih daripada itu...bak kata Abon dalam Maharaja Lawak Mega, orang jawa sambil2 pun sekurang2nya lima...kalau betul2 tak sah kalau tak 13 anaknya...he he he...Congrats to juara Maharaja Lawak Mega, OSBORN...

Berbalik kepada tajuk post kali nih, memang penat wooo...tak menang tangan melayan kerenah anak2...wife aku pon sampai terlepas waktu makan ubat...kelam kabut nak melayan anak2, nak kemas tumah ( wife aku nih jenis pembersih, tokleh ada habuk atas lantai),nak basuh n lipat baju...walaupun tak menolong sangat, tapi kene lar tolong gak...aku,semenjak ada pembantu rumah nih agak malas membantu hal ehwal pengurusan rumah nih...tapi, memandangkan pembantu rumah bercuti, so,terpaksa meringankan tulang membantu apa2 yang patut...hari pertama,memang kelam kabut...hari kedua dah ok sket...boleh lar walaupun tak perfect...he he he...kali nih pembantu rumah aku bercuti 3 hari...masa raya nanti, dia nak bercuti 2 bulan...PERGH!!!!....kene prepare awal2 tuh...

Apapun, bagus jugak bila dapat bekerjasama suami dan isteri masa ketiadaan pembantu rumah nih...boleh mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan antara suami, isteri dan anak2...anak2 pun dapat lebih masa dengan paents depa...apa yang penting, kerjasama dalam satu keluarga...(^_^)...

Sunday, January 1, 2012

Hari Pertama di Tahun Baru

1hb Januari 2012, merangkap hari pertama tahun baru 2012...hari nih hari ulangtahun kelahiran adik aku, Norhayati Mohamad aka Suraya Hayati...Hepi besday sis,smoga panjang umur, dipermudah dan dipermurahkan rezki,dan dikurniakan kebahagian yang berpanjangan dari dunia hingga akhirat...(^_^)...

Apa yang hebatnya hari pertama tahun baru nih???...pada aku, hari pertama tahun baru nih sama jek dengan hari-hari yang lain...rutin harian macam biasa berjalan...macam hari-hari mingu yang lain...pepagi bawak anak2 bersarapan kat NLC (Nasi Lemak Changkat, kredit to tokey Ashidi)...pastuh, bawak bebudak balik,layan ASTRO...sampai petang...pastu anta anak yang sulong pegi latihan taekwondo, dia dapat result exam dia aritu...alhamdulillah lepas...pakai belt biru satu skarang...malam, aktiviti biasa, tengok berita,lepastuh bebudak tengok kartun, sampai masa bebudak untuk tido...so, takde apa2 yang istimewa...he he he...

Apapun, setiap sesuatu tuh memerlukan yang pertama...sama gak dengan tahun baru, memerlukan hari yang pertama...dan dari yang pertama tuh akan mencorak dan mendorong kepada yang seterusnya...

Hakikatnya, memang agak sukar untuk mengambil langkah yang pertama untuk berubah...kita perlu hati yang kukuh dan nekad untuk mengambil langkah pertama tersebut...setelah berjaya mengambil langkah pertama tersebut, apa yang perlu kita lakukan adalah konsisten @ istiqhamah...baru kita berada di landasan yang betul untuk setiap apa yang kita rancangkan...

Kita selalu dengar pakar2 motivasi memberikan nasihat tahun baru dengan perkataan BERJAYA...apa sebenarnya BERJAYA tuh???...sebenarnya, berjaya tuh adalah untuk semuanya...serba serbi...dalam kehidupan, kerjaya, keluarga, dan macam2 lagik...tipsnya tetap sama, ambil langkah pertama dan seterusnya istiqhamah...sekurang-kurangnya cuba untuk kekalkan konsistensi selama 21 hari kerana kajian menunjukkan sekiranya kita berjaya mengamalkan sesuatu perkara selama sekurang-kurangnya 21 hari berturut-turut, perkara itu akan mudah untuk menjadi amalan kita...tak salah untuk kita cuba kan...(^_^)...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com