Tuesday, September 17, 2013

Sejarah: PATUTKAH CHIN PENG DIMAAFKAN KERANA BUNUH MELAYU..??





Sejarah negara kita sedang dipersendakan ke peringkat paling maksimum. Mana boleh ketua Parti Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng digelar pejuang kemerdekaan?

Saya kenali Chin Peng menerusi namanya sejak saya kecil di Kampung Separap, Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor. Ayah, Ibu dan guru-guru saya sering menceritakan hal Chin Peng dan PKM kepada saya.

Dari cerita-cerita mereka, saya insaf bahawa Chin Peng adalah pengganas yang perlu disula. Kata Ibu saya, di kampung saya sendiri masih wujud bukti keganasan PKM pada tahun 1945.

Di kampung saya banyak rumah dibakar secara rambang. Di kampung saya ada sekeluarga Melayu di kuburkan hidup-hidup dan beramai-ramai oleh pengganas PKM.

Di kampung saya ada orang yang di sula dan digantungkan ke pohon pedada di pinggir Sungai Simpang Kiri. Di suatu kampung yang kira-kira empat kilometer dari kampung saya, terdapat sejarah penduduknya di humbankan ke dalam minyak yang menggelegak dalam kawah gergasi.

Mereka mati bagaikan katak. Di satu lagi kampung pendalaman kira-kira enam kilometer dari kampung saya, sebuah surau pernah dijadikan pusat pengganas Bintang Tiga (PKM) untuk berpesta meminum arak dan menikmati juadah khinzir panggang.

Di situ juga sekumpulan perawan Melayu pernah dirogol dan diperkosa oleh gerombolan pengganas yang sama. Berikutan seluruh peristiwa di atas, bangkitlah angkatan pemuda parang panjang pimpinan Allahyarham Kiayai Salleh.

Kumpulan ini lebih dikenali sebagai Pejuang Selempang Merah. Mereka bertindak dan berjuang semata-mata untuk memansuhkan kezaliman PKM. Mereka adalah pahlawan yang tidak pernah didendang.

Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Saya belum pernah berterus-terang sebegini menerusi tulisan di blog ini sebelum ini kerana khuatir dituduh sebagai mengapi-apikan semangat perkauman.

Tetapi, saya pernah suarakan kisah di atas di Dewan Rakyat sehingga membuatkan pihak DAP senyap dan tergamam. Oleh itu, tanpa apologi kepada sesiapa, hari ini saya katakan bahawa saya hilang sabar bila ada individu mengatakan pejuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng.



Pastinya luahan suara bangkangan saya ini disetujui oleh penduduk di sekitar Pagoh, Bukit Pasir dan Bukit Kepong, Muar, yang terdapat waris-waris mereka dibunuh oleh PKM yang zalim.

Pastinya orang Pontian juga turut menyimpan kisah seperti ini dalam lipatan sejarah keluarga masing-masing. Begitu juga dengan masyarakat Melayu di Bahau, Negeri Sembilan; di Sekinchan, Selangor; dan di Sungai Manik, Perak. Mereka juga mempunyai sejarah keganasan PKM yang hampir serupa bentuk dan kisahnya.

Beribu-ribu keluarga bekas Polis Khas atau Special Constable (SC), Polis biasa dan Askar Melayu juga pastinya amat arif akan kezaliman PKM.

Beratus-ratus ayah, pakcik, dan anggota keluarga mereka di bunuh anggota PKM sewaktu mempertahankan tanahair di zaman darurat.





Waris-waris askar Melayu yang hilang kaki, hilang tangan dan hilang nyawa akibat bom dan jerangkap samar PKM di Lembah Gubir pun pastinya mengakui bahawa Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan negara.

Cukuplah setakat ini curahan rasa bangkangan saya terhadap individu yang sedang mempersendakan sejarah perjuangan bangsa kita memerdekakan negara.

Saya harap pihak berkuasa akan segera bersuara dan bertindak untuk membetulkan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya.

Sunday, December 21, 2008 NYAWA DAN DARAH MELAYU MEMBUKTIKAN CHIN PENG BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN Ruhanie Ahmad



Nota: Perkongsian dari seorang blogger dalam yahoogroup kelakar



[[sumber: http://klboyzwangsa.blogspot.com]]

Monday, August 5, 2013

Tazkirah Ramadhan: Mencari Malam Al-Qadr

ADA satu malam yang kedatangannya sangat dinantikan oleh umat Islam pada setiap bulan Ramadan. Malam itu disebut Lailatulqadar.

