Sunday, January 8, 2012

Masyarakat Malaysia Yang Prihatin

Hari nih, Isnin, 9hb Januari 2012, dijangkakan kesesakan lalulintas akan berlaku di jalan-jalan sekitar mahkamah di Jalan Duta disebabkan perhimpunan yang dianjurkan oleh salah satu parti politik...akibatnya, jalan-jalan lain yang biasanya tak sesak menjadi sesak dan bila aku sampai ofice, dapat tau plak jalan yang sepatutnya sesak, lancar macam biasa...ish ish ish...

Bila dapat tau jalan mungkin sesak, so, aku ngan orang rumah ambil keputusan untuk mengelakkan jalan biasa, dan keluar awal dari rumah...biasanya keluar rumah jam 7.30 pagi,selepas hantar Qheera pegi tadika, tapi pagi nih, jam 7 pagi dah keluar...sampai si Qheera pun kena mintak maid yang tolong hantarkan...harapannya, tidak menempuh kesesakan jalanraya yang luar biasa...tapi malangnya, keluar dati lebuhraya guthrie, memasuki lebuhraya utara selatan dari persimpangan Rawang Selatan, jalan dah mula sesak...daripada radio Sinar, info trafik menyatakan kesesakan sehingga 3 kilometer...puncanya, kemalangan yang melibatkan dua buah lori 3 tan di kilometer 149 lebuhraya Utara- Selatan arah selatan ke sungai buluh...lorong kanan terhalang, hanya lorong kecemasan, lorong kiri dan lorong tengah jek berfungsi...dan aku,menjadi rakyat yang kurang bertanggungjawab pagi nih...menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan utama...maafkan aku wahai rakyat malaysia yang prihatin...dah, disebabkan aku juga rakyat malaysia yang prihatin, aku juga memperlahankan kenderaan untuk melihat suasana kemalangan tersebut, dan menambah kepada kesesakan lalulintas yang pada mulanya aku cuba untuk elakkan...sekali lagi, maafkan aku wahai rakyat malaysia yang prihatin...(^_^)...apapun, satu peringatan kepada semua pengguna, berhati-hati ketika memandu...ingatlah kepada semua yang tersayang...

Biasanya, aku meneruskan perjalanan ke arah jalan duta...tapi,sebab dalam otak dah set jalan duta akan jammed, ditambah pulak dengan info dari seorang kawan menyatakan terdapat satu lagi kemalangan di kawasan jejantas sungai buloh, so, aku mengambil keputusan untuk menggunakan laluan LDP...aku ambik exit Sungai Buloh, menuju ke Kepong...sedikit kesesakan di hadapan Damansara Damai, tapi kenderaan masih bergerak perlahan...untuk mengelakkan kesesakan di lampu traffik, aku menggunakan jalan Bandar Sri Damansara sebagai short cut ke lebuhraya damansara puchong (LDP)...kesesakan biasa waktu pagi di Tol Pencahala, dan selepas tol penchala menghala ker Bandar Utama...aku ambik jalan Penchala Link, terus ke mount Kiara seterusnya terus ke pusat bandar damansara...mengejutkan...JALAN TAK JEM!!!...terus ke laluan biasa ke office, aku turun kat Dataran Maybank Bangsar, dan wife aku meneruskan perjalanan ker office dia di Jalan Raja Laut...mengejutkan jugak...dia tak mesej pun ada kesesakan sepanjang perjalanan dia...so, samaada masyarakat pekerja ramai yang bercuti, atau masyarakat pekerja ramai yang sampai office awal, atau masyarakat pekerja sememangnya prihatin...he he he...(^_^)...

Masyarakat pekerja memang prihatin...tapi kalau terlebih prihatin sampai menyusahkan rakan sekerja, dan membuatkan rakan2 sekerja menyampah dan meluat pun tak guna jugak...so, prihatin tuh kene lar bertempat...jangan sampai kengkawan menyampah dengan kita...agak2 kita nak prihatin, dan keprihatinan kita tuh tak membuatkan kawan2 meluat,proceed jek...kalau rasa akan ada kawan2 yang menyampah, tak perlulah terlebih prihatin...tanpa kita sedar, kadangkala keterlebihan keprihatinan kita tuh akan membuatkan suasana yang tidak tenang dan tidak senang dalam suasana persekitaran pekerjaan kita...mungkin akan membuatkan perhubungan sesama rakan menjadi tegang dan renggang...so, berhati2 lar ketika prihatin...he he he...

Apapun, prihatin atau tak, semua ada pro ngan kontra nya...pandai2 lar kita buat keputusan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com