Cuti panjang datang lagi...Kali nih cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina bermula 21hb Januari 2012 hingga 24hb januari 2012...Sebenarnya tahun baru cina cuma pada 23hb ngan 24hb tuh jek, tapi sebab 23hb ngan 24hb tuh adalah hari isnin dan selasa, so, cuti tuh dikira dari hari sabtu 21hb tuh lar...Kepada pemandu yang tidak mengambil cuti, comfirm laluan jalanraya akan sesak bermula dari hari jumaat, 20hb tuh...Dan dijangkakan kesesakan akan berlanjutan hingga ke hari sabtu tuh...so, kepada para pemandu semua, diingatkan supaya berhati-hati ketika memandu, dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan...Sentiasa ingat kepada orang tersayang...Apabila selamat sampai di kampung halaman, sampaikan salam hormat dan ta'azim saya kepada semua ahli keluarga...
Sebagai membantu pemandu semua, berikut adalah rancangan perjalanan (Travel Time Advisory, TTA) yang telah dikeluarkan oleh pihak PLUS sebagai panduan...adalah digalakkan kepada semua untuk mengikuti jadual perjalanan yang diberikan kerana berdasarkan pengalaman saya sendiri, ia sedikit sebanyak membantu kita dalam merancang perjalanan kita...
(Nota: Jadual diambil daripada PLUS Website)
Selain daripada rancangan perjalanan yang dikeluarkan oleh PLUS nih, bagi pemandu-pemandu yang sentiasa mempunyai capaian internet dan mempunyai akaun Twitter, anda mungkin boleh mendapatkan maklumat terkini dari @plustrafik ataupun @TrafficDotMy...selain dari tuh, mungkin radio-radio semasa juga akan memberikan info-info terkini berkaitan situasi semasa laluan seperti radio Sinar.fm, Era.fm, Hot.fm dan banyak lagik radio-radio lain...
Selain daripada rancangan perjalanan yang dikeluarkan oleh PLUS nih, bagi pemandu-pemandu yang sentiasa mempunyai capaian internet dan mempunyai akaun Twitter, anda mungkin boleh mendapatkan maklumat terkini dari @plustrafik ataupun @TrafficDotMy...selain dari tuh, mungkin radio-radio semasa juga akan memberikan info-info terkini berkaitan situasi semasa laluan seperti radio Sinar.fm, Era.fm, Hot.fm dan banyak lagik radio-radio lain...
Selepas cuti panjang sempena tahun baru cina, kita akan sekali lagi mendapat cuti panjang pada awal bulan Februari...bagi warga Wilayah Persekutuan, 1hb adalah cuti sempena Hari Wilayah...bagi warga kerja yang menyambung cuti pada 2hb dan 3hb, mereka akan sekali lagi mendapat cuti panjang kerana Maulidurrasul pada 5hb (Ahad, dibawa ke hari isnin 6hb) dan Thaipusam pada 7hb...so, mereka akan bercuti selama 8 hari...(^_^)...Selepas tuh, minggu yang panjang untuk meneruskan kerja...he he he...
Apapun, bersempena Tahun Baru Cina nih, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Malaysia, bukan spesifik untuk masyarakat cina sahaja kerana sebagai warga yang cintakan perdamaian dan hidup bertoleransi, sikap bertolak ansur, bekerjasama, bantu-membantu, tolong menolong sesama rakyat malaysia, kedamaian yang sedang kita kecapi sekarang nih jangan lar dipergadaikan...bersama-sama lar kita menjaganya semoga ia berkekalan hingga ke generasi kita yang terakhir...SALAM PERDAMAIAN UNTUK SEMUA!!!!!