Al-Quran menyebutnya sebagai malam yang penuh berkat (al-Dukhan: 3) dan malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan (al-Qadr: 3). 
Lailatulqadar sangat dimuliakan oleh umat Islam kerana pada malam tersebut turun rahmat dan kebaikan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. 
Biasanya, dalam menanti malam tersebut, umat Islam melakukan ibadat seperti solat malam atau membaca al-Quran untuk memperoleh Lailatulqadar.
Memperoleh Lailatulqadar
Mendapatkan Lailatulqadar merupakan pengalaman kerohanian dan individual.
Ulama mengatakan bahawa tidak semua orang berjaya mendapatkan malam 1,000 bulan ini. Dengan kata lain, Lailatulqadar tidak boleh ditemui begitu sahaja iaitu dengan hanya berjaga pada malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.
Ini kerana berjumpa dengan Lailatulqadar merupakan kemuncak prestasi dari segi kerohanian setelah melakukan banyak kegiatan kerohanian sepanjang bulan Ramadan.
Nisfu Syaaban
Sebahagian ulama percaya bahawa malam Lailatulqadar tidak hanya ada pada bulan Ramadan tetapi juga pada bulan Syaaban.
Menurut mereka, Lailatulqadar turun pada malam Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban). Malam yang juga biasa dirayakan oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia.
Pada malam itu turun beberapa kebaikan daripada Allah SWT seperti syafaat, keampunan dan pembebasan daripada azab. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tatkala datang malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memberikan keampunan-Nya kepada penghuni bumi, kecuali bagi orang yang syirik dan berpaling daripada-Nya." (Riwayat Ahmad)
Waktu Lailatulqadar
Kebanyakan ulama dan orang Islam percaya bahawa Lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadan, khususnya dalam 10 malam terakhir pada bulan ini. Tidak seorang pun yang tahu bila sebenarnya Lailatulqadar akan berlaku.
Namun, daripada beberapa riwayat diketahui bahawa Nabi Muhammad SAW memberikan beberapa tanda mengenai akan terjadinya malam penuh berkat itu. Seperti adanya hawa yang sejuk, suasana damai dan cuaca cerah.
Lailatulqadar dalam al-Quran
Al-Quran menyebut tentang Lailatulqadar dalam surah al-Dukhan ayat 3-4 dan surah al-Qadr ayat 1-5. Dalam surah al-Dukhan, al-Quran menggunakan istilah malam yang penuh berkat, malam ketika semua urusan manusia seperti hidup, mati, rezeki dan musibah dijelaskan Allah SWT dengan penuh hikmah. 
Sementara dalam surah al-Qadr pula Allah SWT menyebut Lailatulqadar sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam ketika Jibril dan para malaikat lain turun ke bumi dan malam yang penuh kesejahteraan hingga ke pagi.

TAZKIRAH RAMADHAN: Peringatan untuk semua

Diceritakan bahawa Alam dunia amat sekejap tempohnya berbanding dgn perjalanan barzah dan mahsyar di akhirat kelak. Tentu malaikat hairan dgn  manusia yg bertungkus lumus utk keduniaan yg paling lama pun kita hidup sampai seratus tahun je. Itu pun kalau umur panjang.

Sedangkan alam selepas mati, alam barzah, padang mahsyar, dan ke titian sirat yang penuh ranjau dan halangan...di katakan oleh ulamak lama nya alam akhirat sebelum sampai ke keputusan syurga neraka itu berpuluh ribu tahun lamanya. Logik kah kalau akal yg sihat sekiranya kita lebih mengutamakan dunia dari akhirat???

Diceritakan lamanya di padang mahsyar itu sehingga manusia sanggup berkata kpd Allah agar mereka dimasukkan saja ke neraka  kerana tak tertanggung azabnya di mahsyar yg terlalu lama....Maka sebab itulah dikatakan bahawa org yg beruntung itu ialah org yg ketika hidupnya didunia, segala apa2 yg dilakukannya didunia...matlamatnya tetap akhirat. Dia di dunia, tapi pemikirannya di akhirat.
Ketika didunia dia dah tahu apa yg dia akan hadapi di alam barzah...apa akan terjadi di mahsyar...apa akan terjadi di titian sirat...dan akhirnya apa yg ada di syurga & neraka. Nanti bila Allah tiba2 tarik nyawa kita...kita taklah terkejut beruk. Kata Syeikh Nuruddin, antara tipu daya syaitan ialah menagguhkan amalan.
Org yg berumur belasan tahun...dibiskkan oleh syaitan, "Aku muda lagi....nantilah bila aku dah kahwin baru aku pergi masjid berjemaah & beribadah"...bila dah kahwin dibisikkan lagi "Aku baru je kahwin....sibuk...masa ni lah aku nak kumpul duit byk2...nak besarkan anak..nak kumpul harta.....kerja keras..nanti umur 40 aku dah stabil baru aku pegi masjid & beribadah"....
Bila sampai umur 40...dibisikkan lagi "Alamak skrg ni sibuk lah dgn masalah anak2....anak2 exam...ada anak yg sakit....ada yg bermasalah...anak nak masuk Uni...byk benda nak kena settle ni, tunggu pencen lah baru aku gi masjid"....
Bila dah pencen pulak...badan pun dah tak kuat....ditakdirkan Allah kita sakit....duduk lama tak boleh....berdiri lama tak boleh....macam2 tak boleh....nak beribadat dah tak kuat....nak pegi majlis ilmu dah tak kuat..nak puasa sunat dah tak boleh....akhirnya sibuk dgn dunia sampai lah dicabut segala kenikmatan yg diberi oleh Allah masa dia muda & sihat. 
Alhamdulillah bagi yg masih boleh hidup sampai tua & sempat bertaubat. Berapa ramai yg umur belasan tahun...umur dua puluhan...umur tiga puluhan...empat puluhan yg direntap nyawanya oleh malaikat maut ketika masih sibuk dgn urusan dunia semata2?
Mudah2an Allah bagi kesedaran sementara kita masih berpeluang. Berkat bulan Ramadhan ini. YA Allah berikan lah kami taufiq dan hidayah mu ya Allah.. Berikanlah kami kebaikan dunia & akhirat. Amin Allahuma amin.
Kata ustaz Ihsan....Malam2 disaat org lain nyenyak tidur...amalkan bertafakur kpd Allah...at least 10-15minit. Hanya kita dgn Allah. Tak payah doa yg canggih2...sebut dlm bahasa melayu pun takpe...sebut  dgn niat berbicara dgn Allah...berkhalwat dgn Allah...
Matlamatnya utk bertafakur dgn Allah.....Amalan bertafakur adalah amalan para solihin yg sudah ditinggalkan oleh kebanyakan org. Sedangkan bertafakur itu salah satu kaedah yg sangat berkesan utk seseorg mendekatkan diri kpd Allah...selain zikir. InsyaAllah cuba buat & amal. tgk Astro berjam2...takkan takleh 10 minit dating dgn Allah.
Peringatan utk diriku yg lupa. Mudahan bermanafaat juga utk yg membaca. TQ

