Monday, January 2, 2012

Apabila Maid @ Pembantu Rumah Bercuti


Hujung mingu yang sangat memenatkan...Cuti tahun baru diraikan oleh pembantu rumah bersama saudara-maranya di Shah Alam...so,tinggal lar kami sekeliarga meraikan tahun baru tanpa pembantu rumah yang membantu menguruskan hal ehwal pengurusan rumah...rasanya???...tttteeeeeeeetttttt...he he he...

Umumnya,majoriti keluarga besar (biasanya keluarga yang mempunyai anak lebih daripada 2 orang) akan menggunakan perkhidmatan pembantu rumah...aku sendiri mula menggunakan perkhidmatan pembantu rumah hanya kira2 empat tahun yang lepas, masa usia kandungan wife aku lima bulan anak yang kedua, Fateen Shaqheerah Nur Iemany...mula-mula memang rasa pelik bila ada orang lain yang bukan keluarga di rumah, tapi lama-kelamaan perasaan pelik tuh hilang...

Kalau ikut perkiraan matematik, menggunakan perkhidmatan pembantu lebih menguntungkan untuk keluarga yang mempunyai anak yang ramai, dan kedua ibu dan bapa bekerja...maklumlar, dedua kerja, sapa nak jaga anak2 kat rumah...kalau hantar nursery atau daycare, atleast seorang kene bayar sekurang-kurangnya rm150, kalau 4 orang anak, dah rm600...tuh tak termasuk bayaran pengangkutan, tambah rm120 atleast...dah rm720...bila balik, masih kene kemas rumah,kene basuh baju, kalau yang jenis basuh baju hari-hari,ion baju,masak untuk makan malam kalau yang jenis makan kat rumah, dan macam2 aktiviti lagi...kalau menggunakan perkhidmatan pembantu rumah, bayaran minima sekarang adalah rm600, anak2 dah tentu berada dirumah, bila balik rumah dan siap berkemas, hidangan masakan malam dah tersedia...bila kita sampai rumah, apa yang perlu kita buat adalah nikmati hidangan makan malam, mandi, dan layan anak2 sampai anak2 tido...esok pagi, bangun, mandi, solat subuh, dan pergi kerja...itu apa yang kami sekeluarga lalui sekarang...

Namun, kredit kepada kengkawan dan jiran aku yang mempunyai anak yang ramai yang tidak memerlukan khidmat pembantu rumah...ION LADY...itu istilah tepat untuk mereka...menguruskan rumah dengan kerenah anak2 yang macam2...tak terbayang aku macammana masyarakat dulu2, termasuk mak aku, menguruskan anak2 mereka...kalau sekadar 3 atau 4 orang mungkin biasa, tapi macammana dengan keluarga yang mempunyai anak lebih daripada itu...bak kata Abon dalam Maharaja Lawak Mega, orang jawa sambil2 pun sekurang2nya lima...kalau betul2 tak sah kalau tak 13 anaknya...he he he...Congrats to juara Maharaja Lawak Mega, OSBORN...

Berbalik kepada tajuk post kali nih, memang penat wooo...tak menang tangan melayan kerenah anak2...wife aku pon sampai terlepas waktu makan ubat...kelam kabut nak melayan anak2, nak kemas tumah ( wife aku nih jenis pembersih, tokleh ada habuk atas lantai),nak basuh n lipat baju...walaupun tak menolong sangat, tapi kene lar tolong gak...aku,semenjak ada pembantu rumah nih agak malas membantu hal ehwal pengurusan rumah nih...tapi, memandangkan pembantu rumah bercuti, so,terpaksa meringankan tulang membantu apa2 yang patut...hari pertama,memang kelam kabut...hari kedua dah ok sket...boleh lar walaupun tak perfect...he he he...kali nih pembantu rumah aku bercuti 3 hari...masa raya nanti, dia nak bercuti 2 bulan...PERGH!!!!....kene prepare awal2 tuh...

Apapun, bagus jugak bila dapat bekerjasama suami dan isteri masa ketiadaan pembantu rumah nih...boleh mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan antara suami, isteri dan anak2...anak2 pun dapat lebih masa dengan paents depa...apa yang penting, kerjasama dalam satu keluarga...(^_^)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com