Sunday, January 1, 2012

Hari Pertama di Tahun Baru

1hb Januari 2012, merangkap hari pertama tahun baru 2012...hari nih hari ulangtahun kelahiran adik aku, Norhayati Mohamad aka Suraya Hayati...Hepi besday sis,smoga panjang umur, dipermudah dan dipermurahkan rezki,dan dikurniakan kebahagian yang berpanjangan dari dunia hingga akhirat...(^_^)...

Apa yang hebatnya hari pertama tahun baru nih???...pada aku, hari pertama tahun baru nih sama jek dengan hari-hari yang lain...rutin harian macam biasa berjalan...macam hari-hari mingu yang lain...pepagi bawak anak2 bersarapan kat NLC (Nasi Lemak Changkat, kredit to tokey Ashidi)...pastuh, bawak bebudak balik,layan ASTRO...sampai petang...pastu anta anak yang sulong pegi latihan taekwondo, dia dapat result exam dia aritu...alhamdulillah lepas...pakai belt biru satu skarang...malam, aktiviti biasa, tengok berita,lepastuh bebudak tengok kartun, sampai masa bebudak untuk tido...so, takde apa2 yang istimewa...he he he...

Apapun, setiap sesuatu tuh memerlukan yang pertama...sama gak dengan tahun baru, memerlukan hari yang pertama...dan dari yang pertama tuh akan mencorak dan mendorong kepada yang seterusnya...

Hakikatnya, memang agak sukar untuk mengambil langkah yang pertama untuk berubah...kita perlu hati yang kukuh dan nekad untuk mengambil langkah pertama tersebut...setelah berjaya mengambil langkah pertama tersebut, apa yang perlu kita lakukan adalah konsisten @ istiqhamah...baru kita berada di landasan yang betul untuk setiap apa yang kita rancangkan...

Kita selalu dengar pakar2 motivasi memberikan nasihat tahun baru dengan perkataan BERJAYA...apa sebenarnya BERJAYA tuh???...sebenarnya, berjaya tuh adalah untuk semuanya...serba serbi...dalam kehidupan, kerjaya, keluarga, dan macam2 lagik...tipsnya tetap sama, ambil langkah pertama dan seterusnya istiqhamah...sekurang-kurangnya cuba untuk kekalkan konsistensi selama 21 hari kerana kajian menunjukkan sekiranya kita berjaya mengamalkan sesuatu perkara selama sekurang-kurangnya 21 hari berturut-turut, perkara itu akan mudah untuk menjadi amalan kita...tak salah untuk kita cuba kan...(^_^)...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com