Wednesday, July 24, 2013

Tazkirah Ramadhan: Silaturahim ikatan kekal sampai mati

Amalan paling mudah untuk mendatangkan atau murahkan rezeki dan panjang umur ialah menjalinkan silaturahim. Silaturahim adalah ikatan suci dan umat Islam dituntut menjaga dan memeliharanya.

Daripada Anas bin Malik, katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Riwayat Bukhari)
Jalinan silaturahim penting bagi ummah hidup lebih cemerlang dan berjaya dalam segala perkara. Ukhuwah yang dipupuk atas rasa kasih sayang kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan kepada jiwa insan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Riwayat Bukhari)

Dalam hadis qudsi, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Rahim itu adalah Nama-Ku, sesiapa yang menghubungkannya, maka Aku hubungkannya, dan sesiapa yang memutuskannya, maka Aku putuskannya.” Dengan lain kata, seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Beberapa makna yang dapat kita faham daripada hadis itu ialah, Allah Taala akan memanjangkan umur dengan sebab silaturahim. Disebabkan kita rajin menjalin dan membina hubungan baik dengan manusia, maka kita akan disayangi.

Walaupun sudah meninggal dunia, nama kita masih disebut dan dikenang. Lihat saja tokoh-tokoh besar yang jasanya masih disebut hingga sekarang kerana kebaikan serta hubungan yang pernah mereka bina. Kenangan itu menjadi doa kebaikan untuknya.

Kesihatan lebih baik jalin silaturahim

Penyelidikan juga menunjukkan mereka yang saling menghubungkan silaturahim akan melalui kehidupan lebih sihat berbanding mereka yang suka mengasingkan diri serta tidak bergaul dalam masyarakat.

Bagaimana pula silaturahim boleh menambah atau murahkan rezeki seseorang? Rezeki boleh dan mudah dicari selagi kita punya hubungan baik dengan orang lain. Sifat suka berbuat baik kepada orang lain, maka mereka pun akan berbuat baik kepada kita.

Inilah yang seterusnya akan berkembang menjadi kepercayaan, amanah dan tanggungjawab. Bagaimana seseorang akan memberi kepercayaan kita menguruskan hartanya jika kita tidak mempunyai hubungan baik dengannya.

Sosiologi Universiti Harvard, Mark Granovetter, melakukan penyelidikan cara mendapatkan pekerjaan. Kajiannya dilakukan pada 1970-an berjaya menemukan bahawa majoriti orang mendapatkan pekerjaan berdasarkan hubungan silaturahim dijalinkan.

Ibu yang selalu berdoa setiap kali anak bersalaman dan mencium tangannya sebelum keluar rumah, Allah akan beri kebaikan serta keberkatan untuk anaknya.

Nabi SAW bersabda:
“Keredaan Allah bergantung pada keredaan kedua orang tua. Kemurkaan Allah juga berlaku sedemikian.”

Tazkirah Ramadhan: Ramadan sarat ganjaran

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang gembira dengan datangnya bulan Ramadan, Allah haramkan jasadnya daripada sentuhan api neraka."

Safwak Sa'adallah al-Mukhtar menceritakan, pada suatu hari ada sepasang suami isteri yang kaya raya sedang makan bersama-sama di rumah mereka.

Tiba-tiba pintu rumah diketuk seseorang. Setelah dibuka ternyata seorang pengemis meminta-minta.

Melihat pengemis itu, isterinya sangat kasihan dan hiba dan ingin memberikan sesuatu.

Dia meminta izin daripada suaminya bolehkan dia memberikan sesuatu kepada pengemis itu.

Suaminya dengan suara kasar berkata: "Usir sahajalah, tutup pintu itu dan mari makan."

Setelah masa berlalu, kehidupan keluarga itu mengalami masa suram. Perusahaan makin merosot dan menanggung banyak hutang. Keluarga itu jatuh miskin, rumah tangga mereka kelam kabut sehingga berlaku perceraian.

Kata Safwak, suaminya sangat menderita dan bekas isterinya itu berkahwin pula dengan seorang pengusaha kaya dari daerah lain.

Pada suatu hari, ketika pasangan suami isteri yang baharu itu sedang makan bersama-sama, tiba-tiba pintu rumah diketuk.

Setelah dibuka, ternyata yang datang itu seorang pengemis yang meminta belas kasihan.

Wanita (isterinya) masuk dan meminta izin pada suaminya: "Bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis itu?"

Lalu dijawab suaminya: "Boleh, boleh... berilah dia makan. Mana tahu dia sangat lapar dan berjalan dari daerah yang jauh."

Setelah pengemis itu diberi makan, alangkah terkejutnya si isteri, kerana ternyata yang dia beri makan itu adalah bekas suaminya.

Dia menangis kerana merasa prihatin dan hiba. Melihat keadaan itu, si suami dengan hairan lalu bertanya: "Mengapa engkau menangis isteriku, adakah saya salah kalau menyuruhmu memberi makan kepada pengemis itu?"

Isterinya menggeleng kepala dengan nada sedih teresak-esak lantas berkata: "Saya sangat beruntung mendapatkan suami yang baik sepertimu. Namun saya sedih melihat perjalanan takdir hidup bagi seseorang yang sungguh menakjubkan hati, maafkan saya."

Akhirnya si isteri berkata: "Tahukah engkau suamiku, siapa pengemis yang kita beri makan di luar itu? Dia adalah bekas suamiku yang pertama dahulu."

Mendenar kata-kata itu, suaminya terkejut namun tetap memperlihatkan sikap arif.

Beberapa saat kemudian, suaminya bertanya: "Tahukah engkau, siapa saya yang saat ini menjadi suamimu ini?" Isterinya menjawab, "Tidak tahu."

Kemudian suaminya berkata: "Suamimu ini adalah pengemis yang pernah diusir dahulu oleh bekas suamimu dan Allah berikan kepadaku rezeki hingga aku punya harta dan memberi pula rezeki-Nya hingga kita pun dipertemukan Allah dalam satu ikatan akad sebagai suami isteri yang insya-Allah mawaddah wa rahmah."

Kisah di atas mengajar kita bahawa hidup dan kehidupan ini sesungguhnya seperti roda.

Kerap kali kita menyangka bahawa apa yang kita peroleh hari ini tidak akan berubah esok atau lusa tetapi tidak mustahil juga hilang dalam sekelip mata.

Hanya kerana kecuaian dan keangkuhan kita terhadap sesama insan, kita menutup pintu pada orang yang miskin dan kelaparan. Natijahnya, tertutup pintu rezeki rezeki kita.

Dalam al-Quran dinyatakan: "Dalam harta kamu ada hak peminta-minta (sedekah)."

Ibadat puasa mendidik kita bahawa sesuatu yang diberikan, waima seteguk air, sesuap nasi atau seulas kurma akan menjadikan kita tetap kaya dalam erti nilaian pahala berlipat kali ganda di sisi Allah SWT.

Ibadat puasa dapat menambah apa yang ada, menutupi kekurangan serta membuka pintu rahmat, rezeki, berkat dan hikmah Allah SWT.

Untuk mendapatkan apa yang kita perlukan, maka berpuasalah untuk mendapat kemaafan Allah. Berpuasalah untuk memperoleh syurga. Bahkan untuk memohon segala hajat kepada Allah maka berpuasalah.

Ibnu Abbas RA berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud 'andai umatku tahu tentang rahsia yang terkandung dalam Ramadan, pasti mereka mengharap seluruh bulan dalam setahun menjadi bulan Ramadan, sebab Ramadan menghimpun segala kebaikan, doa-doa yang mustajab (dipenuhi), dosa mereka diampunkan dan syurga merindukan mereka."

Sumber: IBRAHIM ABDULLAH

Sunday, July 21, 2013

Tazkirah Ramadhan: Apabila Islam Hanya Tinggal Nama

ALANGKAH bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman kegemilangan Islam bersama dengan Rasulullah SAW. Ini kerana kita dapat berjuang, belajar secara langsung daripada Baginda, dapat melihat wajahnya serta boleh berkomunikasi secara langsung dengannya apabila menghadapi sesuatu masalah. Zaman Baginda itu adalah satu masa yang sangat hebat kerana dapat melahirkan generasi individu Muslim yang unggul dalam segenap aspek kehidupan hingga mendapat jolokan daripada Allah sebagai sebaik-baik umat kerana menjalankan tugas menyampaikan yang makruf, mencegah kemungkaran dan beriman dengan Allah.

Inilah generasi yang telah dicatat dalam lembaran sejarah kerana membantu Baginda menundukkan dua kuasa besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi yang mendakwa memiliki sumber tamadun yang hebat, namun kehebatan individu di kalangan Sahabat Rasulullah terdapat pada diri mereka akhlak mulia mampu menundukkan keangkuhan kedua-duanya sekali.

Mereka mencipta nama dalam sejarah tamadun manusia sebagai pahlawan Islam dengan menyebar-luaskan ajaran Baginda Rasulullah SAW sesuai dengan pegangan mereka kepada agama Islam yang membawa maksud kesejahteraan, keharmonian, kedamaian, keamanan dan keselamatan untuk umat manusia sejagat.

Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah kita bersemangat sama seperti Para Sahabat?

Tidak dinafikan bahawa kita sebagai umat Nabi Muhammad, di antara mereka ada yang diberikan nama oleh ayah-ayah kita sebahagiannya dengan menggunakan nama Para Sahabat seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar, Uthman, Ali, Ubadillah, Salman, Khalid, Hamzah, Abbas, Bilal, Zubair dan sebagainya. Tetapi apakah nama-nama tersebut benar-benar meresap masuk dalam sanubari kita hingga mencontohi Para Sahabat dalam mendepani segenap isu agama.

Alangkah malangnya segelintir umat Islam hari ini yang sudah mula menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang kadang-kadang tidak memberi makna langsung berkaitan dengan agama. Nama-nama seperti yang disebutkan di atas tidak lagi menjadi sebutan di bibir mereka. Mengapa? Sama-samalah kita mencari kekurangannya.

Malah Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.

Inilah yang pernah disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW lebih 14 abad lalu, seolah-olah ia bagaikan satu ramalan tepat, kerana Baginda sentiasa menerima wahyu daripada Allah Taala, sudah tentu Dia mengetahui segala-galanya kerana ia di bawah kawalan dan pengawasan-Nya. Benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, daripada Ali bin Abi Talib RA berkata:

“Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa sudah hampir tiba suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali”. (Hadis riwayat Al Baihaqi)

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh daripada gambaran yang telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Kalau belum sampai pun, ia sudah hampir menjurus ke sana. Apa yang Baginda sebutkan dalam hadisnya di atas bolehlah kita bincangkan satu persatu untuk melihat sejauh mana kebenaran kenyataan baginda itu.

1. Islam hanya tinggal namanya sahaja.
2. Al Quran hanya tinggal tulisannya.
3. Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah.
4. Lahirnya ulama jahat yang mementingkan periuk nasi daripada Islam.
5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama jahat.

Islam hanya tinggal namanya sahaja

Kelak akan banyak orang yang mengaku beragama Islam namun perbuatan sehariannya tidak mencerminkan sebagai seorang Islam yang baik, hanya namanya sahaja Islam. Islam diperalatkan untuk kepentingan tertentu. Oleh kerana itu kita dapat lihat ramai orang Islam melanggar syariat.

Solat mengikut ‘mood’, ada seminggu sekali, ada sebulan sekali, setahun sekali dan ada yang tidak pernah solat sama sekali. Yang kaya pula enggan membayar zakat, yang pergi haji mahu digelar ‘pak haji’ namun masih lagi melepak di kedai judi dan menghabiskan masa.

Ramai yang bercakap tentang Islam padahal mereka tidak mengamalkannya. Pandai berpidato agar orang percaya dia seorang Islam yang baik dan memperjuangkan Islam, sehingga ada yang mengubah halal menjadi haram dan haram menjadi halal, bahkan hukum nas kalau boleh disesuaikan dengan zaman, bukan keadaan zaman disesuaikan dengan ketentuan nas.

Sebenarnya orang yang sebegini tergolong daripada golongan orang munafik sebagaimana Sahabat Nabi yang bernama Abu Huzaifah ditanya apa itu nifak? Beliau menjawab:

“Kamu berbicara tentang Islam, tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran-ajarannya”. (Masnad ar-Rabi’)

Al Quran hanya tinggal tulisannya

Dalam banyak hadis Rasulullah SAW, Baginda menganjurkan kita umatnya agar membudayakan pembacaan Al Quran, ia bukan sekadar penawar kepada pelbagai penyakit yang sukar diubati, malah ia juga bertindak sebagai penyembur kepada hati yang berkarat dengan penyakit-penyakit dntakan dunia secara berlebihan.

Tujuan Al Quran diturunkan adalah untuk menjadi pedoman dalam soal aqidah, iman, beribadah kepada Allah dengan membacanya, dipelajari isi kandungannya, diamalkan segala apa yang ada di dalamnya. Menjadi rujukan dalam segenap masalah yang dihadapi oleh manusia, dan yang paling utama ialah melaksanakan hukum, undang-undang dan perintah Allah yang ada di dalamnya.


Apa yang mendukacitakan kita pada hari ini, Al Quran dijadikan bahan untuk musabaqah menjelang ketibaan Ramadan iaitu bulan yang diturunkan Al Quran di dalamnya. Sedangkan undang-undangnya tidak diguna-pakai walaupun sudah merdeka lebih setengah abad, orang-orang Islam yang melakukan jenayah tidak dihukum dengan undang-undang hudud atau qisas di dunia ini. Inilah gambaran ketegasan Nabi bahawa Al Quran hanya tinggal tulisannya untuk dibaca, bukan untuk diamalkan.

Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah

Inilah kebenaran kenyataan Baginda Rasulullah SAW bahawa masjid-masjid umatnya pada akhir zaman memang cukup indah dan megah, tetapi pengisian di dalamnya tidak memberangsangkan. Masjid yang sepatutnya menjadi tempat menyampaikan kuliah agama kadang-kadang sepi daripada pengunjungnya.

Terdapat masjid yang membiayai urusan pembayaran bil elektrik, air dan penyelenggaraan mencecah nilai ringgit yang cukup tinggi, namun kadang-kadang apa yang menduka-citakan kelas pengajian pun tidak ada, ada yang diisi dengan kelas marhaban atau barzanji, itu pun tidak memahami dengan baik maksud apa yang dibacakan. Malah ada pula masjid dipertandingkan sempena Maulidur Rasul sebagai masjid yang paling cantik dan bersih.

Lahirnya ulama jahat yang mementingkan periuk nasi daripada bercakap tentang Islam

Tidak dinafikan juga wujud kalangan ilmuan Islam yang tidak berani untuk menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim seperti yang disabdakan oleh Baginda, justeru itulah yang diingatkan oleh Baginda dalam hadisnya di atas. Golongan ulama ini sama seperti Bal’am bin Ba’ura (ulama Bani Israil) yang ditegaskan dalam ayat 176 surah Al ‘Araf.

“Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”.

Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi dan Imam Ibni Khathir, Imam Tabari dan ramai mufassirin bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang lelaki dari Negara Yaman bernama Bal’am bin Ba’ura’. Sebilangan ulama lain menyatakan, Bal’am adalah seorang ahli ibadat yang mempunyai kemakbulan doa dari bangsa Bani Israel.

Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar [ Do'a Bal'am bin Ba'ura mustajab]. Setelah peristiwa firaun dilemaskan dalam laut, Nabi Musa A.S dan bani Israel yang terselamat terus mengembara sehinggakan hampir sampai  dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya [berdo'a] untuk mengalahkan Nabi Musa AS.

Pada mulanya Bal’am masih tidak mahu mendoakan. Akan tetapi setelah isterinya tidak bercakap, melayannya dan menyediakan makanan seperti biasa dibuat. Lama kelamaan Bal’am pun bertanya kepada isterinya mengapa isteri beliau mogok dan beliau tidak dilayan seperti biasa dilakukan. Isteri Bal’am berkata “berdoalah bukan susah seperti yang dipinta oleh Raja”.

Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa AS, doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Teh (sekarang : semenanjung Sinai) selama 40 tahun.

Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, “Wahai Tuhan, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di ladang Teh ini?”.

Jawab Allah SWT, “berpunca dari doa Bal’am”

Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, “Wahai Allah, sepertimana kamu mendengar doa Bal’am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am”.

Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya. Doa Nabi Musa dimakbulkan oleh Allah, menyebabkan Bal’am mati dalam keadaan kufur dan lidahnya terjelir sepertimana anjing.

“Minta berlindung kita dengan Allah daripada menjadi seperti Bal’am bin Ba’ura’”. Wallahua’lam (Kisah ini isra’iliyyat yang wajar dijadikan pengajaran kepada kita).

Kepentingan dunia kerana mahu mengejar pangkat dan populariti menguasai hidup mereka hingga ada yang berani menghalalkan apa yang diharamkan Allah, menyembunyikan kebenaran kerana takut keduniaannya tersekat dan periuk nasinya terjejas hingga sanggup menggadai prinsip-prinsip agama, dalam hal ini, siapa yang makan cili maka dialah yang merasa bahang pedasnya.

Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama jahat

Fitnah terhadap Islam sudah semakin menular yang tidak pernah terfikir oleh individu Muslim yang baik di sisi Allah. Industri hiburan yang melibatkan artis-artis beragama Islam hingga ke peringkat paling seksi menjadi juadah mata pada hari ini, perkara ini berlaku adalah kerana ulama-ulama yang jahat mendiamkan diri tidak mahu bercakap kerana takut segala kemudahan yang dikecapinya akan hilang, walaupun Islam daripada diri umat Islam bukan menjadi perkiraan hidup.

Thursday, July 18, 2013

Tazkirah Ramadhan: Hikmah Berpuasa

Persoalan seperti ini adalah persoalan yang biasa, lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru berpuasa untuk pertama kalinya seperti adik-adik yang sudah baligh mahupun mereka yang baru memeluk Islam.

Antara hikmah atau faedah berpuasa ialah :

1. Meningkatkan Ketakwaan Kepada Allah S.W.T

Ketakwaan adalah sesuatu yang menentukan kejayaan kita di akhirat kelak. Selain daripada ketaatan kita menjalankan ibadah fardhu yang lain seperti solat, zakat atau haji, puasa juga adalah merupakan suatu kemestian bagi kita , Umat Islam. Allah s.w.t menyebut dalam firmanNya :

"
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa" (Al-Baqarah : 183)

Puasa adalah suatu jalan untuk kita menahan diri daripada godaan dan pujukan nafsu yang membuta lagi menyesatkan. Kerana itulah dalam Islam puasa bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, malah perkara-perkara yang membatalkan puasa itu sendiri.

2. Melatih Diri Bersabar

Allah menjadikan puasa sebagai medah tarbiah dan ujian buat hambaNya. Dalam bulan ini kesabaran kita akan teruji dengan bermacam-macam ujian. Ujian utama itu adalah menahan lapar dan dahaga. Ujian lain adalah ujian mengawal nafsu dalam diri dan ujian untuk kita beribadah, sama ada lebih baik ibadah, sama seperti bulan lain atau lebih teruk daripada sebelum ramadhan, nauzubillah. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Puasa itu adalah sebahagian daripada sabar" (Hadith Hasan riwayat at-Tirmidzi)

Allah juga telah berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 10 yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"

Dalam puasa, tahap kesabaran itu terbahagi kepada 3 cabang :

Pertama adalah sabar dalam mengerjakan ketaan dan ibadah. Sabar ini bermaksud kita bersabar dalammelaksanakan perintah Allah s.w.t seperti solat. Sudahlah diuji dengan lapar dan dahaga, kita sabar pula dengan solat, kita berzikir, membaca Al-Quran dan melakukan amalan sunat yang lainnnya. Kesabaran dalam ibadah adalah permulaan untuk membentuk jiwa dan rohani yang kuat dan mantap.
Kedua ialah sabar dalam melakukan maksiat. Ia bermaksud kita sedaya upaya menahan diri daripada melakukan maksiat ketika berpuasa dengan tujuan nafsu yang degil itu dapat di didik dengan baik. Kerana itulah Islam menggalakkan puasa, kerana puasa dapat mendidik nafsu.
Ketiga ialah sabar dalam ujian seperti sabar dengan kesusahan sepanjang ramadhan. Jika kebiasaan dapat tidur nyenyak dan cukup, tibanya ramadhan perlu bangun sahur di awal pagi, sebelum subuh pula. Kebiasaannya di siang hari ada sarapan, makan tengah hari dan minum, di bulan Ramadhan tidak dapat semua itu. Itulah kesabaran dalam ujian dari Allah.

3. Membentuk Akhlak Mulia

Boleh ke pulan puasa membentuk akhlak yang mulia dalam diri kita?. Boleh, insyaAllah jika kita ikut panduan dan seruan Ramadhan dengan betul dan ikhlas, akhlak kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ramadhan adalah bulan untuk umat islam beribadah dan membuat kebajikan serta kebaikan. Ramai orang-orang soleh dan beriman berlumba-lumba beribadah di bulan ini. Bukan kerana untuk menunjuk amal namun kerana ganjaran setiap amalan itu dilipatkan berkali ganda daripada biasa. Hanya Allah yang mengetahui nilainya. Islam menekankan Umat islam supaya tidak mementingkan diri sendiri, tidak mudah marah, bersifat kasar dan lain-lain perkara yang tidak baik sepanjang bulan Ramadhan. Diriwayatkan Nabi Yusuf a.s pernah berkata :

"Aku takut kekenyangan, nanti aku akan lupa orang yang lapar" ('Ibaadaatul Islam, Muhyiddin Mastu:153)

4. Sihat Tubuh Badan

Kesihatan tubuh badan adalah nikmat yang sangat besar buat manusia. Dengan berpuasa, sistem tubuh badan kita akan lebih terurus dan teratur berbanding tidak berpuasa. Sistem tubuh ini melibatkan keseluruhan tubuh sama ada darah, organ dan urat saraf serta yang lainnya. Apabila kita berpuasa, perut akan menjadi kosong dengan makanan. Mengosongkan perut bererti kita menyucikan perut daripada bermacam jenis makanan ang kita makan sejak syawal yang lepas. Kita boleh umpamakannya seperti "membasuh" kotoran dalam perut dan hasilnya darah menjadi bersih dan stabil tekanannya, sistem pencernaan lancar dan sebagainya.

Hal ini telah disebut oleh Syaikh Najib al-Kailaani dalam kitabnya berjudul Ash-Shaum wash-Shihhah (Puasa dan Kesihatan)

"Perhatikan pula bahawa denyutan jantung yang normal ialah 70-80 kali seminit. Adapun ketika berpuasa, darah mengalir ke rusuk akan berkurangan. Dengan demikian denyutannya akan menurun sehingga 60 kali seminit. Ini bererti ia memberi kesempatan kepada jantung untuk beristirehat dan meringankan bebannya. Ini amat penting bagai seseorang berusia lanjut (tua), penghidap penyakithati dan penderita hipertensi (tekanan darah tinggi)."

5. Mengurangkan Syahwat

Nafsu dan syahwat adalah sesuatu yang diberikan Allah s.w.t kepada sekalian manusia. Semua dari kita sedar akan bahayanya rangsangan syahwat. Syahwat adalah salah satu senjata utama syaitan untuk membinasakan dan menyesatkan anak adam. Daripada Ibnu Mas'ud r.a, Rasulullah s.a.w pernah berpesan dalam sabdanya :

"Wahai pemuda-pemudi sekalian! Barang siapa diantara kamu mampu untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menundukkan pandangannya, lebih menjaga dan memelihara kemaluannya (kehormatannya), dan barangsiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa baginya sebagai Khisha' (dapat menahan nafsu syahwat)" (Hadiht riwayat Bukhari :878, Muslim : 794, at-Tirmizi : 1081, dan an-Nasaai : 3210)

6. Mendisiplinkan Diri

Ramadhan menjadikan kita semua lebih berdisiplin. Jika kita menghayati Ramadhan dengan baik, kita akan mendapat bulan ini adalah bulan "mendisiplinkan diri". Bermula daripada sahur, kita dikehendaki bangun di awal pagi sedang orang lain nyenyak diulit mimpi. Kemudian di siang harinya menahan diri dari makan dan minum serta sebarang perkara yang boleh membatalkan puasa dan mengurangkan pahala puasa.
Menjaga ibadah yang wajib dan menambah ibadah sunat yang sebelum inikita jarang sekali mendirikannya. Hadirnya bulan Ramadhan kita terpanggil untuk solat tarawikh, menderma, berzakat, memberi makanan, menjaga pandangan, menjaga lidah dan sebagainya. Jika di bulan lain agak sukar melatih diri, maka Allah hadirkan Ramadhan untuk kita mentarbiah dan melatih diri menjadi lebih berdisiplin.

Mudah-mudahan dengan "kem motivasi" selama sebulan ini membuatkan kita terus berjaya di bulan selepas Ramdhan hinggalah sampaike Ramadhan yang akan datang. insyaAllah

Wednesday, July 17, 2013

Tazkirah Ramadhan: Kisah Iblis dan pengikutnya

Makhluk A : Tuan. Saya sudah Berjaya tuan!!

Iblis : Bravo!! Ini yang kita mahukan!. Ape yang ko Berjaya buat kepada anak2 adam tu?

Makhluk A : Aku pastikan lepas sahur mata diorang berat dan nak tidur. Jadinya diorang tak solat jemaah kat masjid. Ada yang lagi syok diorang langsung terlepas subuh

Iblis : Hahaha.. Lu memang power bro. Lagi? Excited aku nak tahu.

Makhluk A : Saya buatkan mata, telinga dan anggota badan diorang tak turun berpuasa. Takpe la diorang tahan lapar n dahaga je. Tapi yang lain diorang tak jaga… 

Iblis : hahahahahaha.. Gelak panjang aku mendengarnya. Ada lagi berita gembira yang lain??

Makhluk A : Ni lagi satu yang kaw2 punya. Setiap kali kat bazaar ramadhan aku buat supaya diorang gelap mata nak beli semua juadah. Lepas tu membazir je..

Iblis : Perghh… This is awesome! Dah tu semua makanan tu jadi amalan aku la?

Makhluk A : Ya tuan.. ini lah dinamakan Bazir Ramadhan!! hahaha

Iblis : Well done.. Well done.. Time terawih pulak ape cer??

Makhluk A : Time terawih pulak. Dulu awal2 susah sikit. Tapi ni baru 6 hari.aku dah Berjaya buatkan lebih separuh rasa malas nak pergi terawih. Dulu je diorang hangat2 tahi ayam.

Iblis : bagus2.. Pastikan 10 malam terakhir nanti tinggal tak campai 1 saff je. Lagi masyuk kalau just tinggal imam dengan bilal je.. 

Makhluk A : Baik tuan. Bisa di atur…

Iblis : Good.. Aku suka pengikut macam ko. Walau aku dibelenggu dan di gari. Tapi ko mampu buat diorang mengikut telunjuk kita. Beriburibu taniyyaa aku ucapkan.

Makhluk A : Takdehal bos. Bos rilex je kat sini. Saya akan jalankan tugas dengan sebaiknya…  Sayonara

Iblis : Okeh. Adios!!

*Begitulah dialog rekaan aku yang berlaku  antara Makhluk A dan Iblis. Moga kita terhindar dari segala godaan Makhluk A. Selamat menjalani Pesta Ibadah!!

** Persoalannya siapakah Makhluk A???

TAZKIRAH RAMADHAN: BERSERDEHANALAH KETIKA BERBUKA

Apabila seharian berpuasa iaitu bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari menahan lapar dan dahaga sudah pastinya pelbagai juadah yang terhidang di kala waktu berbuka puasa.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar. Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein haiwan adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Sumber: Yahoogroups

Tuesday, July 16, 2013

Tazkirah Ramadhan: Ramadhan Itu Barakah

SEBARKAN ILMU

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat...." (Riwayat al-Bukhari)

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda : " Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan Bumi ; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (Riwayat al-Tirmizi)...

SEMOGA KEBERKATAN RAMADHAN INI KITA BERSAMA BEROLEH KEAMPUNAN, KERAHMATAN DAN KEMENANGAN DARIPADA ALLAH SWT. ALLAHU AKBAR!

*BULAN RAMADHAN*

Seringkali Ramadhan dikaitkan dengan Mubarak- Ramadhan al-Mubarak. Ia membawa maksud keberkatan. Jika ditinjau makna berkat di dalam al-Quran, ia membawa erti bertambah dan berkembang. Berkatnya bulan Ramadhan apabila kebajikan dilakukan secara berganda-ganda dan pahala pun digandakan oleh Allah.

Allah itu berkat. Ayat :
تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (al-A’raf:54)

Quran itu berkat.
وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (al-An’am:155)

Malam Lailatul qadar itu berkat.
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (al-Dukhan: 3)

Ramadhan itu berkat kerana ia bulan difardukan puasa, diturunkan al-Quran dan terdapat malam Lailatul Qadar. Bukan lailatul Kamdar. Manusia perihatin terhadap rezeki yang halal walau pun tidak semua. Di kalangan mereka yang prihatin terhadap rezeki yang halal, sebahagian sahaja yang prihatin terhadap keberkatan dalam rezeki.

Rezeki yang berkat (bertambah dan berkembang) maksudnya bertambah amal kebajikan.

Bagaimana memperoleh rezeki yang berkat :

1. Istigfar dan taubat kepada Allah SWT dari segala dosa.

Firman Allah SWT tentang Nabi Nuh SAW:

َفقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا {10} يُرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا {11} وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا {12}

Maksudnya: “…Maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun” nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh: 10-12).

2. Berpagi-pagi dalam mencari rezki:

Sabda Nabi SAW:

اَللّهُمَّ بَارِكْ ِلأُمَّتِي فِى بُكُوْرِهَا

Maksudnya: “Ya Allah, berilah berkah untuk umatku di pagi harinya.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi).

3. Bertaqwa kepada Allah SWT:

Firman Allah SWT:

وَمَن يَتَّقِ اللهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَيَحْتَسِبُ


Maksudnya: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.. (QS. Ath-Thalaaq: 2-3).

Firman Allah SWT:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى ءَامَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَآءِ وَاْلأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ {96}

Maksudnya: Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” (QS. Al-A’raaf: 96).

4. Menjauhi semua maksiat:

Firman Allah SWT:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ {41}

Maksudnya: Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (QS. Ar-Ruum: 41).

5. Tawakkal kepada Allah SWT:

Pengertiannya: bergantungnya hati hanya kepada Allah SWT semata-mata.

Firman Allah SWT:

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ الل


Sumber: Yahoogroups

Sunday, July 14, 2013

Muhasabah Diri: HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR AHMAD SABIR...

HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR AHMAD SABIR

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Dah lama saya tak menulis di blog ini..kekangan masa selalu di hadapan. Kisah adik  Siti Hajar ini saya baca dalam facebook. 

Berkebetulan dengan jadual ceramah kelompok yang perlu saya isi, maka dalam setiap ceramah tersebut saya sentuh tentang kisah Siti Hajar. 

Saya tidak langsung mengenali arwah ataupun ibubapa arwah namun kisahnya menjadi satu asas yang sangat kuat untuk saya dan semua orang untuk kembali kepada betapa dekatnya kita dengan kematian dan betapa dekatnya Allah dengan hambaNya, tinggal hanya kita sedar atau tidak sahaja. 

Al Fatihah untuk arwah Siti Hajar binti Ahmad Sabir. 

_________________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


SITI HAJAR 
                                                                                                                
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com